Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alahai. Jam di laptop sudah menunjukkan pukul 12:52 AM. Ana masih lagi berjaga. Tapi tidak bersendirian. Di sini duduk sebelah ana ada seorang budak kecil berusia hampir 3 tahun ikut berjaga bersama.
Sudah puas dipujuk suruh tidur. Waktu begini tidak sesuai bagi anak sekecil itu untuk berjaga. Bila tv ditutup, merengek pula dia minta dibuka semula. Kalau permintaannya tidak ditunaikan, tunggulah jeritan paduan dari dia.
Telefon bimbit ana jadi sasarannya. Buka youtube, sibuk suruh carikan lagu Polis Sedia Berkhidmat. Jumpa lagu tu, suka betul dia. Aduh sayang. Patriotik sungguh kamu.
Habis lagu Polis Sedia Berkhidmat, mahu lagu lain pula. Tapi kali ini ana tak faham apa lagu yang dia mahu. Bahasa yang digunakan terlalu sukar untuk difahami. Ana carikan lagu Khidmat Negara untuk dia. Suka juga rupanya.
Sebenarnya Dia Adik Bongsu Ana :) |
Habis mendengar, tiba-tiba bergerak dari kerusi. Sampai di perenggan ini, ketahuilah anak itu sudah tiada di sisi ana. Senyum. Mungkin sudah mengantuk. Dia berjalan sendiri masuk ke bilik ibu ana. Tidak kedengaran lagi suaranya. Tidur mungkin.
Tersenyum sendiri. Kurang dari seminggu lagi untuk kembali ke kampus. Allah.. Pasti merindui budak kecil ini.
Jujur ana katakan. Kadangkala, teruji juga diri bila menjaga dia. Budak kecil. Mahu dimarah, apalah yang dia tahu. Risau juga bila difikirkan. Ini baru adik, macamana anak sendiri nanti? :D
Mungkin ana belum faham situasi sebenar kerana ana juga belum ada pengalaman menjaga seorang anak kecil secara full time. Part time adalah. Semoga diberi kekuatan untuk menjadi ibu mithali suatu hari nanti.

Haa, sudah puas melayan si kecil. Giliran ana pula untuk tidur.
2 Comments
Click here for Commentssalam tia..anak kak lea yang kecil pun suka lagu Polis tu.sejak kes lahad datu.Memang dia suka nyanyi..kat tadika pun diorang dengar lagu ni.
Replyowh comel jer adik tia :)
mesti seronokkan ada adik.. in shaa allah naluri ibu akan mengajar kita dgn sendiri.
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon