Ada baca artikel "Bakal Mak Mentua Batalkan Perkahwinan kerana Bakal Pengantin Perempuan tak Pandai Masak". Haa lebih kurang cenggitulah tajuknye. Tapi saja i panjangkan. Supaya uols boleh dapat mesej yang cuba disampaikan. Malas nak berkias-kias bagai.
Phew! Lap peluh. I terasa okey uolsss. Dahlah sebelum ni buat entri ISTERI PEMALAS pestu banyak refer pada diri sendiri. Ni nak cerita apa pulak? malas masak?
Ishh. Tak baik tau uols kata i pemalas. T_T
Syukur alhamdulillah MIL i tak macam tu. Sangat baik. Even i tak rapat sangat dengan MIL tapi beliau tersangatlah baik. Menerima seadanya menantu tak seberapa dia ni.
Tak pandai masak. Sebenarnya bukan tak pandai sangat pun. Alah. Boleh je aku masak nasi, masak air, goreng telur, tumis sayur. Boleh jeeeee. Sesedap rasa giteww.
Cuma masakan macam ikan masak cili api, mee masak jawa meleleh, udang masak kari kick. Haa tu semua aku tak reti. Kena refer tok google atau mak aku yang nun jauh beribu batu. Guna waksep je ponnnn.
Alasan yang aku ada, dulu belajar masa lebih banyak tinggal dekat hostel. Dah tu pulak hostel melarang sekerasnya kami buat sesi masak memasak hatta masak air je pun. Apatah lagi nak masak nasi. Memang taklah. Since aku contoh pelajar yang baik, sure tak langgar rules tu semua. 😏
Kalau balik cuti semester pun, tak sempat nak master resepi tu semua. Cuti bukannya lama pun. Takat sebulan lebih. Eyp! Untuk menguasai satu resepi memerlukan masa yang lama okey. Alasan. Baru nak pegang senduk, tup tup dah habis cuti. Kena balik hostel. Terpaksa postpone tauuu.
Lepas tu pulak, habis je belajar tau-tau jodoh dah datang. Nak menolak pun bukan tak tolak. Tapi kuasa Allah. Kahwin lah. Lagipun, laki aku baik. Tak ada cacat celanya. Kalau ada pun, aku just anggap tu kekurangan dia sebagai manusia. Duit hantaran bagi kat aku pun cash hasil simpanan dia bekerja. Tak ada nak loan. Tu yang aku respek. Lagipun, aku ni bukannya perfek sangat nak tunggu lelaki yang bagos. Tak memasal, jumpa lelaki bajet bagos je. Cis! Aku dah masuk topik mana? T_T
Okey dah kahwin, tinggal pula dengan keluarga suami. Sebab apa? Ini aku dah story dalam entri INI Tak sampai berapa bulan kahwin, berbadan dua pulak. Even kena guna khidmat MENGURUT sekali. Tak menyabo nak peknen.
Tapi tu asbab kecil je. Allah memang nak kasi. Mana boleh tolak. Kalau bagi alasan ekonomi tak stabil, macam tak relevan sungguh. Seolah-olah takut rezeki tak ada. Tak boleh tauuu. Anak tu rezeki jugak k. And, Alhamdulillah. Rezeki awal sampai kannnnn.
Sekarang kandungan dah 4 bulan lebih. Zaman-zaman mengidam dah berlalu. Kalau dulu hari-hari nak makan kfc, sekarang tengok iklan kfc pun nak muntah. Kadang menyampah pun ada sambil flashback balik pehal lah aku ketagih sangat nak hadap kfc tu dulu kan. Masa awal-awal ngandung, aku memang kuat sangat jajan dekat luar. Nasi kerabu lah, ikan bakar lah, itu lah ini lah. Kesian tak kesian je dengan laki. Baru balik kerja bini dah merengek nak makan ayam lah, kambing lah, lembu lah. Syukur tak minta bukan-bukan. Daging payau ke, daging rusa ke, daging arnab ke kan. Heee. Seriau pula bila terbayang.
Tapi sekarang... Tuhan je tau apa perasaan aku. Macam rasa malas nak makan dekat luar. Malas tu satu hal. Kadang tu macam tetiba rasa tak sedap. Macam entahlahlah. Semenjak dua menjak ni memang dah kurang gila ajak laki keluar semata-mata nak cari satu menu je macam char kuey teow hari tu. Tetiba pula feeling nak makan masakan sendiri.
MIL pulak jarang masak masakan macam mak aku selalu masak. MIL masak simple je. Ikan masak sup, ikan masak singgang, sayur tumis, kangkung masak belacan. Menu yang ala-ala. Sebab FIL jenis tak makan makanan yang berbau. Contoh macam tomato, NO. Bunga kantan, NO. Asam pedas, NO. Masakan ada gula, NO. Dah macam berpantang pula FIL aku.
So, menu agak terhad di situ.
Sebabnya, since ayah aku dari Semenanjung. Mak aku belajar banyak masakan dari sana especially yang dari Terengganu atau Kelantan. Padahal mak aku Sabahan. Suku kaum Bajau ye. Laksa Penang, Keropok Lekor, Ketam Masak Lemak tu semua kita satu family dah biasa makan. Mak aku selalu masak macam-macam lauk. Dah terbiasa.
Sekarang dah masuk dalam family baru, sure lah tak sama macam family sendiri kan. Mula-mula dulu aku tahan lagi. Tapi dah lama, seriously aku pandai mencari. Tekak Melayu giteww. Bahahaaa.
Nak tak nak, aku mula belajar masak. Sifu aku, tempat aku belajar masak, google. Nak masak lemak, google. Nak masak merah, google. Nak buat sambal belacan, google. Handphone dekat tangan asyik nak google resepi aje sampai 40 tab aku buka penuh dengan resepi semua.
Siang malam. Laki yang tengok pun siap suruh aku print out lagi tampal dekat dinding dapur resepi-resepi tu semua. Senang nak refer katanya. Aku pun tak pasti dia nak kutuk aku ke macamana tu. -.-"
Walaupun hasil masakan aku tak adalah sedap mana kannnn. Tapi kata-kata mak aku, memang membakar semangat. Berkobar-kobar aku nak mendalami ilmu masak memasak ni. Walaupun bergurukan google je. Mak aku kata cenggini,
Dulu mak pun tak pandai masak. Masa mak bujang, mak lah anak dara paling malas dalam adik beradik nak masak. Tapi lepas kahwin je, nak tak nak kena juga belajar. Sedap tak sedap, belakang cerita. Boleh perbaiki. Sebab dalam fikiran mak. Mak cuma nak bagi suami makan. Nak bagi anak makan.
Lepas mak aku cakap macam tu, aku rasa macam mak aku tipu je. Sebab, apapun mak aku masak. Sedap gila. Kau cakaplah masak apa. Masak lemak? Masak merah? Masak rendang? Masak laksa? Semua sedap.
Dulu masa aku kecik-kecik, aku siap tolong mak meniaga dekat kawasan perumahan lagi. Selalu je habis. Kalau tak habis pun, anak-anak dia yang akan habiskan. Bayangkan, masa tengah jual-jual dekat bawah tu. Adik dekat atas dah jerit.
"Mak! Ada kuih lagi? Nak kuih."
Hahahaaa.
Aku bukan nak puji masakan mak aku sebab dia mak aku. Tak. Tapi air tangan beliau memang boleh buat anak-anak yang belajar atau tinggal jauh jadi rindu. Macam aku ni lah.
Asyik-asyik whatsapp, "rindu nak makan masakan mak."
Dapat call je, "rindu nak makan rendang mak."
Aku syak, mungkin sebab utama. Dia mak kita. Orang lain pun ada mak. Aku makan, tak sedap juga. Hohooo. Nak juga masakan mak sendiri. Oh makkkkk.
Sekarang dah jauh beribu batu. Aku nak makan apa, aku whatsapp tanya mak aku resepi. Lepas masak, walaupun aku rasa tak sama macam mak aku masak. Laki aku tetap menambah sampai 3 kali. Puas hati jugaklah even dia takda puji melambung. Padahal, aku tunggu juga kata-kata manis dia. Nan hadoooo.
Tak pandai masak, takpe. Boleh belajar perlahan-lahan. Practise make perfect. Macam belajar matematik juga. Ada formula kan. Kalau hari-hari buat latihan, mesti kau dah faham macamana nak buat.
Masak pun macam tu. Kali pertama masak, kalau tak sedap. Takpe. Cuba lagi. Lama-lama mesti boleh sedap punya. Ni pun, mak aku yang kata.
Jangan je malas masak. Malas ni lain sikit. Dia tau masak. Hebat. Masak apapun sedap. Tapi rasa malas dia tu yang buat dia tak nak masak.
Kot-kot lah nanti anak aku dah besar kan. Aku boleh cakap benda yang sama macam mak aku cakap.
Ah! Malaslah nak repeat. Kau scroll balik dekat atas baca apa yang mak aku dah cakap.
posted from Bloggeroid
4 Comments
Click here for CommentsAsalkn jgn mls.
ReplyBiar tak pandai masak, jangan malas masak. Haha. Tak pandai, takpe boleh belajar. Tapi kalau malas.. pandai masak pun takde guna. Kisah kita lebih kurang sama je. Aku pon tak menyempat-nyempat nak pregnent. Bulan 5 kawen, bulan 6 dah pregnent. Dua minggu sebelum beranak, duduk dgn MIL sampailah umur anak 5 bulan. Aku pun bukannya pandai masak Tia oi. Nasib baik laki aku pandai, kerja pon tukang masakkan, so dialah banyak cover aku. Hehe. Akhirnya utk mengelakkan munculnya cakap-cakap di kemudian hari & aku pun nak ada dapur sendiri kan boleh belajar masak tanpa ada orang kata-kata belakang, akhirnya aku pindah dok rumah sendiri. Hihi.
ReplyTak pandai atau malas?
Replydone follow sini. jemput ke blog saya http://norazua10.blogspot.my/2016/09/pengedar-shaklee-mulong-ketereh-kota.html
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon