Banyak cerita yang ingin aku kisahkan di sini. Sesuai dengan sempena nama blog ini. Tapi entah kenapa, tiap kali jari jemari mula beraksi di papan kekunci. Sekejap-sekejap butang backspace ku tekan. Dari sekali, lama-lama mula bertukar menjadi kerap kali sehinggalah aku sedar kanvas maya ini kosong tiada lagi ayat yang tinggal.
Blog ini bukan lagi menjadi rahsia di kalangan para sahabat kerana boleh kukatakan semakin ramai antara mereka yang mulai tahu blog ini adalah kepunyaanku. Sedarlah aku bahawa bila semakin ramai yang mengenali, semakin aku perlu berhati-hati bila hendak menulis.
Banyak hati yang perlu ku jaga. Bimbang andai ada hati yang terguris pula bila ada kisah mereka yang kucoretkan di sini. Padahal, tiada langsung niat di hati untuk bercerita buruk tentang mereka. Hanya sekadar ingin dijadikan pengajaran buat diri sendiri di masa akan datang. Semahunya aku tidak mahu bermasam muka dengan sesiapa. Terutama sekali dengan mereka yang sudah rapat dengan kehidupanku hanya gara-gara terbaca coretan yang seakan-akan bercerita tentang mereka.
Susah juga hendak menulis ini ya. Bisik hati kecilku.
Tapi tak mengapa. Jika difikirkan secara positifnya, ada baiknya juga jika aku sudah mulai berhati-hati dalam menulis. Ianya mengajar aku untuk menulis dengan hati, bukan ikut suka hati.
Selain itu, ia juga mengajar aku untuk menjadi lebih kreatif dalam menyampaikan sesuatu. Aku harus bijak dalam menggunakan ayat-ayat yang bakal aku 'lakarkan'. Usah terlalu berterus terang. Yang penting, mesej yang hendak disampaikan itu mudah difahami oleh pembaca. Dan mesej itu juga haruslah berbaur positif.
Sebagai penulis, kita harus sedar bahawa besar tanggungjawab kita bila menyampaikan sesuatu. Baik yang kita sampaikan, baiklah yang akan jadi. Begitu juga sebaliknya. Jadi, berhati-hatilah bila menulis. Bukan sekadar mahu menjaga hati pembaca, tapi juga kesan dari apa yang kita sampaikan.
Jangan sampai kita disoal di 'sana' dengan apa yang sudah kita tulis dan kesannya pada yang membaca.
P to the S : Peringatan untuk diri sendiri juga.

6 Comments
Click here for Commentssalam kak Tia.. betul tu kak..sy pun bfikir2 jugak apa yg saya coretkan biarlah ssuatu yg bmanfaat saja..kalau x bmanfaat pun, skurang2 nya jgnlah ada cerita negatif..nice sharing kak :)
ReplyAssalamualaikum Tia.. :)
ReplyTia..mcm akak..awal berblog..tiada kalangan ahli keluarga tahu ttgnya..yg tahu cuma rakan sekelas.. sebabnya, blog ni pun dibuat kerana pensyarah yg suruh kami sekelas buat.
Lepas dah buat fb utk blog ni, baru akak perkenalkan pda sedara mara..page tu sndiri, keluarga dn sdra mara tahu dulu sblm kenalkan pda rkan maya..
Akak rsa, bila buat mcmni, lebih 'selamat' sbnrnya.. kita lebih berhati2. Kita lebih banyak berfikir dari menggunakan hati bila menulis. Sebab kita tahu ada yg memerhati..
Menulis dengan hati... someone used said this to me.
ReplyHati-hati dalam menulis. Jangan riak. Yang penting niat.
nice sharing tia.. walaupun berblog utk share info tp ada juga org komen ckp xpuas hati
Replyemmm betul jugak...bila menulis ni ramai yg baca..so tulis tg tak elok makan tak eloklah utk kita..kalau tulis yg baik bagus utk kita..saham semua tu...saham akhirat..:)
Reply*angguk-angguk
ReplyNA
ConversionConversion EmoticonEmoticon