Hi.
Selepas beberapa hari menjeruk pakaian dalam besen, akhirnya inche somi dah bersuara.
"Nanti bawalah baju tu basuh tempat mami."
Dan aku macam, 'alaaaaaa. Perlu ke?'
Memandangkan kami baru kahwin, so inche somi kata pelan-pelanlah nak beli mesin basuh tu. Yelah. Lagipun, baju berdua je kot. Tak hadelah menimbun macam ada anak ramai kan. So, ada kelonggaran nak jeruk pakaian for a few days and after that boleh bawa pergi rumah mak mentua dan sental dekat sana. Hihihi.
Tapi, baru-baru ni mesin dekat rumah mak mentua pula bermasalah. Tak boleh nak pakai yang 'spin' tu. Oh lupa. Dekat rumah mak mentua pakai mesin basuh yang manual. Basuh, bilas dengan 'spin' asing. Aku harap ada yang fahamlah apa aku cuba sampaikan ni. Huhu.
Lepas insiden mesin rosak tu, cerita dah hampir samalah kan. Aku kena perah pakai tangan juga. Start situ, aku kengkonon dah tak nak simpan baju yang dah pakai lelama. Lepas pakai, terus sental pakai tangan. Malangnya, semangat tu cuma ada sehari dua. Masuk hari ketiga, dah mula balik dah perangai aku jeruk pakaian. Hahaaaa. Nasiblah inche somi.
Dan hari ni, besen baju dah penuh lalu aku bawa pergi rumah mentua. Hee. Teruk jugalah aku rasa kejap. Especially nak basuh seluar jeans dan seluar kerja inche somi. Bapak berat aku rasa nak nangis je masa perah tu. Bila tengok cuaca di luar, aku dah mula risau. Matahari macam malu-malu je nak keluar. Kalau mendung, acane baju-baju aku nak kering.
Atas dasar kasih sayang mak mentua pada menantu dia yang bertuah sorang ni, dia cuba call saudara dia yang tinggal dekat-dekat situ juga. Guess what? Mak mentua aku suruh bawa baju-baju yang aku dah siap basuh untuk di-'spin' dekat rumah mak cik tu. Lahaiiii.
Lepas dah 'spin' semua, aku terus jemur. Alhamdulillah. Matahari yang segan-segan nak keluar tadi, sekarang dah terpacak. Keringlah baju ahkak. Hehehhhh.
Eh, eh pesal aku rasa macam keluar tajuk? Astaghfirullahalazim. Tia, Tia. Tak sah kalau cerita tak berderet sampai ke laut kan. Okey, okey. Balik pada tajuk entri.
Nak undur sikit ni. Aku ambik part masa tengah 'spin' baju dekat rumah mak cik tu. Yelah, masa-masa nak menunggu proses pra pengeringan tu selesai. Aku duduk-duduklah. Mak mentua aku dengan mak cik tu tengah sembang. Aku pasang telinga. Tetiba mak cik tu cakap mesin basuh yang automatik tu tak elok. Banyak kerja dan banyak makan masa. Melambatkan.
Aku yang dengar pendapat mak cik tu pun macam, 'eh biar betul mak cik ni?'
Tapi aku hormat pendapat mak cik tu. Dah dia selesa pakai mesin manual kan. Nak buat cemana. Yang aku ni duduk dengan family aku memang pakai mesin basuh yang automatik. Bagi aku yang automatik tu senang. Pilih-pilih mana baju kau nak basuh, campak sabun, campak pewangi, tekan butang, cuci. Haa, kan senang tu. Berbanding yang manual, kena basuh lagi, bilas lagi. Lepas tu pindah pula pergi 'spin'. Ahkak ghase macam banyak kerjalah pula.
Dua-dua jenis mesin basuh tu memang aku dah pakai, dah rasa. Aku lagi pilih yang automatik. Senang, jimat masa. Especially kalau nak basuh dalam kuantiti yang banyak. Kalau takat dua tiga helai, boleh je sental pakai tangan.
So, nak manual ke automatik ke aku tak kisah. Sebab yang beli tu, kau orang. Duit tu, kau orang punya. Nak beli manual boleh, automatik pun boleh. Eh, eh. Nak beli dedua pun aku tak kisah. Bukan duit aku ponggg. Hehehehehhhhh.

posted from Bloggeroid
ConversionConversion EmoticonEmoticon