Bouncer buaian untuk si kecil


Sebelum Asyraf lahir, dalam hati ni dah semat kuat-kuat tak nak ajar anak berbuai. Tapi makcik belah Andy belikan bouncer sebagai hadiah. Dulu aku taktau apa nama buaian ni. Cari dekat google, oh baru tau bouncer namanya. Ada jugak panggil rocker. Eh memanalah. Yang aku tau, ini masih dalam kategori buai. Cuma, buaian pesen ni agak selamat sikit. Sebab rendah kan.

Aku start letak Asyraf dalam bouncer masa dia 3 bulan rasanya. Ke 2 bulan lebih. eh aku lupa lah. Tapi okeylah. Setakat ni okey. Kalau pun anak nak ber-bouncer sangat, senang nak angkut. Lipat je simpan dalam kereta. Kalau buaian gantung, jenuh nak seret sekali.

Bouncer ni actually takde dalam list. And tak pernah terfikir pun nak ada satu. Tapi dah kena bagi, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. hihi

Harga bouncer ni RM55. Makcik aku beli dekat Sunny. Supermarket yang berdekatan airport Kota Kinabalu. Makcik kata, dulu-dulu bouncer ni takde tali pinggang. Tapi sekarang dah ada. So, safe sikitlah kalau baby duduk atas tu.

Cuma tu lah, Asyraf takdenye pun nak duduk dekat bouncer tu sangat. Bila mood dia okey, bolehlah letak. Bila dah start bad mood, memang dia tak nak duduk dalam bouncer. And Asyraf lagi lena kalau tido atas tilam. Tido atas bouncer, kejap-kejap jaga.

Bagi aku, bouncer ni lagi okey daripada buaian gantung tu. Nak buat kerja pun senang. Heret je bouncer ke dapur and letak Asyraf dekat situ. Sekarang Asyraf dah 4 bulan lebih, dia suka sangat meniarap. Kang aku letak dalam katil dia, kejap je meniarap. Dalam bouncer dia tak boleh nak meniarap.

Bouncer ni boleh buai macam kerusi malas. So, dia macam buai jugaklah dodoi dodoi anak kalau nak bagi tido. Dulu aku tak tau. Lepas adjust sana sini, baru tau bouncer boleh buai. Tapi agak bising sikitlah. Haritu nak suruh Andy spray untuk hilangkan bunyi tu. Hmm lupaaa

Kain bouncer pun senang nak basuh. Senang buka, senang pasang. Since kain dia jenis berlubang, okeylah angin boleh masuk. Takdelah baby panas baring lelama atas bouncer.

Actually, kalau korang rajin survey ada banyak pesen lagi bouncer ni. Tapi harga pun lainlah. Nanti free, bolehlah cuba survey.
Previous
Next Post »

4 Comments

Click here for Comments
Normi Nieza
admin
August 15, 2017 at 10:52 AM ×

alolo..baiknya dia..:)

Reply
avatar
Mrs Pip
admin
August 16, 2017 at 9:24 AM ×

kak pip pun ndak kasi anak buaian ..
kak pip pun beli baby bouncer juga ...
anak anak memang guna baby bouncer untuk tidur, tapi once umur cecah 6 bulan,
hurm ... baby bouncer tu ndak kena pandang sudah .. last2 tidur di tilam atas lantai ja .. katil bilik pun terpaksa buka coz anak pandai tiarap kan nnt jatuh pula atas katil ....

Reply
avatar
Jun Zie
admin
August 25, 2017 at 1:33 PM ×

aah prasan juga yg dlu punya xda safety belt tu =D

Reply
avatar
Ainaa Najwa
admin
October 10, 2017 at 3:35 PM ×

salam kak tia nur nie kak tia wassap nur kak tia .. nur dah hilang no kak tia ..kak tia ada no nur kan ..

Reply
avatar