Belajar Bahasa Arab

"Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum.

Rancangnya nak update entri ni minggu lepas. Tapi tangguh punya pasal, terperaplah dalam draft. Ditambah lagi dengan masalah line dekat sini yang tak berapa nak cun. Jadi, maaflah kalau saya jarang berkunjung ke blog anda ye.

Dekat kampus UiTM Sabah ni, saya ambil Diploma Pengurusan Perniagaan. Untuk batch saya dan sebelum-sebelumnya, bila dah naik semester 3, kami ada subjek pilihan bahasa asing. Pelajar boleh memilih samada untuk memilih bahasa Arab atau Mandarin.

Tapi untuk batch yang baru ni, saya tak pasti pada semester berapa mereka akan mengambil subjek ini. Saya dengar, semester sudah dipendekkan. Entahlah. Saya tidak dapat memastikannya pada waktu ini.

Berbalik pada topik utama.

Saya memang sudah lama menyimpan hasrat untuk belajar bahasa Arab. Masa sekolah menengah dulu memang ada belajar. Dari tingkatan 1 sampai 3. Lepas tu dah tak ada. Kalau saya kira-kira, ada lebih kurang 5 tahunlah saya meninggalkan bahasa Arab tu.

Dalam 5 tahun tu, memang tinggal terus belajar bahasa Arab. Semester ni, alhamdulillah hati lebih memilih bahasa Arab untuk dijadikan subjek pilihan berbanding Mandarin. Saya pilih bahasa Arab bukanlah kerana saya bertudung labuh. Bukan juga untuk menunjuk-nunjuk yang saya ni baik sangat. Tapi saya terlalu ingin mendalami lagi bahasa Arab ini. Terlalu banyak kelebihannya yang tak dapat saya senaraikan satu persatu.

Kelebihannya bukan saja untuk dunia, malahan untuk akhirat juga.

Sayangnya, tidak ramai yang memilih untuk belajar bahasa Arab. Mereka lebih memilih untuk belajar bahasa Mandarin. Ustaz yang mengajar kami juga sudah berkali-kali meminta kami untuk memujuk kawan-kawan yang lain. Tapi tidak berhasil. Yelah. Takkan hendak dipaksakan pula.

Bayangkan, dari berpuluh pelajar hanya lebih kurang 10 orang saja dalam kelas kami. Dari yang saya dengar, dalam kelas Mandarin hampir 20 orang yang ada. Allah...

Jadi kami cuba menggunakan cara yang lembut untuk menarik hati kawan-kawan yang lain. Iaitu mempraktikkan perkataan-perkataan bahasa arab dalam perbualan harian kami.

Contohnya perkataan Ù†َعَÙ…ْ - (na'am) yang bermaksud ya. Memang selalu kami guna dalam perbualan. Rasa teruja bila guna perkataan-perkataan baru.

Bukan tu saja. Lepas masuk kelas bahasa Arab ni, kami dah tahu macamana nak buat tulisan bahasa Arab menggunakan laptop. Ya Allah... Dulu-dulu, kalau saya nak taip bahasa jawi atau arab guna laptop, punyalah main payah. Saya kena pergi insert dulu, lepas tu cari simbol arabic kemudian baru masukkan satu persatu simbol-simbol bahasa arab tu. Bukannya taip. Tapi sekarang alhamdulillah saya dah tahu macamana.

Tak sangka boleh taip bahasa jawi dan arab guna laptop juga. Dan sekarang juga saya dah tahu fungsi sticker keyboard yang ada tulisan bahasa arab tu semua. Ingatkan dulu hiasan saja. Rupanya memang ada fungsinya.

Kebetulan, ustaz tu juga jual sticker keyboard dekat kami. Mudahlah untuk kami belajar menaip bahasa arab dan jawi lepas ni. Harga yang dikenakan juga agak murah. Tidak seperti di kedai-kedai lain. Ada yang saya jumpa sampai RM9. Ustaz kami menjualnya dengan harga RM5 sahaja.


Saya bukanlah nak kata belajar bahasa Mandarin tu tak penting. Masing-masing ada pilihan. Tapi kalau saja mereka boleh melihat kebaikan dan kelebihan bila belajar bahasa arab ni. Alangkah baiknya. Terutama pada pelajar yang beragama islam.

Ustaz pun sedih bila tengok jumlah orang yang ada dalam kelas kami. Siapa lagi nak kembangkan bahasa ini kalau bukan kita yang beragama islam?

Previous
Next Post »

8 Comments

Click here for Comments
Unknown
admin
June 22, 2013 at 3:48 PM ×

saya pernah belajar bahasa masa sekolah rendah. tapi lepas naik sekolah menengah,saya dah tinggal. Bertuah akak. Mesti nanti akak dapat faham 'love letter ALLAH' lebih baik. ;)

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
June 22, 2013 at 3:54 PM ×

Assalamualaikum.

Best tau tia bljr bhsa arab,hahaha, walaupun yg basic saja. Akak pilih bhsa arab gak msa degree. Seronok bila ada penilaian, kena buat video (berlakon) n menyanyi(depan kelas, dlm grup).

Memang buat dua benda ni, dlm bhsa arab, kelakar pun ada, sbb kitaorg cuma tahu prktn asas je, terkebil2 gak la nak buat.

Reply
avatar
reenapple
admin
June 22, 2013 at 8:16 PM ×

Aku pun dah 5 tahun tinggal subjek Bahasa Arab selepas 5 tahun belajar.. huuu.. dasyat tak aku?

Apa2 pun.. good luck belajar bahasa Al-Quran. :)

Reply
avatar
Anonymous
admin
June 23, 2013 at 4:04 AM ×

bahasa Arab dikatakan sbg bahasa syurga. betul.
bahasa Mandarin dikatakan bhs global. agak betul.

lagi bagus kalau kedua2 bahasa ini boleh dibelajar secara serentak. kedua2nya jg fardu bukan?

do your best Tia, caiyok...!

Reply
avatar
Nina Mads
admin
June 26, 2013 at 1:01 AM ×

lama xsinggah sini.. busy dgn lesen.
agak seronok belajar bahasa arab.. nanti senang nk pergi umrah :)

Reply
avatar
a i m z
admin
June 26, 2013 at 2:52 AM ×

teringin sangat nak belajar bahasa arab,rindu..lama sangat tinggal..
bahasa syurga

Reply
avatar
June 26, 2013 at 6:32 PM ×

bahasa arab bahasa syurga.....untung blajar..leh faham quran serba sedikit

Reply
avatar
Ooh Deo
admin
July 3, 2013 at 4:10 AM ×

Seronok belajar bahasa arab tambah2 lg bila kita jumpa perkataan yg kita tahu dlm al-quran.. Itu yg buatkn kita hari2 nak hadap al-quran bahasa arab ni indah.. Puitis..

Reply
avatar