Sebak

Assalamualaikum.

Ini minggu terakhir kuliah sebelum pelajar balik bercuti ke rumah masing-masing. Kelmarin dengar cerita kawan yang dah pergi terminal bas, tiket dah habis. Jantung dah dup dap. Kepala pun dah pening memikirkan cara nak balik Sandakan nanti.

Sebenarnya, boleh je balik rabu malam naik bas ramai-ramai dengan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Tapi adik lelaki yang belajar di matriks Labuan belum boleh cuti. Tak tergamak nak tinggalkan adik.

Tiket kapal, sah-sah dah mahal. Tiket bas dah habis. Saya dah tak terfikir cara apa lagi untuk saya dan adik balik rumah. Hati dah mulai sebak bila membayangkan hari raya pertama, saya tak berada di rumah. Satu-persatu wajah keluarga bermain di mata.

Mohon tolong doakan saya dan adik dapat balik beraya tahun ni. Saya rindu sangat dengan keluarga dekat rumah.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
July 21, 2014 at 10:21 AM ×

Semoga tia dan adik dapat balik beraya tahun ni..ye..

Reply
avatar
ewanthology
admin
July 22, 2014 at 9:24 AM ×

insyaAllah, ada jalannya.

Reply
avatar
July 24, 2014 at 12:29 PM ×

InshaAllah mesti ada jalan untuk balik beraya nanti tu kan.

Reply
avatar