Sekelip Mata

Berpisah perkara biasa. Semua orang tahu. Tapi tak semua orang dapat terima. Macam aku. Adik lelaki aku kena pergi Matrikulasi Labuan. Aku pula sedih nak tengok adik pergi.

Ni kali pertama dia keluar rumah, tinggal jauh dari keluarga. Dia anak ketiga. Aku anak sulung. Kalau aku dengan adik perempuan nombor dua pergi UiTM, adik lelaki aku tu jadi harapan di rumah.

Ibu aku berharap dengan dia. Buang sampah dia, masak dia, jaga adik-adik dia, tukang perang mulut di rumah dia. Selalu juga tu kena marah dengan ibu.

Tapi aku tau, ibu akan menangis lepas hantar adik lelaki aku tu nanti. Ibu nampak keras dari luar. Hakikatnya, di dalam ... Aku faham. Ibu sedih.

Aku anak sulung dari 7 orang adik-beradik. Mula-mula, aku yang keluar dari rumah. Kemudian, adik perempuan nombor 2. Sekarang, adik nombor 3 pula. Mungkin ibu rasa benda ni cepat sangat berlaku. Anak-anak dah makin membesar.

Aku pun rasa macam semuanya berlaku dengan pantas. Umur aku dah mencecah 23 tahun. Tapi kadang-kadang cara ibu jaga macam aku baru 15 tahun. Tak cukup dengan tu, ayah pun pernah tanya. Berapa umur aku sekarang. Bila aku kata 23, ibu tanya balik dengan nada tak percaya.

Bila aku muhasabah diri, aku berfikir, ya ALLAH. Aku dah 23. Esok lusa aku kahwin. Ada anak. Kemudian uban tua mula kelihatan. Ada cucu. Dan akhirnya 'rumah kata pergi, kubur kata mari'. Tu pun kalau ALLAH izinkan aku merasa semua tu. Kalau esok dijemput Ilahi?

Siapa kata masa hidup ni panjang? Siapa kata masa muda ni la nak berseronok dulu, dah tua nanti baru dekatkan diri dengan ALLAH? Hakikatnya, hidup ini singkat. Terlalu singkat!

Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
a i m z
admin
May 16, 2014 at 10:03 PM ×

Hmm.. sy 6 daripada 7 org.. sekarang, semua dah jauh dari rumah...
cepatnya masa berlalu...

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
May 18, 2014 at 1:00 PM ×

Assalamualaikum.

Itu namanya roda kehidupan tia.. :)

Lana dua beradik je. Skrg lana kerja dan duk menyewa satu area, bila weekend bru balik jumpa org tua. Adik lana pula di melaka.

Demi Allah, makin menginjak dewasa, rasa rindu pada dua2 tu membuak2, hari2 teringtkn mereka.. skrg mereka berdua sihat..alhamdulillah..esok lusa tak tahulah mcmna..

Reply
avatar
ary_lee
admin
May 18, 2014 at 2:22 PM ×

Masa berlalu cepat. Tapi kalau masa yang pantas berlalu tu dipenuhi dengan perkara yang mampu membuatkan kita tersenyum. kita takkan pernah menyesali masa yang makin meninggalkan.

Reply
avatar