Tips Sedapkan Ikan Bilis


Di hari-hari terakhir berpantang haritu, sempat gak duduk dengan MIL. Menu berpantang tak lain tak bukan IKAN BILIS. Takdelah selalu tapi dalam seminggu tu mesti ada bilis.

MIL ada gorengkan bilis untuk aku. Masa tu aku rasa macam eh sedaplah ikan bilis yang mami goreng ni. Tak macam yang selalu aku makan. Tanyalah bubuh apa dalam bilis. MIL kata takde apa. Buh bawang besar dengan ajinomoto sikit. Tu je.

Laa, aku ingatkan letak apalah. So, aku pun try buat. Ajinomoto tu letak sikit je. Kurang dari secubit. Sikit je sikit. Kalau tak nak bubuh ajinomoto, boleh ganti dengan serbuk HEBAT HEBAT RASA MAGGIE CUKUP RASA. hihi. Sikit je tau.

Gorengkan dulu bilis. Agak-agak bilis dah nak masak, bubuh lah bawang besar yang dah dihiris. Kacaukan. Lepas tu perasakan. Bila bilis dah garing, angkatlah.

Bilis ni sedap dimakan dengan nasi yang panas-panas. Jadi lauk nasi lemak ke, nasi goreng ke. Memang sedap.
Previous
Next Post »