Allah... Ujian-MU, Bahagiaku

Seringkali aku diuji untuk melihat sejauh mana kesabaranku menerima ujian-ujian dari Ilahi.
Jujur aku katakan, adakalanya aku tak kuat untuk menghadapi ujian-NYA.
Tapi tak pula aku meluahkan pada sesiapa.
Aku kembali mencari Dia yang memberikan aku ujian.
Aku menangis semahu-mahunya di hadapan Dia.
Air mata mengalir begitu deras.
Bukan mahu merungut dengan ujian yang diberi.
Tapi bersyukur kerana Dia masih menyayangi.
Aku mulai menyedari, ujian yang aku terima bukan mahu menyeksa jauh sekali kerana benci.
Tapi ianya ujian berupa ‘hadiah’ untuk mengingatkan diri bahawa Allah tak pernah jauh.
Dia sentiasa ada bersama.
Tak perlu jauh-jauh mencari-NYA.
Allah …

Bila kita faham kenapa sesuatu perkara tu berlaku pada diri kita, percayalah. Kita akan rasa lebih bersyukur kerana Allah sengaja berikan kita ujian macam tu supaya kita sentiasa ingatkan Dia. Sebab gembira dan bahagia itu bukan semata-mata kerana dunia. Tapi saat kita terus-terusan mengingati Dia.

Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
AtieAbid
admin
September 23, 2013 at 8:47 AM ×

Ujian dari Allah menandakan Allah masih sayang pada kita..masih ingin kita supaya dekat dengan Dia..

Reply
avatar
a i m z
admin
September 23, 2013 at 10:26 AM ×

syukur alhamdulillah, ujian itu yang mematangkan kita..

Reply
avatar