Saturday, December 28, 2013

Eleh, Hal Kecil Je Kot...

Dah lama tak hapdet mukabuka. Lebih suka membaca walaupun kadang-kadang terbaca status yang boleh menggelikan anak tekak sehingga mengeluarkan muntah warna-warni sebaldi. Agak over di situ.

Sedang rancak membaca status kanak-kanak ribena itu, tiba-tiba mata fokus pada satu status. Bukan status stok geli-geli ye.


Itulah status yang di hapdet oleh sahabat baik saya. Kami tinggal di rumah sewa yang sama.

Saya faham kalau anda sedang menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Apa yang saya nak fokuskan sekarang adalah point di mana sebuah mesin automatik telah berjaya dibaiki secara 'cuba-cuba' oleh dua orang housemate saya.

Kenapa saya katakan 'cuba-cuba'?

Kerana, mereka bukanlah juruteknikal yang mendapat pengajian di mana-mana pusat latihan kemahiran. Dengan hanya berbekalkan keyakinan yang tinggi, mereka membongkar saja mesin basuh tersebut walau mungkin agak teragak-agak kerana mesin itu adalah kepunyaan seorang kakak doktor yang sumpah chantek :D

Ohya, masa tu saya tidak bersama mereka kerana saya sudah pun selamat sampai di rumah untuk menghabiskan cuti selama dua minggu tanpa henti. Manakala mereka yang lain telah mengambil risiko untuk tetap berada di rumah sewa berkenaan.

Tak mengapa. Saya yakin mereka bahagia.

Mari saya bawa anda imbas kembali beberapa jam sebelum saya bertolak ke terminal bas tempohari.

Sejujurnya, saya bukan mahu bertindak kejam dengan seorang sahabat saya ni. Tapi apakan daya, masa sangat mencemburui sehingga saya terpaksa meninggalkan sedikit pakaian yang belum dibasuh kepada beliau. Baca : Tak sempat basuh.

Err, bukan sedikit. Adalah bebebebeberapa helai. Hihi..

Rasa bersalah mula menghimpit diri ini bimbang menyusahkan sahabat saya tu dengan membantu basuhkan baju-baju-baju saya. Kerana sahabat saya ini memang tersangat baik orangnya. Sesuai dijadikan menantu.

Saya serius.

Walaupun saya kata, "tak payahlah basuh baju-baju aku tuuuuu" ..

Tapi dia pasti akan melakukannya juga tanpa ada rasa bersalah. Saya bimbang menyusahkan beliau kerana pada waktu tersebut, mesin basuh itu telah rosak. Bermakna, kami perlu menggunakan tangan bila hendak membasuh baju.

Saat hati terasa berat untuk meninggalkan 'beban' pada sahabat, saya hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t akan mempermudahkan urusan mereka. Diringankan beban yang dipikul kerana mereka telah banyak membantu sahabat serumah yang lain.

Dan alhamdulillah, sehari selepas saya keluar dari rumah. Bila buka mukabuku, terbaca status yang di-hapdet oleh beliau. Saya tumpang gembira untuk mereka :D

Point saya di sini bukanlah untuk menyuruh anda-anda mengambil kesempatan di atas kebaikan sahabat anda itu. Ingat, Allah itu Maha Adil. Anda buat jahat pada sahabat, tapi sahabat tu tak balas sikit pun kejahatan anda. Tunggulah balasannya nanti dari Allah s.w.t.

Kita akan dapat apa yang kita buat. Baik? Buruk? Pilihlah.

Sentiasalah berbuat baik dengan sahabat tanpa mengharapkan balasan dari dia. Biar Allah saja yang akan membalas segala kebaikan dan keburukan yang kita pernah buat.

Yang pastinya, bila kita buat baik pada orang. Orang akan mendoakan yang baik-baik untuk kita. Sahabat saya tu memang baik orangnya. Dulu, saya tak sukakan dia. Tapi dia pula tak berhenti buat baik dengan saya.

Keras-keras kerak nasi, bila kena air lembut juga kan?

Tipulah kalau sahabat saya tu sempurna tingkahnya. Mana mungkin manusia biasa macam dia tak melakukan kesilapan. Tapi saya belajar menerima kesilapan dia kerana sayangnya saya pada dia sudah melebihi dari rasa marah dengan perlakuannya terhadap saya.

Saya sayangkan dia kerana Allah s.w.t. :D

Jangan pandang remeh dengan perkara yang kecil. Buatlah baik dengan manusia.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8)

Monday, December 23, 2013

Tak 'Sihat' Untuk HATI

Televisyen dipasang. Huh! Sudah diagak, pasti cerita itu yang ditonton.

Pasang lagu Maher Zain kuat-kuat.

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku ..

Okey, dah tak dengar dialog dalam tv. Sekarang lebih fokus nak kemaskini blog :)

Sengaja tak nak tengok. Ye, taulah "Playboy" Itu Suami Aku tengah famous sekarang. Jujur kata, teringin juga nak tengok.

Tapi, menyedari hati ini tak kuat. Maka, berlawan lah dengan nafsu.

Nak tengok,
tak nak tengok.

Lepas fighting ala, ala ninja beberapa minit. Akhirnya lebih fokus dengan blog dan lagu Maher Zain.

Sebenarnya, boleh aje kalau nak tengok. Tapi memandangkan saya dah tahu sangat karenah hati, saya memilih untuk tak tengok drama-drama mahupun cerita-cerita yang sweet-sweet gituuuu.

Bagi saya, cerita macam tu tak 'sihat' untuk hati saya :'(

Takut nanti berangan je lebih. Lagipun, banyak babak-babak yang saya kurang selesa bila tengok. Jadinya, tak apa kot kalau saya tak tengok. Hehe.

Hanya pendapat peribadi saja.

Cerita-cerita romantik macam ni, kalau dijadikan amalan boleh membahayakan hati-hati anak remaja. Dengan adegan-adegan yang tak patut ditonton seperti bercinta sebelum kahwin, kemudiannya berpegangan tangan padahal tak ada apa-apa ikatan yang halal pun.

Nangesss..

Kalau cerita-cerita macam ni di'hadam'kan oleh anak-anak muda yang tak faham, tak ambil berat tentang agama, memang bahaya. Yang haram boleh dihalalkannya.

Nanges lajuuuuu.

Memandangkan hati saya mudah terusik dengan adegan-adegan romantik ini, makanya saya cuba untuk kurangkan menontonnya. Kalau dapat, tak payah tengok langsung pun okey. Banyak lagi cerita yang boleh ditonton.

Saturday, December 21, 2013

CINTA yang Ramai Tak Rasa

Melihatkan statistik tidak rasmi di dalam blog ini, saya boleh simpulkan bahawa aktiviti penulisan sudah semakin jatuh merundum dengan dasyatnya. Makin lama, makin kurang entri yang dipos.

Bermula dari tahun 2011, sebanyak 472 entri telah berjaya diterbitkan (itu belum kira entri-entri yang sudah didelete). Ketika itu saya baru mula aktif berblog dan memandangkan semangat masih berkobar-kobar, maka tidak hairanlah jika jumlahnya boleh mencecah sebanyak itu.

Masuk tahun 2012, entri sudah mulai kurang dikemasikinikan dengan jumlahnya sebanyak 274. Pada tahun ini, masa lebih banyak ditumpukan untuk belajar kerana status saya sebagai penganggur berjaya baru sahaja bertukar menjadi seorang pelajar. Makanya, aktiviti berblogging terpaksa dikurangkan.

Kemudiannya pada tahun 2013, jumlah entri yang berjaya diterbitkan hanyalah 183 sahaja. Hal ini kerana saya sudah mulai nekad untuk tidak mengemaskini mahupun menerbitkan entri yang 'pelik-pelik'. Alhamdulillah, selepas melalui beberapa peristiwa, saya sudah pun nekad untuk meninggalkan kehidupan lama yang melalaikan saya dari mengingati Dia dan sekaligus membawa saya pulang kembali ke pangkal jalan.

Syukur pada Dia yang menggerakkan hati saya untuk berubah. Dari tahun ke tahun, saya mulai mengubah cara hidup saya. Walaupun pada mulanya agak susah, tapi dengan adanya para sahabat yang senantiasa bercerita mengenai kebesaran Allah s.w.t dan agama Islam yang indah ini, saya mulai mendapat sesuatu yang tak pernah saya rasakan sebelum ini. Sesuatu yang takkan dapat saya ungkapkan melalui kata-kata.

Kalau dulu saya selalu merasakan kekosongan, tapi kini kekosongan itu perlahan-lahan sudah mulai terisi. Ianya tidak akan terisi selagi tiada usaha untuk mencari. Alhamdulillah, betapa bahagianya kehidupan yang saya rasakan kini berbanding dulu.

Pelik sungguh rasanya. Dulu, saat saya merasakan bahagia dengan dunia, hati ini tidaklah pula merasakan ketenangan. Nampak bahagia pada luaran, tapi di dalam yang ada hanyalah rasa resah dan gelisah. Seperti ada yang tak kena.

Sekarang, bila sudah memahami. Ya Allah... Rasa bahagia sangat. Masalah yang menimpa, dipandang sebagai ujian. Tidaklah pula menyalahkan takdir. Belajar erti redha. Barulah diri mengerti, Allah menguji kerana Dia menyayangi. Dia mahu kita kembali mencari.

Sekian lama saya jauh dari cinta-NYA, baru kini saya merasakan betapa hebatnya cinta pada DIA yang menciptakan kita. Hebat! Sangat hebat. Cinta seperti ini takkan pernah sama seperti mencintai makhluk ciptaan-NYA yang lain.

Jangan diragukan cinta-NYA :)

Saturday, December 7, 2013

Penulis dan Menulis

Banyak cerita yang ingin aku kisahkan di sini. Sesuai dengan sempena nama blog ini. Tapi entah kenapa, tiap kali jari jemari mula beraksi di papan kekunci. Sekejap-sekejap butang backspace ku tekan. Dari sekali, lama-lama mula bertukar menjadi kerap kali sehinggalah aku sedar kanvas maya ini kosong tiada lagi ayat yang tinggal.

Blog ini bukan lagi menjadi rahsia di kalangan para sahabat kerana boleh kukatakan semakin ramai antara mereka yang mulai tahu blog ini adalah kepunyaanku. Sedarlah aku bahawa bila semakin ramai yang mengenali, semakin aku perlu berhati-hati bila hendak menulis.

Banyak hati yang perlu ku jaga. Bimbang andai ada hati yang terguris pula bila ada kisah mereka yang kucoretkan di sini. Padahal, tiada langsung niat di hati untuk bercerita buruk tentang mereka. Hanya sekadar ingin dijadikan pengajaran buat diri sendiri di masa akan datang. Semahunya aku tidak mahu bermasam muka dengan sesiapa. Terutama sekali dengan mereka yang sudah rapat dengan kehidupanku hanya gara-gara terbaca coretan yang seakan-akan bercerita tentang mereka.

Susah juga hendak menulis ini ya. Bisik hati kecilku.

Tapi tak mengapa. Jika difikirkan secara positifnya, ada baiknya juga jika aku sudah mulai berhati-hati dalam menulis. Ianya mengajar aku untuk menulis dengan hati, bukan ikut suka hati.

Selain itu, ia juga mengajar aku untuk menjadi lebih kreatif dalam menyampaikan sesuatu. Aku harus bijak dalam menggunakan ayat-ayat yang bakal aku 'lakarkan'. Usah terlalu berterus terang. Yang penting, mesej yang hendak disampaikan itu mudah difahami oleh pembaca. Dan mesej itu juga haruslah berbaur positif.

Sebagai penulis, kita harus sedar bahawa besar tanggungjawab kita bila menyampaikan sesuatu. Baik yang kita sampaikan, baiklah yang akan jadi. Begitu juga sebaliknya. Jadi, berhati-hatilah bila menulis. Bukan sekadar mahu menjaga hati pembaca, tapi juga kesan dari apa yang kita sampaikan.

Jangan sampai kita disoal di 'sana' dengan apa yang sudah kita tulis dan kesannya pada yang membaca.

P to the S : Peringatan untuk diri sendiri juga.

Thursday, December 5, 2013

Hidup Kadang Perlukan 'Perisa' Pahit

Seusai makan di dapur, aku bercadang untuk naik ke bilik mengambil komputer riba. Jarum jam di dinding hampir menunjukkan pukul 11 pagi. Masih awal getus hatiku. Hari ini aku hanya ada satu kelas. Itupun pada waktu malam.

Sudah tiga semester aku belajar di UiTM dan di semester empat inilah pertama kalinya aku mendapat jadual kelas pada waktu malam. Jadual sebeginilah yang paling aku gusarkan. Lebih-lebih lagi bila aku mendapat 'rezeki' untuk menjadi pelajar non-resident.

Kemudahan asrama bukan menjadi milikku semester ini dan aku harus menyewa tempat tinggal luar dari kampus. Tidak mengapalah. Aku harus bersangka baik dengan aturan-NYA. Mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan kemudahan asrama itu berbanding dengan aku.

Namun begitu, walaupun aku bersangka baik bukanlah bermaksud aku hanya akan melepaskan tangan dan menyerahkan segala-galanya pada Allah s.w.t tanpa melakukan sebarang usaha. Aku sedar, aku masih memerlukan kemudahan asrama kerana aku bukanlah berasal dari keluarga yang senang mahupun berada. Ibu dan ayah masih lagi perlu menanggung enam orang adik-beradikku yang lain. Jadi, tiada istilah mahu berfoya-foya dengan duit yang ada. Aku harus berjimat cermat!

"Kak, tak buat rayuan?" soal salah seorang sahabatku yang berpangkat adik kerana jarak umur kami yang berbeza.

"Eh, buat. Mana tau ada rezeki. Tak salah nak buat rayuan. Lagipun, seingat akak memang tak ada buat apa-apa kesalahan tingkahlaku pun semester lepas. Tak pastilah kalau akak yang terlepas pandang," balasku dengan sedikit penjelasan.

Aku sendiri tidak dapat memastikan apa punca sebenar permohonanku untuk mendiami kolej ditolak. Banyak desas-desus yang singgah di telingaku menjadi punca permohonan kolej gagal. Tapi tiada yang dapat aku terima. Tapi aku yakin, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma aku belum dapat melihat dan merasakannya. InsyaAllah, suatu hari nanti.

Jujur aku katakan. Hidup dengan menyewa tempat tinggal di luar dari kawasan UiTM memang mencabar. Bukan mudah. Kalau dulu masa tinggal di asrama, kehidupan hanya dikalangan pelajar-pelajar sahaja. Kini, bila aku sudah menyewa tempat tinggal di luar. Kehidupan mulai terasa lebih meluas sekaligus cabarannya juga berbeza. Hidup secara bermasyarakat yang berbilang kaum, berbeza umur, berbeza taraf.

Tinggal di luar tidaklah seronok. Tapi pengalaman tinggal di luar itulah yang menyeronokkan. Ianya mengajar aku untuk berdikari. Bahaya itu pasti ada. Kerana kehidupan bukan semudah yang disangka. Bukan juga kehidupan namanya andai tiada ujian yang tertimpa melainkan mendidik hati-hati kita untuk berpegang di tali Allah s.w.t.

Alhamdulillah. Setakat ini aku masih mampu bertahan. Entah esok entahkan lusa, aku berharap ujian yang mendatang akan mengajar aku untuk menjadi hamba-NYA senantiasa bersangka baik dengan setiap apa yang berlaku.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)

Ya! Allah menguji seseorang kerana Dia tahu hamba-NYA itu mampu menghadapi ujian yang diberikan. Aku harus memandang setiap ujian-NYA dengan bersangka baik. Allah uji kerana Dia sayang. Hamba-NYA yang faham sahaja akan tahu ujian itu adalah tanda kasih sayang dari-NYA.

Tunggu sahajalah nanti macamana keputusannya. Yang pasti, dapat atau tidak semuanya sudah ditetapkan. Kalau dapat, alhamdulillah. Tak dapat pun alhamdulillah. Dah banyak sangat Allah bagi aku nikmat. Apalah sangat kalau nikmat yang sedikit itu ditarik oleh Dia.

Yang penting doa. InsyaAllah, apa yang aku dapat tak ada yang buruk melainkan ada kebaikan di sebaliknya.

P to the S : Sedang melatih diri untuk menulis. Walau bunyinya agak skema, tak apa. Nak buat orang faham dengan mesej kita, skema itu kadangkala perlu ^_^

Monday, December 2, 2013

Bila Pembaca Bertemu Penulis

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila dah lama tak menjengah ke mari, serasa beku otak nak memikirkan ayat-ayat untuk dikarang. Padahal ada je cerita yang nak disampaikan. Tak apalah. InsyaAllah, sambil menaip mesti akan ada ilham yang tiba-tiba datang kan?

Bohonglah kalau saya kata tak ada rasa rindu nak menulis. Rindu sangat-sangat. Dah bertahun berlalu, minat untuk menulis tak pernah padam. Malahan, makin menjadi-jadi pula. Siap berkeinginan untuk menerbitkan buku lagi. Fuh! Angan-angan. Mohon didoakan moga impian jadi kenyataan :)

Tapi entahlah. Bila dah on laptop, muka dah hadap skrin, mula menaip, sampai perenggan kedua idea dah lost dan tak found sampai penghujung. Akhirnya entri tu akan terperaplah jadi draft sampai bila-bila.

Eh, rasanya ramai je penulis melalui benda yang sama macam saya. Er, ke saya sorang ni? Ehe.

Jujurlah saya kata. Kadang-kadang, rasa down nak menulis tu memanglah ada. Tapi down-nya tak adalah sampai rasa putus asa dan nak berhenti terus dari dunia penulisan. Tidak. Cuma, bila semangat tu macam dah kabur-kabur. 'Selera' nak update blog pun boleh termati. Tersadailah blog kesayangan ni berbulan-bulan lamanya.

Oh! Nak cerita. Bukan gosip. Hanya untuk berkongsi rasa keterujaan.

Baru-baru ini saya berkesempatan berkenalan dengan beberapa orang adik-adik yang baru masuk UiTM (semester satu). Allahu Allah. Bukan main seronok lagi bila adik-adik ni menyambut kedatangan saya dengan penuh kemesraan walaupun sebenarnya mereka nampak macam takut-takut sikit.

Almaklum sajalah. Kami senior mereka. Tapi jangan pula salah faham. Bukan mahu membuli adik-adik. Hanya sekadar untuk menjalinkan perhubungan dengan mereka supaya junior dan senior bukanlah tidak boleh bermesraan seperti yang kita selalu dengar.

Konon-kononnya, junior dan senior tidak setaraf. Junior tidak layak bersahabat dan berkenalan dengan senior. Oh, salah sekali pemahaman itu.

Beberapa minit duduk bersama mereka dan mendengar sedikit cerita dan perkongsian membuatkan saya seronok dapat mengenali adik-adik yang comel ini. Walaupun mereka tersipu-sipu malu bila bercakap dengan saya. Tapi saya cuba untuk buat suasana menjadi tidak terlalu janggal. Unsur-unsur kemesraan dan kasih sayang saya selitkan dalam perbualan kami membuatkan mereka sentiasa tergelak dan tersenyum bila kami bersembang.

Saya mahu mereka selesa untuk bercakap apa saja dengan saya.

Perlahan-lahan suasana yang janggal itu mulai beransur hilang dan digantikan pula dengan suasana yang penuh ceria.

Kiranya, itu adalah pertemuan antara senior dan junior yang tidak rasmilah.

Sepanjang mendengar cerita mereka, saya dapat tahu mereka juga dari Pra Diploma. Dan kebetulan, sewaktu mengambil Pra Diploma, mereka berada di UiTM Kampus Tawau. Apa tidak teruja kalau saya pun berasal dari sana. Bezanya, saya kemasukan pertama dan adik-adik yang saya kenal kemasukan ketiga.

Seronok!

Cerita punya cerita, lupa pula mereka bertanya nama saya. Lepas sebut je nama saya, spontan je adik tu tanya.

"Akak ni tuan punya blog Ini Kisah Tia ke?"

Allahu Rabbi. Terkejut saya bila soalan tu yang terpacul dari mulut dia. Saya nak angguk salah, tak nak angguk salah. Kecil sangat dunia ni ye.

"Saya dengan kawan-kawan selalu baca blog akak sebab akak ada bagi pasal UiTM Kampus Tawau tu,"

Rasa macam nak gelak je dengar penjelasan adik tu. Memang susah nak percaya sikit bila dapat jumpa pembaca blog secara mengejut. Face to face pula tu. Hehe. Yelah, saya tak ada pun letak gambar dalam blog. Yang saya letak pun nama betul je. Mungkin sebab nama tu lah mereka syak saya ni pemilik blog Ini Kisah Tia.

Bila dapat curi masa sikit, saya bukalah blog. Bila tengok dashboard, ya Allah! Banyak kot komen yang saya tak baca lagi. Bila buka komen-komen tu, kebanyakkannya pasal entri UiTM Kampus Tawau. Tskk! Rasa bersalah pula bila soalan-soalan mereka saya tak baca.

Selepas kejadian tersebut, saya mula sedar. Mungkin sesetengah entri yang ada dalam blog ni tak berguna untuk orang lain tapi siapa tahu ada orang lain lagi yang lebih memerlukannya. Lain orang, lain keperluannya. Jadi, istilah 'Puaskan Hati Semua Orang' memang tak boleh diguna bila nak menulis. Tulis je apa yang nak dituliskan. InsyaAllah, ia akan bermanfaat selagi kita menulis dengan cara yang betul.