Kenapa tak tunjuk muka suami?

Hi.

Okey. Benda ni timbul bila one of my classmate tanya. "Pesal kau tak pernah post gambar suami kau Tia?" Hmm. Macamana nak jawab eh. Ada juga aku terfikir nak menjawab, "perlu ke?"

Aku tak salahkan orang yang bertanya tu. Mungkin dia pelik. Orang lain sibuk duk post gambar suami, post gambar sweet-sweet berdua. Tapi aku, nan hado. Jangan kata gambar berdua, gambar suami berseorang pun aku tak pernah post. Why Tia? Whyyyyy? Ambuihhh. Over.

Macam ni jelah. Lain orang, lain caranya. Aku ni dah banyak merasa. Aku tau apa aku nak buat, apa aku tak nak buat. Pendek kata, pengalaman mendewasakan. Jangan kata dekat Blog, dekat Instagram, WeChat, Snapchat, pun tak hade gambar somi aku tu.

There must be a reason why am doing this. Cuma tulah, kau orang kena hormat. Tak payah nak jadi wartawan sampai kena selak kain orang. Hidup aku, aku dengan Allah yang tau.

Setakat ni, aku tak berani nak cakap lebih-lebih. Yelah, cakap pung pang sana sini. Alih-alih penuh blog ni nanti dengan gambar aku dan suami. Merangkak minta ampun aku. Mungkin belum masanya nak perkenalkan suami aku di alam maya yang penuh 1001 rahsia ni.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »