Aplikasi telefon bimbit nak mengandung

Hi.

Weh, wehhh. Pesal aku rasa macam pelik je tajuk entri yang aku buh ni? Tskk. Macam payah nau nak pilih tajuk entri. Takpe ah. Harap lepas aku explain bagai nak rak dalam page ni, pembaca boleh fahamlah apa aku nak sampaikan. Especially yang dah kahwin, dah ada anak, on the way nak beranak, atau tengah usaha nak ada baby.

Dulu sebelum kahwin, aku memang jenis yang tak ambik pusing sangat tarikh period aku. Nak datang, datang. Tak nak datang, dia punya suka. You see, you see betapa tahap tak peduli aku tu. Eh taklah. Sebab kitaran haid aku normal. Alhamdulillah. Tetiap bulan memang datang 'jenguk' aku. Cuma tulah. Tarikh tu aku tak ambil kisah sangat.

Tapi sekarang lepas kahwin. Ambuih kauuuuu. Rajin nau nak save date. Siap download apps dari 'Play Store' youuuuu. Haa nilah yang aku nak explain berkenaan dengan tajuk entri aku tu. Apps yang aku download tu bukanlah boleh buat aku pregnant. Tapi dia boleh tolong kirakan kau tarikh bila kau subur. Sebab kau taulah, nak mengandung kena tau bila masa subur. Tak ke gitu.

Aku tak boleh bagi jaminanlah kau orang akan pregant kalau dah ada apps tu nanti. Tapi aku selalu guna apps tu untuk buat rujukan especially date period dan date subur aku. Kalau dah tahu, bolehlah get ready kan. Sedia apa yang patut.

Okey aku pakai dua jenis. Hahaaa. Dua kauuuuu. Tamak haloba sungguh. Dedua pun okey bagi aku. Baiklah yang first sekali aku download, 'Ladytimer'. Ni apps memula sekali aku pakai. Agak keliru sikit. Entahlah. Rasanya, aku kot yang tak reti nak tengok. Takpelah, kau orang boleh try nanti.



Apps yang kedua, 'GetBaby'. Tajuk apps tak menahan sungguh. Yang ni theme macam comel-comel sikit. Kaler pink-pink gitu.



Senang nak tengok kan? Setakat ni, aku okey dengan dedua apps ni. Tapi aku sure, kau orang pun ada pakai juga cuma lainlah. Kalau dapat share, bagus juga. Nanti aku boleh try. Kotlah yang kau orang pakai tu lagi bagus kannnnn. So, sampai sinilah sharing aku kali ni.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »