Bukan Benci

#throwback

Menadah tangan mengucapkan rasa syukur. Dapat kemudahan asrama. Alhamdulillah. Walaupun mula-mula aku tak jangka pun aku akan dapat tinggal kolej sebab aku bukannya aktif libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Again, rezeki.

Aku suka cara unit pengurusan kolej tempat aku ni yang mana, pelajar diberikan kebebasan untuk memilih dengan siapa mereka nak duduk sebilik nanti. Tak adalah aku dapat roomate yang buat suasana jadi awkward. Masing-masing tak kenal. Tapi bukan ke "tak kenal maka tak cinta?"

Tapi timbul pula cerita lain which is dengan siapa aku nak duduk sebilik selama satu semester tu nanti. Satu semester bukanlah jangka masa yang pendek walaupun sesetengah orang kata "ala, pejam celik habislah satu semester."

Sebenarnya, aku belum buat keputusan muktamad pun nak duduk sebilik dengan siapa nanti. Yang pasti, empat bulan ini membuatkan aku berpeluh sebaldi.

Luka di hati aku ni dah banyak parutnya. Berkali-kali aku terluka. Sembuh sekejap. Again, terluka lagi.

Aku benci bila aku MULAI membenci orang lain. Tapi sebenarnya, aku tak ada niat pun. Faham-fahamlah bila hati mulai memberontak.

By the way, aku masih ada hati dan perasaan. Cuma kadang-kadang, hati aku ni degil sangat. Dan, aku ni sensitif tahap tinggi punya orang. Aku tak cakap yang aku tengah makdal=makan dalam. Tapi selalunya aku memilih untuk DIAM and peram. Kemudiannya menjauhkan diri. Bukan bermaksud aku benci. Tapi aku tak nak keruhkan keadaan.

Bertegur sapa macam biasa pun dah cukup bagi aku. Asalkan tak bermusuh.

Ahh ... Betapa aku diuji dengan manusia-manusia yang punya 1001 perangai super duper menguji hati.

BANTU aku untuk tidak membenci kamu :)

Apapun, thanks to them. Apa yang dah berlaku, sudah pun berlalu. Aku belajar banyak benda. Aku belajar menahan marah dan masih mampu tersenyum bila berdepan dengan makhluk-makhluk yang dihantar pada aku sebagai ujian.

Jujur kadang aku kalah. Tapi aku tetap mencuba. Memandang mereka sebagai ujian dari yang Maha Esa.

Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
a i m z
admin
May 12, 2014 at 12:29 PM ×

susah jugak kalau boleh pilih roomate..humm humm

Reply
avatar
ary_lee
admin
May 13, 2014 at 12:52 AM ×

hurm^^

Tahu tak Tia?
Bila mula ada perasaan tak suka dalam hati ary, ary akan jauhkan diri ary dari orang tuh. Bukan sebab ary tak suka. Tapi sebab ary taknak perasaan tak suka tuh makin menular dalam hati. Orang kata, jauh di mata dekat di hati^^

Reply
avatar
Eimma
admin
May 14, 2014 at 10:44 AM ×

sentiasa kenang kebaikan dia. cuba lupakan keburukan dia. insyaAllah, hati kita akan lebih lapang :)

Reply
avatar