Monday, November 10, 2014

PROMOSI : 3 Wide Shawl Printed for RM23

Assalamualaikum.

Ni nak buat promosi. Bagi sesiapa yang berminat dengan Wide Shawl yang bercorak ( printed ), sekarang ada buat promosi tau. Lebih kepada clearance stock. So, ingat nak jual murah lah. Lagipun, besok nak update stock baru. Excited!



Haa, jangan tak tahu. Promosi sekarang untuk Wide Shawl Printed, beli 3 helai dapat harga RM23. Kalau harga asal, RM10 sehelai tau. Dah jimat berapa tu? Kira sendiri.

Kalau ada yang nak borong pun, boleh. Nak tengok gambar-gambar, boleh tengok di instagram.



Kalau tak ada instagram, boleh tengok di facebook. Search aje Ini Kisah Tia. Tengok di bahagian album okey.

Ini antara Wide Shawl Printed yang masih tinggal. Kalau tak jelas, maaflah. Main printscreen aje. Kalau borong lebih dari 10 helai, harga lebih murah akan diberi.






Tu baru Wide Shawl Printed. Shawl Ruffle dan Bawal Ruffle pun ada. Tapi belum update lah. Kalau ada yang nak Wide Shawl Plain ( tak ada corak ), pun ada dijual. Cuma, tak ada harga promosi lah. RM10 sehelai.

Material : Cotton Viscose
Size : 1.8m x 0.9m
Price : RM23 for 3, Exclude Postage
Postage Fee : SM RM6, SS RM9

P jumpa S : yeeee, businesswomen wanna beeee :D
posted from Bloggeroid

Saturday, November 8, 2014

Hlovate

Bukan mudah.

"Kau tulis je. Apa yang susah?"

Kau takkan faham. Hati seorang penulis. Yang dalam jiwanya, hanya mahu menulis.

"So whats the problem?"

Aku masih belum jumpa. Apa sebenarnya yang aku nak tulis. Aku nak tulis sesuatu yang boleh puaskan hati aku. Kau kenal hlovate? Aku rasa, aku jatuh cinta dengan tulisan dia!

"Habis, kau nak tiru dia?"

Hlovate cuma ada satu. Takkan ada hlovate version dua, tiga atau berapa.

Yang aku tahu, sekarang. Hlovate ada dalam hati aku.

Berkarya bukan sebab nama, harta, atau apa saja. Tapi mendekatkan jiwa pembaca dengan Tuhan.

Siapa hlovate, aku sendiri tiada jawapannya. Yang aku tahu, dia penulis. Karyanya menyentuh banyak jiwa-jiwa. Termasuk jiwa aku sendiri. Entah siapa hlovate ini. Kalau aku jumpa dia, aku akan culik simpan dekat rumah.

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 4, 2014

Fikir Masa Depan

Assalamualaikum.

Aku dapat bersembang dengan ibu tengahmalam semalam. Bagi aku, tengahmalam adalah waktu paling sesuai untuk kami berbicara. Mungkin sebab err. Tak ada adik kecik nak mengacau kot. Kijam.

Bila buka semester baru ni, aku akan masuk semester 6. Yakni, last semester. Tak habis-habis dengan rasa teruja jadi pelajar tahun akhir. Huh!

Ayah dengan ibu nak aku sambung degree. Tapi, nak sambung tu kena ada MUET. Aku tak ambil lagi. Ingat nak ambil lepas diploma. Jadi, maksudnya. Lepas habis diploma ni, aku akan kerja dulu. Dan yang pasti. Aku kerja dekat Sandakan je jot. Nak ulang alik senang. Rumah dekat.

Sembang punya sembang, aku bagitau plan aku yang kencang dekat ibu. Konon lepas habis diploma ni, aku nak cari kerja. Simpan duit. Ambil lesen kereta. Beli kereta. Tolong ringankan beban ibu ayah sebab aku ada 5 orang lagi adik yang masih sekolah. Pot pet pot pettt.

Alih-alih mak aku gelak. Entahlah. Aku pun tak dapat nak tafsir makna yang terselindung di sebaliknya. Masa tu, fikiran aku dah jauh ke depan memikirkan masa depan.

posted from Bloggeroid

Wide Shawl Serendah RM10

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak sembang kencang pasal wide shawl dan beberapa jenis shawl dengan harga serendah RM10. Ada banyak pilihan yang boleh dipilih. Tapi maaflah, aku tak letak gambar-gambar wide shawl dekat sini. Biasalah, online guna handphone je.

Tapi kalau nak tengok apa je wide shawl yang ada, boleh check dekat fanpage di facebook search nama Ini Kisah Tia. Jangan lupa like ye :)

Selain tu, bagi yang ada instagram. Boleh follow dengan search nama wide.shawl.murah

Kalau berkesempatan, aku cuba upload dekat blog ni okey. Setakat ni lah dulu. Kata sembang kencang. Tapi macam sembang sepoi-sepoi bahasa je ni. Eh?

posted from Bloggeroid

Monday, November 3, 2014

Tamat Belajar

Tamat sudah pengajian Mia selama tiga tahun di universiti itu. Tidak disangkanya tiga tahun itu berlalu dengan begitu pantas sekali.

"Habis tu lepas ni apa rancangan akak?" soal Risya. Panggilan kakak diberi pada Mia kerana beza usia mereka tiga tahun.

"Entahlah Sya. Rancangan akak nak sambung degree lepas ni. Nak memenuhi impian ayah dan ibu akak."

Mia anak sulung. Besar harapan kedua orang tuanya untuk melihat dia berjaya.

"Tu impian mak ayah akak. Macamana dengan impian akak?"

Mia mengukirkan senyuman pada Risya.

"Impian akak untuk buat ibu dan ayah akak bahagia."

Tinggal satu semester saja lagi untuk aku tamatkan pengajian. InsyaAllah. Moga dipermudahkan.

Bila dah makin dekat nak habis belajar ni, barulah rasa macam banyak benda lagi yang nak dibuat. Cari kerja, kumpul duit nak bagi ayah dengan ibu peluang untuk jejakkan kaki ke tanah suci, bantu adik-adik yang masih sekolah, itu, ini.

Cepatnya masa berlalu. Aku dah nak masuk 24 tahun. Tapi manja dengan keluarga tak habis lagi. Nampak gaya, aku belum bersedia nak bina rumahtangga dan tinggalkan keluarga macam tu je.

Lambat untuk aku faham semua ni. Aku hampir "buta". Tapi sekarang, aku nampak dengan jelas.

posted from Bloggeroid