Monday, January 26, 2015

Pakej Percutian Ke Sabah (Kundasang)

Assalamualaikum.


Pernah dengar Sinurambi Homestay? Tak pernah? Okey, aku nak iklankan sekejap homestay kawan sekelas aku ni. Sinurambi Homestay yang terletak di Kundasang Sabah. Kalau ada yang dari Semenanjung nak datang bercuti atau berjalan-jalan dekat Sabah ni, boleh je. Terutamanya pada orang Sabah tu sendiri yang nak jalan-jalan dekat Kundasang tu kan.

Dan kalau survey dekat Google pun, aku gerenti mesti bermacam-macam pakej yang akan ditawarkan. Yang lain tu, aku tak berapa sure sebab aku sendiri tak pernah cuba. Yelah, aku kan orang Sabah. Anytime boleh jalan-jalan dekat sini. Nak bawa asben masa honeymoon pun boleh. Amboi kemain betul aku ni honeymoon bagai kan padahal calon pun takde lagi. Okey merepek.

Back to business.

Apa yang aku nak iklankan ni bukan pakej mendaki gunung Kinabalu ke apa ye. Tapi penginapan untuk bermalam sepanjang berada di Kundasang nanti. Sebenarnya, dekat Sabah ni banyak je tempat boleh jalan-jalan. Tapi selalunya orang akan cadangkan pergi Kundasang. Dan kalau betul ada dalam perancangan nak pergi Kundasang ni, aku alu-alukan sangat untuk menempah tempat penginapan di Sinurambi Homestay.

Sinurambi Homestay ni dikendalikan sepenuhnya oleh keluarga kawan aku. Kira business keluarga lah kan. Kadang masa cuti, kawan aku tu sendiri yang jaga homestay tu dengan mak dan adik-beradik dia. Kan dah nama business keluarga kan. Homestay dorang ni baru buka. Tapi tak sangka dah ramai pengunjung yang datang.


Antara pengunjung yang tak dijangka, kumpulan nasyid Hijjaz. Dorang pun dah datang bermalam dekat homestay ni. Yang di tengah tu, mak kawan aku. Pemilik Sinurambi Homestay tu. Mak kawan aku ni memang peramah. Dan jangan tak tau, mak dia pun cikgu tau. Jadi cikgu pun boleh lagi tu jaga homestay.

Tempat sangat best sebab fefeeling macam dekat luar negara. Sejukkkkkk. Hehee.

Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi aku pun macam dah tak larat nak download dan upload gambar-gambarnya. So, aku cadangkan untuk tengok sendiri gambar-gambar di sekeliling homestay tu dekat page facebook dorang k. Boleh klik sini Sinurambi Homestay.

Tuesday, January 20, 2015

My First Step Business

Assalamualaikum.

Baca tajuk pun dah terang lagi bersuluh. Lepas fikir berkali-kali, akhirnya aku nekad nak jual tudung and shawl aku secara offline. Sebab sebenarnya sebelum ni aku cuma agen dropship je. Tapi bila dah makin lama duduk dalam bidang agen dropship ni, terdetik pula dalam hati nak pegang stok sendiri.

Mula-mula tu, banyak kali fikir juga. Nak simpan stok sendiri? Biar betul? Haa, macam-macam dah mula main dekat kepala. Dan semuanya aku sedar negatif belaka. Kalau tak laku macamana? Untung banyak ke? Ada orang nak beli? And so on. See, nampak tak betapa negatifnya fikiran aku.

Dan aku sedar rupanya diri aku ni takut nak ambil risiko. Heh? Padahal semua benda pun ada risiko. Aku cuma kena pandai susun strategi aje. Lepas dah berhari-hari, berbulan-bulan aku dok pikiaq, akhirnya aku nekad beli tudung and shawl secara borong untuk dijual dekat kawan-kawan.

And alhamdulillah. Baru kelmarin stok sampai, hari ni dah tinggal 7 helai. Syukur ya Allah. Lagipun, shawl yang aku jual ni kain dia memang sangat best. Lembut dan sejuk.

InsyaAllah, hari ni next shawl akan sampai. Tapi lain jenislah. Kali ni yang instant punya. Ramai juga yang menunggu shawl tu. Sabar yeeee.

Yang penting, muhasabah diri balik. Kenapa nak mula buka perniagaan? Untuk jadi kaya? Lepas tu boleh foya-foya dengan duit? Hehehh. Tanya hati, tanya iman.

Kalau ada yang teringin nak mula buka bisnes. Sebenarnya tak salah kalau mula dari kecil-kecil dulu. Mula dari kecil-kecil ni macam kita baru nak memperkenalkanlah perniagaan kita dekat orang lain. Dan alhamdulillah. Kawan-kawan dah mula tau aku meniaga shawl. Dorang siap doakan aku buka butik lagi. Semoga Allah perkenankan doa-doa mereka. Heheee.

posted from Bloggeroid

Thursday, January 8, 2015

Jangan Judge Ikhlas Orang

morning people! okay, aku rasa aku nak story sumtin. ekceli, aku suka baca kisah orang yang ada masa silam. bagi aku, it doesnt matter walaupun masa silam dia buruk macamana sekali pun. sebab aku bukan typical yang suka jugde orang since aku pernah ada di level tu.

semua orang ada masa silam bila dia dah mula berubah. i mean, berubah jadi baik. okey, rasa macam berat cerita ni kan. boleh terus baca or you just skip this one.

ada sorang blogger yang share story dia how she can wear the tudung walaupun sebenarnya beliau jenis yang on off punya. i mean kejap pakai tudung, kejap tidak. aku ringkaskan cerita beliau since aku dah hadam apa mesej yang cuba disampaikan.

this one girl sebenarnya jenis yang on off wear tudung. eh, aku dah bagitau kan? T_T
okay, one day ada satu kem yang dia follow which is need for her to wear the tudung. kem yang genre keagamaan sikit. for sure lah kena pakai tudung kan. masa awal sebelum kem bermula, dia ada terjumpa sorang lelaki ni. and actually, dia tak suka dengan lelaki. dia sendiri taktau why at that time dia rasa annoying dengan lelaki lelebih lagi kalau lelaki tu ada perangai macam bajet cool. hahaa. you know what i mean.

but then, Allah yang pegang hati manusia. dari rasa annoying, boleh pula tetiba jadi suka dengan lelaki tu sampai jadi crush. for the first day tu, kerja dia just tengok lelaki tu je dari jauh. jeling-jeling. sampai satu masa, sibuk menjeling tetiba lelaki tu terpandang dia. fine. muka rasa panas sebab hampir terbongkar this girl tengah usha lelaki tu. hahaa.

masuk hari kedua, dorang cam kena berkenalan lah antara satu sama lain. i guess cara dorang berkenalan ni macam kau pergi dekat orang tu and make sure kau ada pen dan kertas and then ambil details pasal orang tu such as name, asal mana, no.hp, and apa-apa jelah as long as bertanya. that girl tengok lelaki tu. dia tengah mundar-mandir macam tak tau nak tanya siapa. and of course lah this girl berharap lelaki tu akan datang dekat dia and dorang akan berkenalan. but no! kawan dia pula yang datang minta details about this girl. lain diminta, lain yang datang.

dah masuk hari ketiga and the girl still tak tau nama lelaki tu. okey dekat kem, peserta semua lepas makan mesti basuh pinggan sendiri. siap dengan pakej lap sampai kering lagi. at the time lelaki tu nak lap pinggan and cawan dia, that girl laju-laju basuh pinggan and pergi cepat-cepat dekat bahagian lap tu semata nak tengok lelaki tu je. sempat juga dia jeling tag nama lelaki tu. and tertulis dekat situ ZUL. ohooo. this girl dah start senyum sendiri. dah macam syok sendiri.

dan part aku takleh blah sampai this girl ikut-ikut cara lelaki tu lipat hujung kaki seluar dia. yelah, dah selalu sangat skodeng orang sampai dah tau habit dia. memang sah lah her crush kan? first crush ever.

sampailah closing ceremony. this girl harap yang lelaki tu akan dekat dengan dia and say hi minta nombor handphone ke apa. but then no. masing-masing balik tanpa berkenalan antara satu sama lain. this girl berdoa sound like this.

"Ya Allah, kau pertemukanlah aku dengan dia. Aku akan pakai tudung tapi berharap ganjarannya Kau temukanlah kami."

sungguh-sungguh dia doa.

semenjak tu, this girl mula pakai tudung. and she seriosly waited. and alhamdulillah. sekarang beliau dah betul-betul tutup aurat dia not just covered her hair ke apa. tapi memang dah jaga aurat betul-betul. 8 tahun berlalu. dan dia sendiri tak ingat bila dia dah move on. but now, she totally changed and the good news is dia tak berubah sebab lelaki tu lagi.

one day, dia dengar perbualan orang sound like this.

"eh kau tau, dia tu bertudung sebab pakwe yang suruh. eh hello, bertudung sebab lelaki?? memang taklah kot. berubahlah sebab ikhlas. bukan sebab pakwe suruh."

oh ye kee?

"...andailah mereka tahu ikhlas tu datang dari pelbagai cara jika Allah izinkan. kita hanya perlu bergerak." aku petik ayat dia.

trueeee. tak payah nak tunggu ikhlas baru nak bertudung. tak payah nak tunggu ikhlas baru nak berubah. and we people tak sepatutnya judge orang. tak payah sibuk-sibuk

"dia bertudung bukan sebab Allah pun. sebab boyfriend yang suruh. euw! tak ikhlas."

another dialog.

"dia tu bertudung sebab terpaksa. kalau tak, nanti kena marah dengan ustazah. tak ikhlas betul."

inilah yang orang tak tau. manusia boleh berubah dengan pelbagai cara. kalau sekarang dia berubah sebab orang, satu hari nanti niat dia boleh je berubah totally kerana Allah s.w.t.. bukan lagi manusia. and at that time, you can see dorang boleh jadi lebih baik dari kita. remember that. apa yang penting, mereka berusaha. tak duduk diam dan tunggu ikhlas datang bergolek baru nak gerak.

may you people yang nak berubah, stay strong! memang macam tu. bila nak jadi baik, Allah akan uji kita dengan pelbagai ujian. insyaAllah, stay with Him. He will show you the way. and dont worry, kau tak berseorangan. Allah with you, with me, with us.

love you Lillahi Taala

posted from Bloggeroid

Friday, January 2, 2015

Daftar Agen Topup RM10

Promosi Tamat. TERIMA KASIH :)

Sedar tak sedar, dah masuk tahun 2015 ye kita. Bukan nak kata apa, tapi tahun 2014 banyak ujian yang harus ditempuhi. Pendek kata, banyak nostalgia hitam. Apapun, semoga kita semua sabar menempuhi ujian dari Allah s.w.t..

Tahun 2015 ni, bagi diri aku sendiri. Banyak yang aku nak ubah, dan banyak yang aku nak kejar. Ini semester terakhir bagi aku, dan harapan untuk keluar dari UiTM ni sangatlah besar. Mohon doakab ye.

Mukadimah panjang sangat. Yelah, masa 1 Januari tu satu habuk pun aku takde update. Padahal tengah cuti ni.

Okeylah. Sekarang aku buka pendaftaran. Eh, bukan pendaftaran sekolah ke apa ye. Kasi aku habis tulis dulu. Pendaftaran sebagai Agen Topup. Normal, RM30. Tapi minggu ni, aku bagi price kasih sayang sikit. Bayar RM10 je dan aku akan daftarkan sebagai agen topup.

Apa benda agen topup ni Tia oii?

Okey macam ni. Kalau dah jadi agen topup, nombor handphone korang akan diaktifkan dan kemudian korang boleh topup mana-mana nombor tak kisahlah nak topup celcom ke, maxis ke, dg ke, altel ke. Boleh belaka. Asalkan ada modal lah ye. Maksudnya korang kena tambah modal lagi. Ala tak susah pun. Bank in je dekat syarikat. Tapi untuk pertama kali, aku boleh tolong tambahkan modal. Eh, bukan percuma tau. Korang kasi aku duit, aku yang tolong bank in dekat syarikat. Amboi, kemain nak free ye.

Lepas dah aktif, akaun korang pun dah ada modal. Dah bolehlah topup. Nak topup pun ada banyak cara. Cara terbaru sekarang adalah guna Whatsapp! Gile kau tak maju. Hehee.

Tu semua aku boleh guide. Lepas dah register dengan aku, insyaAllah. Ada apa masalah, boleh contact dengan aku.

Meh nak bagi tengok step mudah jadi agen topup.

1. SMS/Whatsapp/Telegram dekat nombor 0138521382 dan bagitau nak jadi AGEN TOPUP

2. Lepas dah bincang semua details, bank in duit RM10 dan resit tolong simpan ye. Bank in terus berapa modal yang nak ditambah. Minimum RM10.

3. Kalau pengesahan pembayaran dah dibuat, nombor telefon anda akan diaktifkan secepatnya!

4. Akaun dah aktif, modal dah ada. Dan sekarang anda sudah boleh mula topup.

Senang kan? Kalau rasa macam masih kabur-kabur atau tak jelas. Boleh whatsapp terus di nombor 0138521382 ni. InsyaAllah boleh settle.

Lepas dah jadi agen topup ni, tak payah penat-penat nak cari kedai topup lagi. Diri sendiri dah boleh topup pun. Siap boleh jual lagi. Sangat sesuai untuk pelajar, suri rumah, pemilik kedai runcit, pemilik restoran. Pendek kata, yang mana selalu deal dengan ramai orang. Memang sesuailah jadi agen topup ni.


posted from Bloggeroid