Tak 'Sihat' Untuk HATI

Televisyen dipasang. Huh! Sudah diagak, pasti cerita itu yang ditonton.

Pasang lagu Maher Zain kuat-kuat.

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku ..

Okey, dah tak dengar dialog dalam tv. Sekarang lebih fokus nak kemaskini blog :)

Sengaja tak nak tengok. Ye, taulah "Playboy" Itu Suami Aku tengah famous sekarang. Jujur kata, teringin juga nak tengok.

Tapi, menyedari hati ini tak kuat. Maka, berlawan lah dengan nafsu.

Nak tengok,
tak nak tengok.

Lepas fighting ala, ala ninja beberapa minit. Akhirnya lebih fokus dengan blog dan lagu Maher Zain.

Sebenarnya, boleh aje kalau nak tengok. Tapi memandangkan saya dah tahu sangat karenah hati, saya memilih untuk tak tengok drama-drama mahupun cerita-cerita yang sweet-sweet gituuuu.

Bagi saya, cerita macam tu tak 'sihat' untuk hati saya :'(

Takut nanti berangan je lebih. Lagipun, banyak babak-babak yang saya kurang selesa bila tengok. Jadinya, tak apa kot kalau saya tak tengok. Hehe.

Hanya pendapat peribadi saja.

Cerita-cerita romantik macam ni, kalau dijadikan amalan boleh membahayakan hati-hati anak remaja. Dengan adegan-adegan yang tak patut ditonton seperti bercinta sebelum kahwin, kemudiannya berpegangan tangan padahal tak ada apa-apa ikatan yang halal pun.

Nangesss..

Kalau cerita-cerita macam ni di'hadam'kan oleh anak-anak muda yang tak faham, tak ambil berat tentang agama, memang bahaya. Yang haram boleh dihalalkannya.

Nanges lajuuuuu.

Memandangkan hati saya mudah terusik dengan adegan-adegan romantik ini, makanya saya cuba untuk kurangkan menontonnya. Kalau dapat, tak payah tengok langsung pun okey. Banyak lagi cerita yang boleh ditonton.

Previous
Next Post »

8 Comments

Click here for Comments
Cik Tieka
admin
December 23, 2013 at 8:55 PM ×

salam kak Tia..setuju dgn akk..tapi biasalah hati remaja suka benda2 mcm tuh..hehe..hanya org yg kuat imannya jer mampu nak halang godaan TV yg maha menggoda =___=

Reply
avatar
ary_lee
admin
December 24, 2013 at 1:51 AM ×

Huhuhu.. Ye.. Tak sihat untuk ary juga. Sebabnya akan buat ary terkenang-kenang. Ok stop. HahahhaXD

Obviously, hati Tia masih lagi terluka dengan kenangan lama kan? ^^

Reply
avatar
Ujie
admin
December 24, 2013 at 10:06 AM ×

Alhamdulillah..tia ada 'penapis' yg bagus. Berfikir sebelum menonton & kuat hati utk katakan TIDAK. Ia satu bentuk perjuangan hati.

Akak pulak, mmg tak suka cite2 gitu. Akibatnya, jaranglah tengok tv. Kalau cite UMI tu bagus, tak tau la ada lagi tak. Kisah perjuangan umi membesarkan anak jalanan.

Reply
avatar
December 24, 2013 at 5:38 PM ×

sangat bahaya. jd kite kene selalu tonton cerita upin dan ipin :D hee

Reply
avatar
Tia Fatihah
admin
December 25, 2013 at 5:24 PM ×

tauuu sayang. sebab akak pun pernah mengalaminya. dulu... ^_^

Reply
avatar
Tia Fatihah
admin
December 25, 2013 at 5:26 PM ×

honestly, kenangan is kenangan. dah lama sangat tu ary. nikmat sungguh rasanya bila kenangan pahit tu dah tak berlegar di fikiran :D

alhamdulillah.

Reply
avatar
Tia Fatihah
admin
December 25, 2013 at 5:27 PM ×

saya memang dah jarang sangat tengok tv kak. cerita sekarang dah semakin pelik. saya pun dah jadi makin hairan. saya dekat negara mana ni?

-.-

Reply
avatar