Gunakan Sihir sebagai Pemisah

Telefon bimbitku berbunyi. Ada whatsApp.

"Salam. Ti, kau busy?"

Memandangkan bekalan elektrik putus, jadinya aku hanya berbaring.

"Wassalam. Taklah. Aku tak buat apa-apa. Blackout sini. Ada apa?" aku membalas.

Mana tahu dia ingin ajak berjumpa. Aku boleh bersiap sekarang juga.

"Aku nak share sesuatu dengan kau."

Perkataan 'sesuatu' sedikit menarik hatiku.

"Alah kau ni. Macam tak kenal aku. Share je. Aku sudi mendengar."

Perkataan mendengar agak tidak sesuai. Kerana kami hanya saling berbalas teks melalui whatsApp. Tapi tak kisah. Yang penting aku sudah tidak sabar ingin tahu apa yang dia mahu kongsikan.

"Aku tahu kau ada blog. Selalu juga aku baca blog kau. Pandai kau mengarang kan?"

Sempat pula memuji aku.

"Tak adalah Rima (bukan nama betul). Blog aku tu biasa je. Ini ke benda yang kau nak share?"

Rasa teruja ku sedikit demi sedikit berkurang. Mungkin dia mahu soal siasat tentang blog sahaja. Maknanya tak ada cerita menarik. Okey tak mengapa. Aku pasrah.

"Eh tak. Ada benda lain aku nak share. Tapi aku ada permintaan. Kau tulislah cerita ni dalam blog kau. Boleh juga orang lain tahu. Cuma, aku tak bagitaulah orang-orang yang terlibat. Nak jaga nama mereka."

Aku mula membetulkan posisi. Pantas jari aku membalas.

"Hal kecil je tu. Kau nak share apa? Cerita je kat aku."


"Kau percaya tak benda-benda sihir?" soal Rima.

Aku terdiam sebentar. Sihir?

"Kenapa dengan sihir?" balasku bersemangat.

"Kau pernah dengar pasal sihir pemisah?"

Seingat aku, sihir ni untuk menyakitkan orang lain. Tapi menakutkan juga bila bercerita pasal sihir ni.

"Pernah kot. Yang nak pisahkan suami isteri tu eh? kataku.

"Lebih kurang macam tu lah. Tapi ni bukan suami isteri. Tunang."

Aku tidak membalas. Hanya menanti balasan dari sahabatku.

"Ceritanya macam ni. Lelaki ni dah sah bertunang dengan seorang perempuan. Tapi aku syak, dugaan bertunang kot."

Aku tekun membaca. Tapi tidak membalas. Sengaja memberi dia ruang untuk menghabiskan cerita.

"Ti, kau baca tak apa aku hantar tu?"

Alamak. Perempuan ni. Aku dah bagi peluang untuk dia bercerita tanpa aku mencelah, sibuk pula tanya aku.

"Aku dekat sinilah. Aku baca apa kau hantar. Aku tak reply apa-apa sebab nak bagi kau fokus cerita. Kau selesaikan dulu cerita kau tu. Nanti aku reply k."

Rasa macam nak jentik dia pun ada.

"Oh ye ke? Okey okey. Aku habiskan cerita."

Seperti dijanjikan, aku bersedia untuk membaca sahaja. Tiada balasan dariku.

"Masa dorang bertunang, lelaki tu dipertemukan dengan seorang perempuan lain. Aku panggil miss.K jelah. Mula-mula lelaki tu tak layan tapi syaitan berjaya hasut dia. Hari demi hari hubungan dia dengan miss.K makin rapat.

Sampailah mereka mulai jatuh hati. Miss.K tu tau lelaki tu dah bertunang. Dia sedih juga. Tapi nak buat macamana. Lelaki tu tak boleh putuskan pertunangan atas sebab-sebab tertentu.

Kau tau lelaki tu buat apa?

Dia pergi jumpa orang dengan niat untuk buat tunang dia sendiri yang pisahkan pertunangan mereka.

Orang yang cadangkan dia pergi jumpa dukun tu kata, dukun tu terkenal juga sebab rata-rata orang yang jumpa dia mesti akan berjaya.

Lelaki tu pergi tempat yang dikatakan. Masa jumpa dukun, dia ceritakan apa yang berlaku.

Dukun tu faham dan dia ada suruh lelaki tu bagi tunang dia minum sesuatu supaya tunang dia akan ada rasa benci.

Lelaki tu berjaya buat tunang dia minum air yang dukun tu bagi.

Ada lebih kurang berapa hari je lagi majlis pernikahan mereka. Lelaki tu dah mula risau sebab tunang dia tak ada tanda-tanda bencikan dia pun. Makin sayang adalah.

Miss.K pun menangis teresak-esak sebab lelaki yang dia sayang bakal berkahwin dengan orang lain.

Tapi lelaki tu tetap percaya yang tunang dia akan putuskan pertunangan mereka.

Sampailah hari pernikahan. Tak ada apa pun yang berlaku. Apa yang dikatakan dukun tu, semuanya tak berlaku. Lelaki tu tak dapat buat apa. Dia tak boleh malukan keluarga. Maka, sah lah lelaki tu dan tunang dia menjadi suami isteri."


"Ti, dah habis."


Aku pun mula menaip sesuatu.

"Ada juga sampai macam tu kan? So, sekarang lelaki tu macamana dan miss.K tu macamana?"

Cerita sahabatku seolah tergantung. Apa jadi pada mereka?

"Aku pun tak tau Ti. Yang aku tau, lelaki tu dah selamat jadi suami pada tunang dia. Miss.K tu pula entah ke mana."

Aku mengangguk. Seolah-olah sahabatku itu ada di depan mata.

Masih panjang perbualan kami. Tapi biarlah aku tamatkan di situ.

Apa yang aku boleh ringkaskan. Inilah dia yang dinamakan jodoh. Kuasa Allah lebih hebat berbanding kuasa dukun tu.

Tolak macamana pun, kalau Allah dah kata. Itu takdirnya, itu jodohnya. Hatta dukun sekali pun tak dapat menghalang.

Dari apa yang sahabat aku cerita, tunang lelaki tu sebenarnya baik. Jaga solat. Mungkin sebab tu Allah lindungi dia. Dia jaga Allah, Allah jaga dia.

Doa aku, semoga lelaki tu bertaubat dan menerima jodohnya kerana apa yang Allah tetapkan buat kita, itu adalah terbaik.

Mungkin miss.K bukan pilihan yang terbaik. Semoga miss.K juga diberikan jodoh yang insyaAllah boleh membimbing dia.

Penulis : Penat juga aku nak mengarang panjang-panjang ni. Phew!

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

5 Comments

Click here for Comments
Mellya Musa
admin
October 13, 2016 at 6:03 PM ×

tapi kalau bini dia tau mesti sedih hmm.. macam mana nak bahagia macam tu :(

Reply
avatar
Unknown
admin
October 13, 2016 at 8:47 PM ×

kalau saya di tempat bini dia pun mesti sedih juga tapi kita ni cuma orang luar kan?

Reply
avatar
Mr. Asada
admin
October 13, 2016 at 10:17 PM ×

Dukun tu bagi pengasih kot.. malas nak layan orang yang nak aniaya orang.. hihi

Reply
avatar
Gee Lion
admin
October 14, 2016 at 6:56 AM ×

Kenapa lelaki tuh tak putus cara baik je? Kenapa nak buat perempuan tuh yg mintak putus dulu? Apakah....

Reply
avatar
Anonymous
admin
November 18, 2016 at 12:36 AM ×

Yg paling menakutkan Disini ialah Dosa syirik tu besar.

Yg paling menyampahnya lelaki yg tak boleh buat keputusan dan guna alasan untuk cari jalan..

Huishhh..

Reply
avatar