Wednesday, May 27, 2015

Uniform Kerja

26/05/2015
Baru balik dari kerja tadi. Hohomaiihhhh. Nak kata penat tak juga. Macam biasalah. Tulang belakang macam meragam sikit. Tak boleh berdiri lama-lama. Tu yang keluar perangai mengada dia tu. Hahahaa. Tapi rasanya lama-lama nanti okeylah ni. Kan first time kerja.


27/05/2015
I dengan staff yang lain dapat baju uniform kerja tiga helai seorang. Err tapi tak sure lah kalau yang part time berapa helai. Kalau macam ai yang full time, dapatlah tiga helai. Bos faham kot. Yelah, waktu kerja 10 am to 10 pm. Kalau dah penat sangat balik dari kerja tu, comfirm ai dah tak larat nak basuh baju. Means, kalau tak sempat basuh hari ni. Takpe. Kan ada baju spare dua helai lagi. Hahaaa.

Bagus juga sebenarnya kena bagi baju uniform ni. Jimat baju ai. Bawa baju datang Kota Kinabalu ni bukannya banyak sangat. Baju rumah tiga helai termasuk seluar. Baju jalan ada 5 helai termasuk baju kurung 2 helai. See. Syukur tak pakai baju biasa. Ada uniform.

Pemilihan saiz baju pun masalah juga. Masa mula-mula interview dah kena minta saiz baju. Alamak. Ai mana tau. Dia kata S. Ai pun okeylah. Sekali dia dah bagi, ai try. Phew! Sesak nafas. Sempit kot. Ai memang kecik orangnya. Tapi ai tak selesa pakai yang cun-cun dekat badan then singkat pula. Hohoooo. Ai tamauuuu. Jadi, minta Ben (yang in charge tempat kerja) tukarkan. Ai nak M. Syukur dia tak marah.

Okeylah. Nak bersiap ke tempat kerja. Start jam 10 pagi. Kena gerak dari rumah dalam 9.30 macam tu. Ni dah 8.58 am. Kbai uolssss.

Take care yahh.

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 26, 2015

Kerja di Kedai Cermin Mata

Aku baru habis jawab paper kelmarin. Ramai jugak yang tanya, susah ke senang soalan dia. Hmm. Aku pun tak tau nak kata macamana. Tapi meroyan jugalah duduk dalam dewan tu kalau ada soalan yang susah nakmati. Pendek kata, tunggu je lah result keluar ye. Tawakal.

Lepas habis je exam, aku cabut sebab bos dah call dah whatsapp tanya aku dekat mana. Bos panggil masuk kerja. Sebenarnya aku dah minta cuti sehari. Yelah, kan exam start 9 pagi sampai 5.30 petang. Waktu kerja pula mula 10 pagi sampai 10 malam. Kalau aku masuk jam6 petang, tinggal 4 jam jelah lagi nak stay dekat kedai. Aku rasa macam tak berbaloi kot. Tapi bos panggil juga masuk kerja. Dia kira setengah hari. Untunglah kannnn.

Dah hampir 3 hari aku kerja. Kedai buka 23 Mei hari tu. Hari sabtu. Gile ah ramai orang. Patah mematah badan maksss. Tapi seronok. Aku suka kerja ni. Oh lupa. Aku kerja dekat kedai cermin mata. Gaji pun aummm! Nak dekat 1k. Tapi kerja memang sesaklah. Tak macam kerja dekat ofis. Ada lunch hour bagai. Kalau kerja tempat aku ni, kalau customer tak ramai. Bolehlah lari kejap tapau lepas tu makan dekat kedai cermin tu.

Ni first time aku kerja. Memang heaven! Pertama kali kerja terus dapat bos yang layan kau baik gila. Macam kelmarin masa aku tengah berjalan kaki nak ambil bas ke tempat kerja, bos call.

Bos : Teha, you kat mana?
Aku : Tengah jalan kaki bos nak ambil bas. Baru habis exam tadi.
Bos : Okay, okay. Thank you Teha. Sorry okay sorry. Nanti i belanja you makan besar.
Aku : Eh no lah bos. No sorry. Okay bos. Am on my way ke sana. Jangan risau ye.

Kedai tu baru buka. Perlukan pekerja. Tapi full time lah sebab yang part time dah ramai. Aku ni full time. Aku suka kerja sana. Bos dia tak berlagak. Baik je layan staff. Suasana best, majikan peramah, gaji aumm!

Okeylah. Aku nak pergi bersiap. Aku ni kena bersiap awal sejam. Kalau tak, parah. Bai uolssss.

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 12, 2015

Biskut Pelangi Sumpah Sedap



Tajuk entri bukan main lagi. Siap sumpah bagai. Tapi serius. Biskut pelangi aka lidah kucing ni, memang sedap. Kalau yang tukang buat tu pandai buatlah kan. Kalau comel sebab warna-warni je tapi rasa sedap ke laut. Tak jadi juga.

Aku suka biskut ni sebab rasa dia tak manis sangat. Bila kunyah macam ringan je dalam mulut. Sumpah sedap! Hahaa. Aku ni payah sangat nak memuji. Tapi kalau memang kena dengan hati, aku puji lah kannnn.

Biskut tu puan ibu bawa dari tempat belajar masak. Makciks dekat sana buat reramai. Dah siap masak, memasing bawa sikit balik rumah. Kengkonon nak bagi merasa. Aku ni yang dah merasa sikit terus jatuh cinta. Hewhew.

Boleh pula keluar idea nak ambil order orang. Yelah, nak raya kan. Boleh buat bisnes ni. Hahaaa. Otak bisnes punya pasal. Tapi nantilah. Ibu kata tunggu beli dulang dulu lepas tu baru buat. Kalau rasa dia sesedap yang aku makan pestaim ni. Aku buka bisnes. Kalau rasa ala-ala macam nak melempang. Aku tak bukalah. Kang aku yang kena lempang. Jual kuih minta kaki. Hahaaa.

posted from Bloggeroid

Saturday, May 9, 2015

Lesen Kereta

Umur aku dah 24. Eh, 24 ke? Hewhewhew. Actually, tak cukup 24 pun. Masuk bulan November nanti baru genap. Tapi hakikat yang umur aku 24, tak boleh nak elaklah kan? Hahaaa.

Dah lama aku mengidam nak bawa kereta. Seumur hidup, adalah dalam dua kali aku merasa bawa kereta orang. Manual sekali, auto sekali. Bawa dua-dua pun best. Ni umur aku dah masuk 24, masih tak ambil lesen lagi. Dalam family aku pun, cuma ayah dengan ibu je yang boleh bawa kereta. Aku anak sulung. Kalau yang sulung pun tak ambil lesen lagi, adik-adik pun memang tak lah kan.

Nak cakap risau sangat tak ada lesen kereta tu taklah juga kan. Bukan aku tak nak ambil. Tapi harga murah sangat. Aku ni kerja pun tak lagi. Duk habiskan beras dekat rumah je. Aku plan, tunggu lepas dapat result final exam nanti baru fikir nak buat apa. Nak sambung ijazah, kena fikir beribu kali dulu. Tapi tu lah, aku pun tak boleh nak ramal masa depan. Apapun, aku kena tunggu lepas dapat result dulu.

Ambil lesen ni kira one of my dream lah kann. InsyaAllah. One fine dayyy.

posted from Bloggeroid

Friday, May 8, 2015

Gula untuk Anak Kak Melah

Tok, tok, tokk! Kedengaran pintu rumah diketuk.

“Buka pintu tu Iman,” arah Mia.

Lepas bercakap sebentar, Iman menutup pintu perlahan.

“Ada orang minta gula.”

Mia memandang Iman.

“Siapa?” soal Mia.

“Anak kak Melah,”

Mia berfikir sejenak. Gula yang mereka ada pun, baru juga dibeli petang tadi. Itu pun, dia dengan Wan berkongsi duit. Bulan ini memang mereka kesempitan duit. Syukur Wan ada simpanan dalam tabung. Tapi taklah banyak. Harga gula RM3.20. Mia ada RM1.20. Wan pula ada RM2.20. Lepaslah untuk beli gula 1kg.

Mia bergerak ke dapur. Wan tengah masak.

“Ada orang minta gula,”

“Siapa?” Wan mengajukan soalan macam Mia masa mula-mula tadi.

“Anak kak Melah. Kita bagi jelah ye,” kata Mia. Bukan minta pandangan. Tapi itulah keputusan.

“Bagi jelah. Kita kongsi rezeki Allah,”

Mia tersenyum mendengar jawapan Wan. Mia setuju dengan Wan. Gula itu bukan hak mereka sepenuhnya. Ada hak orang lain juga untuk guna gula tu. Mungkin untuk anak kak Melah. Wan sambung masak untuk makan malam.