Uji suami masa blackout

Hi.

Okay finally semalam hujan. Hujan selebatnya. Siap ada guruh. Tak cukup tu, blackout lagi. Ambuihhh. Pakej nahhhh. Lama juga hujan dan blackout tu. Nak dekat pukul 11 lebih baru terang benderang rumah. Actually aku nak cerita apa yang jadi masa blackout tu. Hihihi.

Macam ni. Aku tak ingat dah masa tu pukul berapa tapi aku dah mengantuk gila-gila. Nak tak nak, aku damparkan je diri aku atas lantai dekat ruang tamu tu. Panas k even hujan lebat sampai tengahmalam. Suami aku pun kepanasan juga. Nak-nak pula badan dia jenis yang berisi sikit. Lagilah terasa panasnya kan.

Masa aku dan suami dah terdampar tu, memang aku hampir terlelap. Tapi dek kerana panasnya aku rasa, tidur-tidur ayam jelah. Aku jeling curi-curi suami yang baring dekat sebelah. Sibuk duk main facebook. Tak boleh nak tidurlah tu. Tetiba pula masa tu otak aku nak nguji suami aku ni. Dengan suara ala-ala terjaga dari tidur, kan aku pura-pura tidur tadi. Aku cakap dekat suami.

"Abang, panas."



Kau tengok mengada aku tu. Hahaaa. Dah tau blackout, mestilah panas. Aku saja nak tengok reaksi suami aku macamana. Lepas aku cakap panas, tetiba dia bangun. Aku curi-curi tengok je. Dia buka laci macam ambil sesuatu. Baring balik sebelah aku. Laaa, ambil kipas tangan rupanya. Dah baring sebelah aku, dia kipas-kipas bagi angin kena aku. Alahai suami. Tak nak bagi isteri dia rasa panas, sanggup pakai kipas tangan.

Tak lama lepas tu, sesi blackout dah tamat. Dan aku masih pura-pura tidur. Kihkihkihhh. Bertuah punya isteri.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »