Thursday, July 31, 2014

Batang Buruk

Assalamualaikum.

Dah masuk raya ketiga. Hari ni baru buat kuih batang buruk. Rajin tolong ibu. Saya mengaku boleh jadi menantu yang baik. Ehem.



Selalu guna telur nak lekatkan kulit popiah tu. Tapi tadi guna air putih je. Bukan air paip mentah tau. Air yang dah dimasak. Melekat juga.

Esok ada yang nak bertandang ke rumah. Ibu rajin tau masak. Sekali lagi saya mengaku boleh jadi menantu yang baik. Huh?

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 30, 2014

Aktiviti Blogwalking Semakin Kurang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah masuk raya ketiga dah pun. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Tapi rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya pada pembaca-pembaca yang sedang berlegar-legar di ruangan blog saya ketika ini.

Sekarang dah selamat berada di rumah dan akan bercuti selama seminggu. Samada sabtu atau ahad dan mungkin juga isnin, baru balik hostel. Nak mengamuk sebab cuti tak cukup pun tak boleh. Macamlah orang lain tak nak bercuti kan.

Aktiviti blogwalking memang jatuh merundum akhir-akhir ni. Ada internet pun cukup-cukup buat online whatsapp, wechat, facebook dengan update blog je. Nak blogwalking ke blog blogger yang lain, memang tak merasalah jawabnya.

Rindu kot nak berblog macam dulu-dulu. Okey, sekarang dah tak boleh. Kena fokus belajar. Tak boleh main-main. Apapun, selamat hari raya semua. Maaf zahir dan batin dari saya dan blog kesayangan ni.

Monday, July 21, 2014

Sebak

Assalamualaikum.

Ini minggu terakhir kuliah sebelum pelajar balik bercuti ke rumah masing-masing. Kelmarin dengar cerita kawan yang dah pergi terminal bas, tiket dah habis. Jantung dah dup dap. Kepala pun dah pening memikirkan cara nak balik Sandakan nanti.

Sebenarnya, boleh je balik rabu malam naik bas ramai-ramai dengan pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Tapi adik lelaki yang belajar di matriks Labuan belum boleh cuti. Tak tergamak nak tinggalkan adik.

Tiket kapal, sah-sah dah mahal. Tiket bas dah habis. Saya dah tak terfikir cara apa lagi untuk saya dan adik balik rumah. Hati dah mulai sebak bila membayangkan hari raya pertama, saya tak berada di rumah. Satu-persatu wajah keluarga bermain di mata.

Mohon tolong doakan saya dan adik dapat balik beraya tahun ni. Saya rindu sangat dengan keluarga dekat rumah.

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 16, 2014

Rezeki

Assalamualaikum.

Baru nak menjengah katil. Tapi update dulu kejap. Seharian ni, tak ada apa yang ajaib berlaku. Semuanya baik-baik saja. Cuma akhir-akhir ni pelanggan dah makin ramai datang ke bilik untuk dapatkan perkhidmatan printer dan beli topup.

Alhamdulillah. Rezeki tu datang dari ALLAH S.W.T.. Yang penting, jangan lupa usaha. Pedulikan orang yang pandang rendah dengan usaha kita. Rezeki bukan di tangan mereka.

Besok berbuka dengan tuttt... Eh... hehe. Esok cerita.

Nak tido. Esok nak pergi sekolah pula jam10 pagi.

posted from Bloggeroid

Monday, July 14, 2014

Kerja Mudah Bagi Income



Assalamualaikum.

Tu printer ayah. Dengan printer ni, ramai pelajar datang bilik saya minta print slide lah, note lah, surat rayuan lah. Alhamdulillah. Kerjanya mudah dan adalah sikit income yang saya dapat.

Sekurang-kurangnya, duit poket saya taklah mengalir keluar aje kan. Duit poket mingguan dari keluarga, boleh simpan untuk masa depan.

Macam sorang lecturer perempuan saya pesan. Wanita ni kena pandai berdikari. Kehidupan di masa depan kita tak tahu. Kalau sebelum kahwin pun tak pandai berdikari, macamana kalau dah lepas kahwin nanti suami pula tinggalkan para isteri mereka?

Jom jadi miss indipendent :)

posted from Bloggeroid

Saturday, July 12, 2014

Modal Rendah Boleh Bisnes TOPUP

Assalamualaikum.

Masih tercari-cari cara untuk menjana pendapatan? Eh, eh.. Dah macam iklanlah pula. ^__^

Ada yang berminat untuk menjual TOPUP dengan modal yang rendah? You-RELOAD pilihan yang tepat! Dengan modal rendah, anda sudah boleh membeli TOPUP dengan harga yang lebih rendah. Kalau pergi dekat mana-mana kedai, mungkin mereka akan charge RM0.50 lagi. Ada lagi charge yang lebih tinggi sampai RM1.

Gulp!

Tapi bila anda mendaftar di You-RELOAD, tak ada dah charge untuk TOPUP yang berharga RM5 mahupun RM10. Best? Memang best! Bukan setakat pakai untuk keperluan sendiri, tapi boleh juga jual dekat orang lain. Tak payah buka kedai. Berdiri depan pintu pun boleh jual reload.

YURAN MAHAL?

Sekarang di You-RELOAD ada buat promosi.



TAMBAH MODAL MINIMA RM10

Banyak syarikat meletakkan nilai yang tinggi bila nak tambah modal. Selalu jumpa sampai RM100. Banyak tu! Tapi di You-RELOAD, RM10 pun dah boleh tambah modal.

Jadi tunggu apa lagi, pergilah mendaftar. Klik aje banner di bawah.


Tuesday, July 8, 2014

Tidur

Assalamualaikum.

Baru lepas print note untuk kawan-kawan sekelas. Tu pun tak habis lagi. Mata dah rasa mengantuk. Kena tidur juga sebab besok ada kelas pagi. Nanti terhangguk-hangguk dalam kelas.

Okey nak tidur.

posted from Bloggeroid

Monday, July 7, 2014

Sibuk

Assalamualaikum.

Dah lama tak update. Sibuk dengan kuliah. Sibuklah sangat kan sampai nak update entri sekali sehari pun tak menyempat. Padahal dah ada apps bloggeroid. -_-

Ni pun update masa dalam kelas. Lecturer bagi rehat kejap. Update blog menandakan empunya blog masih ada tapi kurang aktif je.

Kelas hari ni sepatutnya bersambung dari jam2 petang sampai 5 petang. Tapi batal sebab lecturer ada appointment dengan doktor. Seronok lah kan? Boleh balik bilik.

Ok, sambung nanti. Selamat berpuasa..

posted from Bloggeroid