“Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dapat juga saya update blog ni. Setelah sekian lama bermain tarik tali dengan diri sendiri untuk update blog, akhirnya tercapai juga hasrat yang terpendam ini.
Tapi, bila lama tak menjengah ke mari, rasa kekoklah pula nak menulis walaupun sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan. Maklum sajalah, sudah dua minggu berehat dari menulis pasti ada banyak hal yang berlaku. Tapi nak menceritakan semuanya, tiba-tibalah pula jadi ‘kelu’. Kelu bukan apa. Tak tahu nak bermula dari mana.
Tak apa. Saya akan ceritakan satu persatu. Yang mana saya rasa boleh memberi manfaat, insyaAllah akan saya kongsikan. Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Semoga Allah meredhai.
Sudah hampir dua minggu saya berada di kampus. Tapi saya rasakan seolah-olah sudah berbulan lamanya saya di sini. Mungkin penangan rindukan keluarga di rumah agaknya. Orang kata, rindu berlebihan. Baru dua minggu berjauhan, sudah menangis mahu pulang. Senyum.
Setakat ini, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tapi tipulah kalau saya katakan hari-hari yang saya lalui semuanya serba serbi SEMPURNA. Tidak. Ujian pastinya mengiringi hari-hari saya. Terpulang pada diri ini saja bagaimana untuk menerima dan menghadapi ujian-ujian tersebut.
“Sesulit mana pun ujian yang diberi, pasti akan menjadi mudah bila diri percaya dan yakin pada ketentuan dari Allah S.W.T.. semuanya akan dapat diatasi walaupun pada permulaannya agak sukar untuk dijalani.”
Dan Alhamdulillah. Allah s.w.t sentiasa memberi kekuatan pada saya untuk terus menghadapi ujian-ujian dari Dia.
Antaranya ialah ujian ‘REPEAT’. Dalam entri ‘Pelajar Repeater, Peluang Masih Ada’, saya ada nyatakan bahawa saya adalah seorang pelajar repeater. Pedih, tapi kena terima juga. Gagal bukan bermakna b*d*h, tapi ‘meminta’ saya untuk berusaha lagi. Sedih tetap ada tapi saya kuatkan juga hati.
Sebab saya tahu. Kalau saya rasa masalah saya besar, ada orang lain lagi yang lebih besar masalahnya dari saya. Saya cuma gagal dan perlu mengulang semula. Tapi bagaimana dengan mereka yang diberhentikan pengajiannya? Jadi, saya pujuk diri dan hati untuk bersyukur kerana kegagalan ini bukanlah kegagalan yang kekal dan berpanjangan.
Alhamdulillah juga sebab semenjak bergelar pelajar repeater ni, saya belajar banyak perkara. Termasuklah mendidik diri sendiri untuk menjadi berani, yakin pada diri, bersabar, berdikari, berusaha. Alhamdulillah ya Allah. Mungkin apa yang terjadi ini adalah hal yang terbaik untuk diri saya agar menjadi seorang pelajar yang lebih baik.
Mula-mula memang payah juga. Sampai saya menangis-nangis sebab jadual tak sama dengan kawan-kawan rapat. Maksudnya saya kena masuk dalam kelas baru sorang-sorang. Apa saya tak menangis. Sebelum ni, sikit-sikit dengan kawan. Macam susah nak berenggang.
Sekarang, bila dah jadi pelajar repeater ni, jadual dah tak sama dengan kawan-kawan sekelas yang lulus. Kena berdikari cari jadual sendiri. Nasiblah kalau kena masuk kelas junior sorang-sorang. Masa ni lah baru saya faham perasaan repeater yang pernah masuk kelas saya dulu.
Suka atau tidak, saya kena masuk kelas baru tu juga. Kelas junior untuk mengulang balik subjek yang saya dah gagal. Malu yang teramat. Tapi saya tebalkan muka, kuatkan hati, banyakkan senyum dan banyak mengingati Allah s.w.t.
Dan syukur sebab segalanya dipermudahkan oleh Dia yang sentiasa bersama hamba-hambaNYA.
Pensyarah yang mengajar memang sporting, pelajar-pelajar dalam kelas juga menerima kehadiran saya dengan senyuman. Hilang semua rasa takut yang ada.
Saya tahu, bukan semua orang akan menerima layanan sebaik itu. Kadang-kadang, ada juga repeater yang dipandang rendah oleh sesetengah orang. Tak cukup dengan itu, dipulau pula oleh orang. Tapi kalau kita bersangka baik dengan orang lain, terutama sekali dengan Allah s.w.t, insyaAllah semuanya akan mudah.
Saya selalu yakinkan diri bahawa pandangan manusia pada saya itu hanya biasa. Saya lebih mementingkan pandangan Allah kerana pandangan itulah yang lebih utama untuk menentukan saya hamba yang bagaimana.
InsyaAllah, kali ni saya akan berusaha dengan lebih gigih.
Syukran Allah :D
6 Comments
Click here for Commentshurmmmmm... repeat. satu benda yang scary buat seorang pelajar MELAYU. Kenapa ary cakap macam tu? Hah.. Nanti ary nak buat entri lah^^
Replyteringat zaman saya repeat subjek database. rasa mau nangis sorang2 masuk kelas junior. waaa..
Replytapi apa ada hal kan.. yg penting kita sdh cuba yg terbaik.
my bro say, tu baru la namanya budak U...
Reply:'(
Assalamualaikum.
ReplyBanyak2 kan bersabar tia.. Pastu, jangan fikir bukan2..jgn fikir sangat pandangan org lain.
Sekali kita dah start fikir pandangan org lain terhdp kita, kita dah mula rasa rendah diri.. akak doakan tia kuat hadapi situasi skrg ni. :)
I know u can do it. Ingt lah, kita sbnrnya mmg seorg je kt dunia ni. Kwn2 tu peneman smntra saja. Masa kita lahir kedunia, kita sorg, time diambil nyawa pun mcmtu juga. Jadi, fokus untuk majukan diri ya tia.. ^_^
pernah kena repeat jugak 1 subjek..huhu
Replytak tahu dimana silapnya
saya repeat 2 kali. dan sedang menjalani kehidupan sebagai student repeat serta extend. Hanya ALLAH yang tahu perasaan ni. Subjek core. memang tak boleh buat apa apa. Terpaksa terima juga walaupun dah cuba yang terbaik. Hmmm
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon