Percaya atau tidak tapi adik-adik yang masih bawah umur. Bukan takat bawah, tapi bawah lagi dah mulai ada masalah percintaan.
Kena buka mata.
Benda ni bukannya rekaan tapi aku nampak depan mata aku sendiri.
Budak umur 12 tahun, yang baru darjah 6 dah ada girlfriend boyfriend. Aku pun ternganga je. Nak tegur, anak orang.
Semalam pun aku tengok berita, budak umur 12 tahun jadi mangsa rogol selepas perkenalan di wechat.
Aku urut dada.
Ini bukan berlaku di luar negara tapi dalam negara kita sendiri. Tak ada masa kita nak banding-bandingkan diri kita yang dulu dengan sekarang.
"Dulu aku umur 12 tahun, tak ada fikir benda cinta ni semua. Aku risau kena marah cikgu je."
Kita semua tahu yang dulu lebih baik. Aku pun tahu.
Sekarang ni kita dah berada di zaman yang serba canggih. Budak sekolah rendah pun dah ada handphone. Bukan handphone biasa. Smartphone ye.
Sedangkan yang dewasa pun boleh kena tipu, apatah lagi budak-budak yang masih nak belajar mengenal dunia. Tak tau apa-apa. Baru nak kenal jenis manusia bertopengkan syaitan.
Ini cabaran dunia. Cabaran ibu bapa. Cabaran pengajar dan pendidik. Cabaran masyarakat.
Aku sendiri takut dengan perubahan ni semua. Kalau sekarang pun anak-anak dah macam ni. Macamana pula bila anak aku dah meningkat dewasa nanti?
Cabaran macamana pula menanti mereka? Aku pasti lebih hebat!
Bukan senang nak jaga anak. Aku sendiri pernah jadi anak. Kawan-kawan aku pun pernah jadi anak. Aku nampak semua tu depan mata aku.
Pantang kena marah dengan mak bapak. Mula memberontak. Lari dari rumah. Ikut kawan-kawan. Buat benda tak senonoh.
Tapi bila mak bapa berlembut, pijak kepala mak bapa pula.
Dunia ni penuh ujian. Takkan pernah kita berhenti diberi ujian.
Aku pun, baru belajar nak jadi ibu bapa. Anak aku bakal dicorak oleh kami. Sungguh aku kadang risau. Bolehkah aku?
Urut dada masing-masing.
posted from Bloggeroid
3 Comments
Click here for CommentsKita hidup dunia informasi. Dunia dimana semuanya mudah dicapai. Apa yg penting sekarang, ajarkan mereka dan jgn cepat bosan.
Replyhttp://bankami.blogspot.com
bila tengok segala isu sosial di malaysia, memang naik risau dengan kesumbangan gejala sosial ni.. cara didikan parent memainkan peranan yang paling penting. perlu isi didikan dengan penuh kasih sayang agar jiwa mereka tak kosong. bila kosong tu yang mudah jadi terpesong.. semoga kita dijauhi dari segala keburukan.. amiin.
ReplyAku pun risau Tia. Huhu. Bayangkan zaman sekarang budak umur 12 tahun. Akan datang? Baru masuk tadika agaknya dah pandai cintan-cintun, huhu.
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon