Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum. Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan yang baik. Solat tak tinggal, amalan baik sentiasa diperbaiki dan bertambah dari masa ke semasa.
Alhamdulillah. Selepas 'bergelut' selama 3 hari 2 malam, akhirnya Bengkel Asas Membina Insan (BASMI) berjaya juga ditamatkan dengan membawa pengalaman dan seribu kenangan manis bersama mereka yang terlibat dengan program ini.
Hati yang Berbagi Antara YA atau TIDAK
Pada mulanya, hati saya memang berbelah bagi samada untuk menerima jemputan ke program ini atau tidak kerana mereka telah meminta saya untuk menjadi salah seorang FASILITATOR kepada peserta-peserta. Saya agak keberatan kerana saya tidak pernah ada pengalaman menjadi fasilitator ni. Saya bimbang andai amanah yang diberikan tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Malam sebelum program bermula, saya sudah NEKAD untuk menolak jemputan tersebut. Tapi lain pula yang berlaku pada keesokan harinya. Mendengar kata-kata dari kawan-kawan membuatkan hati saya berubah dengan mendadak! Mereka tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat untuk saya menerima saja jemputan tersebut. Dan akhirnya, hati saya terbuka kembali untuk menyumbangkan sedikit usaha dalam program BASMI ini.
Ujian Perkara Biasa
Bila kita hendak melakukan sesuatu yang baik, tidak lengkap rasanya kalau tidak diberikan ujian. Dan ya, saya juga menerima ujian dari Allah s.w.t. Mungkin untuk menguji sejauh mana kecekalan hati ini.
Kami harus berjalan kaki untuk naik ke pusat Islam ini. Jujur saya katakan, untuk sampai ke sini tidaklah semudah yang disangkakan. Dalam gambar yang saya tunjukkan di atas hanyalah sebahagian saja. Masih ada lagi jalan-jalan yang perlu ditempuhi sebelum sampai ke sini. Untuk sampai ke pintu utama pusat Islam, kami harus melalui tangga ini.
Saya masih ingat lagi, dulu sewaktu saya di semester 1. Ada program yang dilakukan di Pusat Islam ini. Bila saya naik tangga (seperti dalam gambar di atas), saya pitam. Mungkin tak biasa. Tiba-tiba saya sesak nafas. Tapi itu dulu lah. Dah lama. Sekarang dah biasa.
Cuma, kali ni saya kena naik tangga ni lagi dengan membawa barang-barang yang akan digunakan ketika bermalam di sana. Memang cabaran buat kami. Tapi alhamdulillah, dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. sampai juga kami ke destinasi.
Ujian dari Para Peserta
Saya telah dimaklumkan bahawa seramai hampir 300 orang pelajar akan mengikuti program ini. Muslimin 100 lebih dan muslimat 200 lebih (anggaran saja). Tapi mendukacitakan sekali bila yang datang hanya seramai berapa puluh orang saja. Muslimat dalam 40 orang dan muslimin mungkin dalam 20 orang atau kuranglah macam tu.
Memang sedih sangat bila program keagamaan macam ni kurang mendapat sambutan dari pelajar-pelajar. Saya bukan hendak menyalahkan pelajar semata-mata kerana sebenarnya, pada hari program ini berjalan, ada beberapa program lain lagi yang sedang dilaksanakan. Jadi ini membuatkan pelajar HARUS memilih antara yang wajib diikuti dengan tidak.
Bukan itu saja. Dengan kesungguhan para AJK, mereka sanggup turun ke bilik-bilik pelajar dan memanggil mereka yang tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti untuk menghadirkan diri ke program ini. Malangnya, pelajar yang tidak mahu mengikut program ini sanggup mengatakan mereka bukan ISLAM! ALLAHUAKHBAR. Menggelatar saya bila mendengar hal macam ni. Sampai begitu sekali??
Walaubagaimanapun, mahu atau tidak, kami tetap meneruskan program ini walaupun kekurangan peserta.
Sepanjang Program Basmi
Alhamdulillah, sepanjang program dijalankan. Kami tidak menghadapi sebarang masalah yang besar. Kecil-kecil itu, biasalah. Syukur kerana semuanya kuat menghadapi ujian dari Allah s.w.t.
Banyak perkara yang membuatkan mata dan hati saya terbuka. Benarkah generasi sekarang sudah tidak mementingkan soal agama? Ya Allah... Di manakah kedudukan agama Islam yang indah ini di hati kita?
Bila saya melihat keadaan sekeliling, hati saya jadi sedih. Cubalah renung diri kita, pandang keadaan sekeliling. Apa benar islam bukan lagi menjadi KEUTAMAAN???
4 Comments
Click here for CommentsSalam Tia.. aku lama ndak masuk blog mu..bnyak sudah cerita pasa kalu aku xbaca.. apa khabar..
Replyaku tengok dlm pic tu macam aku kenal jak Pusat Islam tu..UiTM KK kah..
Masa aku di sana aku perah jgk ikut program agama macam ni..seronok..
Assalamualaikum.
ReplyTia..nak mengajak orang kearah kebaikan memang sukar tia..
Cuba tia ingat semula diri tia. Sebelumnya bagaimana..dan skrg bagaimana..
Sebab tu lah tia ada ditempat skrg, supaya dapat lihat pada dua sisi berbeza. Dan gunakan kelebihan itu untuk mengajak org lain melakukan perubahan juga.. :)
Akak amik kesempatan ni tia, dah masuk bulan Ramadhan pun kita.. Selamat berpuasa ya ^_^
Maafkan akk andai ada terkasar bhsa spnjg kita kenal dialam maya ni ya..
waalaikumussalam.
Replyalhamdulillah aku baik ja. aku pun jarang ke blog mu. hehe :D
ya, pusat islam uitm kk lah tu :)
waalaikumussalam kak :)
Replybetul kak. tia pun dulu degil. tak nampak permata. kaca yang palsu je jelas di mata. insyaAllah kak, tia akan berusaha ajak orang untuk melakukan kebaikan.
sama juga dari tia. maafkan tia kalau sebelum ni tia pernah buat akak terasa hati dengan tia.
selamat menyambut ramadhan al-mubarak kak :)
ConversionConversion EmoticonEmoticon