Sebelum ni Andy ada beli mesin basuh second hand dari kawan dia. Automatic. Mula-mula pakai okey. Takde masalah. Tapi lepas beberapa bulan, dah mula tunjuk belang.
Kalau nak basuh dari awal sampai spin, dapat pakai sekali je. Lepas tu dah tak boleh. Kalau nak guna jugak, basuh baju pakai tangan dulu. Bilas. Masa nak spin, baru boleh guna mesin. Spin takde masalah. Okey.
Memang leceh jugaklah. Bukannya aku tak boleh basuh pakai tangan. Tapi ko tau lah kalau ada baby kecik ni. Tak boleh nak biar duduk sorang-sorang. Dekat rumah ni, aku dengan baby Asyraf je. Andy pergi kerja.
So, aku dengan Andy pergi survey lah mesin basuh dekat kedai. Tak nak beli yang automatic dah. Nak manual je. Survey punya survey, jumpalah mesin basuh manual jenama Mille. Orang kedai tu kata, jenama ni dari China tapi dipasang di Malaysia. Masa tu, harganya RM359. Murahlah kan?
Tapi kitorang tak terus beli. Nak survey lagi konon. Survey punya survey, last-last bila dah tiba masa nak membeli. Mesin basuh tu dah sold out. Sedih gila. Mana ada lagi mesin murah macam tu.
Tapi demi nak menyedapkan hati, takpelah. Kot mesin tu tak sesuai untuk kitorang ke kan. Ada hikmahnya. Takpe. Mak redha.
Lepas dari tu, kitorang jumpa yang harga RM400 ke atas je. Andy pun kata takpelah. Harga standard dah tu.
Pergilah satu kedai ni. Ada 2 jenama. Panasonic (kalau tak salah) dengan Haier. Dua-dua harga sama. RM439. Tapi boleh runding. 6KG. Panasonic, warranty setahun. Haier, warranty 2 tahun.
Memandangkan warranty Haier lama sikit dari Panasonic, so kitorang ambik Haier lah. Dapat harga RM400. Harga tu dah termasuk gst. Charge penghantaran takde sebab kitorang sumbat masuk pakai MYVI. Muat. Siap boleh muat sorang penumpang dekat belakang.
Setakat ni pakai okey lagi. Syok lah. Mesin baru kan. Hihi.
Sebenarnya, kitorang laki bini nak cari jenama Midea sebab makcik dekat kampong pun guna jenama tu. Mak mentua pun pakai mesin basuh manual jenama Midea. So, mungkin Midea okey. Tapi tak jumpa. Ada jugak. Tapi lari bajet lah pulak.
Apapun, janji ada mesin ye dokkk.

ConversionConversion EmoticonEmoticon