Isteri Pemalas


Since i kahwin pun masa baru habis study. So, banyaklah benda pasal rumahtangga tak habis kaji. Masak pun tak reti. Takat yang ala-ala tu bolehlah.

"Habis tu, yang duk gatal kahwin juga tu kenapa?"

Amboi mulut. Laser uolsss. I dah 25 tahun okey masa jadi isteri. Banyak masa dihabiskan dekat universiti dan hostel. Haish... Kalau nak tunggu iols kena master dulu pasal hal rumahtangga ni, memang mereputlah tak kahwin sampai bila-bila. So, kena positif. InsyaAllah, lepas kahwin jangankan master. PHD semua iols boleh lepas. Hidup kena konfident k.

So, kahwinlah iols dengan seorang suami yang serba serbi sederhana.

Sebelum kahwin, asyik je cakap dengan dia "i ni tak sempurna. So, harap kena bersedia menerima seadanyalah." Suami pun iye-iyekan je. Tak banyak bantah. Takut kena cancel majlis nikah agaknya.

Tapi alhamdulillah, takat nak sapu-sapu habuk ke, mop lantai ke, sental peti ais ke. i boleh belaka. Takde hal. Dah biasa kot. Kalau nak kemas-kemas bilik, lipat-lipat selimut, tarik-tarik cadar bagi kenchang. Tu semua memang kepakaran i since ada pengalaman duduk PLKN 3 bulan dulu. Masa latihan, kalau cadar tak ketat, tak tegang, tak umppphh! Siaplah. Memang kena dengan cikgu. Lepas dari tu, terdidiklah diri ini untuk kemas cadar katil bagi fit gitu. Tapi depends on cadar katil juga. Kadang duk tarik hujung sana, hujung sini still juga takmo kencang. Yang tu, malas nak layan.

Tapi lepas kahwin, ikut pula husband tinggal dengan family dia. Sebab family kecik kan. Tak sampai hati nak tinggal. Dua beradik je kot. Masa tu i kerja. Waktu kerja pula bukan office hour. Masuk pukul 10 pagi, balik 8.30 malam. So, jadual tak berapa nak chantek lah dekat situ. Alhamdulillah, husband dengan family faham dan tak ada pula bising-bising.

Lagipun, semua dah sedia maklum sebelum kahwin i memang kerja. Mungkin kesian kat menantu baru nanti bosan duduk rumah je. So kasi lah chance kerja untuk sementara waktu.

Memandangkan iols dah kerja. Seriously, tak ada masa nak buat kerja rumah. Selalu tak sempat. Masak untuk suami lagilah. Kecuali sabtu ahad. Banyak kerja dekat rumah tu, mak mentua yang buat. Rasa bersalah jugak. Tapi nak buat macamana. Kerja. Tapi tak adalah semua benda mak mentua yang buat. Baju i dengan husband mestilah cuci sendiri. Tak ada masa macamana pun, kena juga curi masa nak basuh pakaian weols husband and wife. Pernahlah jugak berapa kali. Terlanjur delay basuh pakaian. Menggunung kain dalam bakul i uolsss. Paksa bawa suami gi dobi self service. Gila nak bagi mak mentua basuh. T_T

Balik dari kerja dah malam. Masa dalam kereta nak balik tu dah plan nak goreng ikan masin je sebab nak masak sedap-sedap tak pass lagi. Tapi sampai je rumah, mak mentua dah siap-siap masak makan malam. Tinggal nak kaut sumbat masuk dalam mulut dan kunyah je. Terharuuuuu. Rezeki tak rezeki dapat keluarga sebaik ini.

"Depan kau baiklah, belakang kau entah-entah dah kutuk habis satu kampung. Baru tauu."

Ish! Tak habis-habis negative thinking.

Masuk bulan ketiga, dapat pula berita iols pregnant. Haaa. Memang tu yang ditunggu family especially belah suami. Asyik tanya dah ada isi ke belom. Letih tau dengar. Bukan tak usaha tapi belum masanya. Tapi lepas 3 bulan. Finally, lekat juga. Semua seronok.

Dah tau i pregnant, semua pakat risau i masih kerja. Takmau i buat kerja berat. Kan kandungan masih lemah. Lagipun, cucu pertama kot. Kenalah jaga sebaiknya. Itu tak boleh, ini tak boleh. No, no, no.

Nak tak, kena juga berhenti kerja sebab diri sendiri pun dah mula rasa lelah yang amat. Penatnya yang mengalahkan bekerja sehari suntuk. Padahal tak buat apapun. Asyik nak terbaring aje. Serious sangat penat sampai level muka pucat tak cukup darah. Nasib baik tak pengsan. Maka, berhentilah kerja dan bermulalah hari-hari sebagai suri rumah sepenuh masa.

Dekat rumah pula, masih lagi tak dapat buat kerja sangat sebab mak mentua tersangatlah prihatin. Asyik suruh rehat manjang. Manjakan sangat menantu dia ni. Husband pun macam tu. Dia nampak je bini dia pucat sikit, terus suruh duduk atau baring. Risau sangat.

Pernah juga buat kerja sikit-sikit. Tapi husband keep suruh rehat. Jangan banyak sangat buat kerja katanya. Lagipun, dalam rumah ni takde budak. Yang tinggal pun 5 orang je. Semua dewasa. So, kebarangkalian untuk bersepah tu sangatlah tipis. Tak adalah banyak kerja nak buat.

Husband sangat fahamkan isteri dia. Tak pernah desak buat kerja-kerja rumah. Yang mana dia boleh buat sendiri, dia buat. Macam basuh pinggan sendiri lepas makan ke. Kumpulkan baju-baju kotor ke. Sangat memudahkan bini dia ni.

Betul uolss. Masa mengandung ni, banyak sangat benda i kena deal. I bet, most of bakal mommy yang first pregnancy dia pun mesti ada rasa perubahan yang sangat besar dalam diri. Fizikal, mental. All mixed together. Dengan alahannya, dengan tidurnya, dengan laparnya, dengan emosinya.

Tapi Allah mudahkan. Even kadang diri rasa macam tak kuat tapi i survive jugak. Alhamdulillah. Kena banyak bersyukur nih.

Kadang tu, memang rasa bertuah jugalah. Mungkin ni rezeki yang Allah gantikan dari masa iols kena uji sampai nangis-nangis dulu. Hadiah dari kesabaran dan keredhaan menerima takdir hidup. Tsskk. Sebab rezeki kita ni lain-lain. Tak sama. So, i anggap jelah ini salah satu rezeki yang Allah nak bagi.

Pernah juga tanya husband. I ni isteri pemalas ke? Sungguh-sungguh dia nafikan geleng-geleng kepala kata tak sebab takut wife dia merajuk. Kalau dah merajuk, susah nak pujuk! Hahaaaa.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Gee Lion
admin
October 16, 2016 at 11:11 PM ×

Alhamdulillah Tia, murah rezeki kau dapat keluarga in law yg take care kat kau tau. Jaga kandungan baik-baik ye, aku setujulah dengan husband kau. Kena jaga kandungan baik-baik since first pregnancy kan. Opkos lah dorang risau, cucu pertama. Hihi ^_^

Reply
avatar
Gee Lion
admin
October 16, 2016 at 11:13 PM ×

takde pemalas ye lah tia, kau takde can lagi handle rumah tangga ko sendiri. duduk rumah sendiri. kalau dok rumah sendiri, lain ceritalah. nak-nak kau pregnant kan sekarang, lagilah kena banyak rehat. dorang faham tu.

Reply
avatar