Selain menulis, aku juga merajinkan diri untuk membaca. Sehinggalah aku terbaca satu kisah yang agak tragis bagi seorang wanita yang bergelar isteri.
Sering saja kita mendengar ayat "Bercinta Selepas Nikah" ini bukan?
Untuk remaja yang sedang meningkat naik, mungkin terkesan dengan kisah-kisah romantik dari mereka yang sedang mengecapi bahagia selepas menjadi suami isteri. Kerana mereka ini tiada istilah bercinta sebelum nikah.
Namun harus diingat. Kisah romantik mereka belum tentu akan berlaku dalam hidup kita. Makanya, jangan tergopoh gapah sibuk dengan Bercinta Selepas Nikah kalau tidak kena caranya.
Bukanlah niat untuk menakut-nakutkan. Tapi periksa semula apa niat kita untuk mendirikan rumahtangga. Kerana trend kah? Kerana ikut-ikut kawan kah?
Fikirkan semula. Jika pada awalnya niat kita sudah salah, jangan menangis dibelakang hari.
Semoga kisah Lydia ini menjadi iktibar buat kita semua terutama sekali bagi mereka yang tidak sabar-sabar hendak mendirikan rumahtangga tapi tidak mengambil tahu banyak perkara sebelum bersetuju untuk berkahwin.
Saya dgn bekas suami nikah atas pilihan bekas mentua saya. Kenal mmg tak lama, atas dasar jaga agama. Time nie respect la kan. Jaga hubungan sebelum nikah.
Maka, berlangsunglah majlis nikah, walimah, bertandang dlm masa 3 hari non stop. Saya stay dirumah mentua, (saya, bekas suami/mentua/adik2 ipar). Bekas suami anak sulung. Bekas suami seorang yg akan taat apa mak dia suruh/perintah tapi akhirnya makan diri.
Minggu pertama ok. Start minggu kedua dan seterusnya dah lain. Which is, mentua take over/control semua urusan dlm rumah tu. Bersangka baik. Tp bila dah dia masuk campur urusan rumahtangga saya, saya bincang dgn suami. Sy x kisah ditegur tp whole thing dikawal termasuk pergaulan sy dgn suami sendiri.
Nak berjalan berdua, salah. Makan berdua, salah. Kalau ikutkan, semua salah la. Yg tu satu hal. Bincang lagi dgn suami, mak awak tak boleh buat mcm nie. Kita dah suami isteri kan. Suami jawab, kita kena taat mak. Ok, jalan.
Saya bleeding nak pergi klinik, mentua tak beri
Sampai la saya warded sebab bleeding. Pagi sahur tu dah bagitau mentua, nak pergi klinik. Dia x bagi, cakap saya manja lagi. Sampai la tak tahan mcm nk pengsan, baru la suami bawak pergi klinik. Tu pun lama jgk sbb nak dapatkan permission mak dia dulu. Saya dah nangis time nie. Sempat lagi la call nk bagitau nak bawak saya ke klinik.
Sampai klinik terus refer hospital sebab HB drop sampai 6. Bila dah warded saya dgn suami dah macam panas sebab doc ckp saya pregnant mayb twin tapi satu dah gugur (skrg dua2 dah xde dlm rahim).
Saya warded pun kena marah jgk sbb menyusahkan anak dia nak keje. Saya cakap cuti je la. Tak boleh katanya sebab mak dia suruh keje, cari duit. Huhu. Mentua xnak cucu sebenarnya sebab katanya menyusahkan. Nak kena pakai banyak duit (bila mentality hanya hidup utk duit)
Discharged hari jumaat. Dia hantar balik rumah mak saya. Dia terus balik sbb mak dia dah pesan lepas hantar saya terus pergi keje. Hari terakhir jumpa suami. Malam tu last call dia cakap tension, stress sbb mak dia marah2 saya balik rumah family. Xde sape nak buat keje rumah, iron baju2 dia etc.
Dia hantar mesej cerai
Sampai la hari ahad (19/6), saya call beratus kali, wasap, msg suami. Langsung xtanye kabar isteri dia mcm mana. Sampai saya persoalkan jugak tanggungjwab dia sbg suami. Yelah, saya dibawah tanggungjawab dia. Last2, dia langsung hantar msg cerai atas sebab saya yg desak dia ceraikan saya (yg nie langsung tak wujud).
Malam tu saya kerumah dia sbb nak ambik brg2 saya. Maruah dipijak2. Nak salahkan saya atas semua nie. Barang2 dihumban dlm kotak je. Saya angkut. Suami langsung tak turun.
Langsung xpertahankan maruah sy sebagai isteri dia. Umpama kain buruk la. Sebelum mintak jd isteri, sgt beradab la ambik sy dgn mak abah.
Tapi, bila xnak buang mcm tu je. Semua end up by sms, call. Cerai pun buat main2, urusan hidup mereka pun main2 agaknya.
Nie ustazah tau. Sepatutnya nasihat anak jgn sampai bercerai. Tapi, ustazah beria suruh anak ceraikan saya. Sebab? Sebab saya xikut ckp ustazah. Xde sape nak iron baju2 kan. Ustazah sedar saya pregnant tapi sengaja nak bunuh anak2 saya. Tegarnya hati.
Sila buang title itu
Suami, xsalah nak pertahankan mak sendiri. Awak ada tanggungjwb awak jgk terhadap isteri. Ada perkara boleh ikut, ada boleh bantah. Even sy pregnant awak pun x ambik tahu. Cuma persoalkan tanggungjwb saya terhadap awak. Jadi, mna tanggungjwb awak selama nie. Nafkah langsung x bagi sebab mak xbg beri pd saya. Bagusss
Sila buang title ustaz, ustazah tu. Sangat tak layak. Mentua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam hamba. Ya, dunia akhir zaman. Nie baru sikit ceritanya. Kadang2, title tu mengaburi mata kita sebenarnya. Ingat boleh tumpang sikit2 ilmu agama.
Semua dah selesai. Selesai di dunia. Akhirat tanggung sendiri wahai bekas suami, mentua. Anak2 saya pun dah selamat kat syurga. Moga jadi asbab untuk sy ke syurga. Semoga jd asbab untuk kalian kerana menzalimi saya sebagai isteri, menantu.
Tak sempat bercinta pun
Maka, berakhirlah kisah saya yg mengharapkan bercinta lepas nikah nie. Xsempat bercinta pun. Honeymoon pun ramai2. Ingatkan till jannah tapi till jahannam dia buat pada rumahtangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal.
Saya tak cakap bercinta lepas nikah nie tak kekal lama tapi bergantung atas pengemudi rumah tangga tu sendiri. Thats why nikah nie amanah yg berat, tanggungjwb pun dah tak sama. Nak happy forever kena lalui suka dan duka.
#50DaysMarried
Tq,
Lots of love,
LYDIA (12/7/2016)
Penulis : Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Sumber : Vanilla Kismis dan Facebook Lydia Murni
posted from Bloggeroid
2 Comments
Click here for CommentsAku pernah baca kisah nih Tia, eh memang sakit hatilah.
ReplyTak salah nak duduk serumah dengan mentua tapi kena tengok jugak jenis menantu/mentua tuh macam mana. Kalau macam jenis kat atas nih, memang taklah weh nak tinggal lelama dlm satu rumah. Nabi pon tak galakkan menantu dok serumah dengan mentua tau. Nauzubillahminzalik, moga-moga dijauhkanlah ujian nih dari kita semua. Tak sanggup aku nak tempuh kalau berada kat tempat dia. :'(
ok seram..bnyk kes2 yang tak terjangka..semoga semuanya baik-baik saja.
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon