Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Saya baru balik dari kelas. Alhamdulillah, Allah s.w.t mempermudahkan urusan saya hari ni.
Kelas ada dua je. Pagi tadi jam 8 sampai 10 kemudian sambung kuliah lagi pada jam 4 petang sampai 6. Jarak masa tu agak jauh jadi saya boleh balik bilik dulu sementara menunggu waktu kelas seterusnya.
Petang tadi kelas HKR. Kami panggil kelas pengurusan ekonomi rumahtangga. Senyum. Cakap pasal rumahtangga je senyum. Masa dalam kelas pun kejap sengih, kejap gelak. Ustaz yang mengajar pandai je bagi syarahan sampai kami tak sempat nak rasa boring.
Ustaz bagi balik awal. Jam 5.30 dah keluar. Dan alhamdulillah sebab ada kawan yang bawa kereta. Bolehlah dia tumpangkan naik pergi kolej. Tak payah tunggu-tunggu. Lagipun dekat sini maghrib jam 6.33.
Bila kawan tolong hantarkan naik pergi kolej, dapatlah saya beli makanan awal-awal. Tak payah berebut. Dan seperti yang saya jangka, memang tak ramai pelajar turun beli makanan.
Saya pun pergilah beli.
Sekarang tengah menunggu waktu maghrib. Tak lama. Kejap je lagi. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan semuanya. Seharian berpuasa tak terasa sangat laparnya. InsyaAllah sedang mempersiapkan diri 'menemui' Ramadhan al-Mubarak.
Bila kita buat sesuatu yang baik kerana Allah s.w.t, Dia akan bantu mempermudahkan urusan kita. Tapi adakala Dia sengaja berikan ujian untuk menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi ujian-Nya.
Selamat berbuka puasa :)

posted from Bloggeroid
4 Comments
Click here for Commentsbila kelas pengurusan rumah tangga mmg ustaz yg mengajar tu kelakar :)
Replymmg kompem org tak tdur. hihi
teringat kursus kawin dulu.
p/s: Allah akan permudahkan urusan kita jika kita ikhlas dan bersabar :) tahniah untuk Tia.
Alhamdulillah
Replyalhamdulillah..esok pun kak lea nak puasa...semoga usia dan kesihatan kita sentiasa diberkati amin..
Replyassalamualaikum cik Tia,
Replyselamat berbuka puasa & selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.
*ucap kat Tia awal2.. hehe :P
ConversionConversion EmoticonEmoticon