CINTA yang Ramai Tak Rasa

Melihatkan statistik tidak rasmi di dalam blog ini, saya boleh simpulkan bahawa aktiviti penulisan sudah semakin jatuh merundum dengan dasyatnya. Makin lama, makin kurang entri yang dipos.

Bermula dari tahun 2011, sebanyak 472 entri telah berjaya diterbitkan (itu belum kira entri-entri yang sudah didelete). Ketika itu saya baru mula aktif berblog dan memandangkan semangat masih berkobar-kobar, maka tidak hairanlah jika jumlahnya boleh mencecah sebanyak itu.

Masuk tahun 2012, entri sudah mulai kurang dikemasikinikan dengan jumlahnya sebanyak 274. Pada tahun ini, masa lebih banyak ditumpukan untuk belajar kerana status saya sebagai penganggur berjaya baru sahaja bertukar menjadi seorang pelajar. Makanya, aktiviti berblogging terpaksa dikurangkan.

Kemudiannya pada tahun 2013, jumlah entri yang berjaya diterbitkan hanyalah 183 sahaja. Hal ini kerana saya sudah mulai nekad untuk tidak mengemaskini mahupun menerbitkan entri yang 'pelik-pelik'. Alhamdulillah, selepas melalui beberapa peristiwa, saya sudah pun nekad untuk meninggalkan kehidupan lama yang melalaikan saya dari mengingati Dia dan sekaligus membawa saya pulang kembali ke pangkal jalan.

Syukur pada Dia yang menggerakkan hati saya untuk berubah. Dari tahun ke tahun, saya mulai mengubah cara hidup saya. Walaupun pada mulanya agak susah, tapi dengan adanya para sahabat yang senantiasa bercerita mengenai kebesaran Allah s.w.t dan agama Islam yang indah ini, saya mulai mendapat sesuatu yang tak pernah saya rasakan sebelum ini. Sesuatu yang takkan dapat saya ungkapkan melalui kata-kata.

Kalau dulu saya selalu merasakan kekosongan, tapi kini kekosongan itu perlahan-lahan sudah mulai terisi. Ianya tidak akan terisi selagi tiada usaha untuk mencari. Alhamdulillah, betapa bahagianya kehidupan yang saya rasakan kini berbanding dulu.

Pelik sungguh rasanya. Dulu, saat saya merasakan bahagia dengan dunia, hati ini tidaklah pula merasakan ketenangan. Nampak bahagia pada luaran, tapi di dalam yang ada hanyalah rasa resah dan gelisah. Seperti ada yang tak kena.

Sekarang, bila sudah memahami. Ya Allah... Rasa bahagia sangat. Masalah yang menimpa, dipandang sebagai ujian. Tidaklah pula menyalahkan takdir. Belajar erti redha. Barulah diri mengerti, Allah menguji kerana Dia menyayangi. Dia mahu kita kembali mencari.

Sekian lama saya jauh dari cinta-NYA, baru kini saya merasakan betapa hebatnya cinta pada DIA yang menciptakan kita. Hebat! Sangat hebat. Cinta seperti ini takkan pernah sama seperti mencintai makhluk ciptaan-NYA yang lain.

Jangan diragukan cinta-NYA :)

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
ary_lee
admin
December 22, 2013 at 12:19 AM ×

Frankly speaking, ary jeles setelah habis baca entri ni. Sebabnya, ary masih lagi mencari.

Mencari dan terus mencari.
Kekosongan masih menemani.
Saban hari diri ini meminta dari Dia yang Maha Mengetahui tapi sehingga kini masih terus sepi.
Berliter-liter air mata diperah tapi masih,,..
Lalu diri sedar btapa kotornya hati.
Astaghfirullah Al-Azim...

Reply
avatar
AtieAbid
admin
December 22, 2013 at 11:23 AM ×

Assalamualaikum Tia.. :)

alhamdulillah.. saya pun dalam proses memperbaiki dan memperbetulkan apa yang kurang. lagi2 dengan bimbingan suami. tiap kali suami nasihat terutamanya bab2 baju, saya rasa syukur sangat sebab ada yang prihatin.

Reply
avatar