Beli Pizza Bawa Balik RM10 Sahaja!



Dengan bajet yang cuma ala-ala tapi nafsu yang bukan main. Maka, aku singgah ke restoran Pizza. Eh, restoran ke?

Sebelum ni aku pernah singgah Pizza juga. Masa tu teringin sangat nak makan. Jadi, belilah. Tapi tak makan dekat kedai Pizza tu. Bawa balik. Orang putih kata, take away. Masa tu lah baru aku tau ada set jimat kalau nak bawa balik.

Aku tak berapa nak ingat berapa total aku bayar hari tu. Lebih kurang RM28 ada beberapa sen rasanya. Yang pasti, tak sampai RM30. Pizza tu ada 6 slices. Cukup untuk orang rumah. Nak set family pun ada.

Hari ni aku singgah nak beli Pizza lagi. Tapi aku ingat nak beli yang set personal je. Dorang tulis tu set untuk seorang. Bila aku buka tengok, ala. Boleh je kalau 2 orang nak ikut makan. Dia dah pecahkan kepada 4 bahagian. Kalau setakat nak merasa, 4 orang pun boleh sekali nak makan.



Kalau nak tanya aku, berbaloi ke tak. Bagi aku, boleh je. Sekali sekala nak merasa. Kalau lapar, set personal tu rasanya cukup untuk seorang yang tong perut tak berapa nak besar sangat. Harga pun murah. RM10. Siap dapat sup mushroom free lagi. Aku ni kan memang hantu sup Pizza. Sedap kot buat cicah-cicah Pizza.

Nak bagitau ye. Harga RM10 ni available untuk yang take away je okey. Kalau makan terus dekat tempat dia, aku tak pasti RM10 juga ke macamana. Oh, rasanya lain kot. Ada minuman lagi kan?

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Gee Lion
admin
September 4, 2016 at 5:55 AM ×

masa kerja dulu teraddicted makan pizza pengaruh kawan..
sekarang dah duk rumah, buat pizza sndiri aje laa..
^_^

Reply
avatar
ary_lee
admin
September 4, 2016 at 1:40 PM ×

Owh, Ingatkan Domino. Sebab domino pon tengah buat promosi ni rasanya. Btw, just realize Tia post using Bloggeroid. Thinking to use it as well. Tapi, tak boleh betulkan alignment, kan?


Anyway, take care Tia.

xoxo, Ary.

Reply
avatar