Lafaz yang Terpendam

Bismillahirrahmanirrahim.

Hati aku terguris. Sakitnya macam dihiris-hiris. Aku sedar, aku mula menangis. Kali pertama nampak ayah pakai baju hijau duduk atas katil. Tak peduli dengan mata yang memandang. Aku bukan budak kecil. Jadi aku mengerti apa yang sedang berlaku.

Aku merapati ayah. Ku cium penuh kasih sayang tangan tua itu. Tangan yang telah bersusah payah membesarkan aku dan adik-adik. Tangan yang membelai ibuku selama ini.

Hari untuk melawat ayah di hospital. Hati berbagi. Ibu sudah memberitahu awal-awal. Jangan menangis depan ayah macam hari tu. Nanti ayah pun hilang semangat. Sebelah hati mahu datang menjenguk ayah. Sebelah hati tidak. Bimbang airmata mengalir lebih laju kali ini.

Aku pergi dengan nekad di hati. Tak mahu menangis depan ayah. Berkali-kali aku berlatih untuk senyum di luar bilik. Berbekalkan sedikit keyakinan, aku merapati ayah di sisi katil.

Sambil berbisik dalam hati, "tolong jangan menangis! tolong bertahan sekejap!"

Waktu melawat sudah tamat. Sesi bertemu ayah berjalan dengan lancar. Sebak di dada aku tahan kuat-kuat jangan biar lepas. Ayah perlukan sokongan. Sebelum pulang, ada yang harus aku katakan pada ayah.

Aku orang terakhir yang keluar dari bilik. Aku salam dan cium tangan ayah. Dan aku kata,

"Along sayang ayah..."

Ku cium pipi kanan dan kiri ayah. Saat yang syahdu bagiku.

Akhirnya aku mengerti. Apa yang sedang berlaku, memang ada hikmahnya. Mulanya, aku rahu-ragu. Tapi sekarang, aku mulai faham. Hubungan yang suatu ketika dulu pernah renggang, kini erat aku rasakan. Syukur sebab aku belum terlambat.

Meluahkan apa yang terbuku dalam hati pada ayah.

Source

Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
Unknown
admin
May 28, 2014 at 3:59 PM ×

May ALLAH Bless..aminn :-)

Reply
avatar
ary_lee
admin
May 28, 2014 at 10:18 PM ×

Take care of ur dad. Urmmm... Jujurnya... Ary sendiri tak pernah cakap ary sayang pada ayah. Huh.. *Mengeluh sendiri.

Reply
avatar
adan
admin
May 29, 2014 at 10:31 PM ×

Semoga ayah cepat sembuh.. Tia anak sulung kena kuat..

Reply
avatar