Tuesday, December 23, 2014

Hidup Rasa Manis, Pahit, Masin, Tawar

Based on my trueeeee storyyyyyy. ahaks!
hi. nama aku Fatiha. Kengkawan panggil Teha. Ada juga panggil Kaktia sampai bunyi dah macam katiak. Tapi sebenarnya dorang panggil aku kak Teha. Sebab aku comel tu pasal dorang panggil aku kakak. Dekat rumah aku kena panggil along which is aku adalah anak pertama. Dan panggilan paling rare aku adalah Tia which is tu nama aku dalam alam maya sebagai blogger.

Umur bagi aku tak sensitif sebab aku selalu rasa muda. untuk tahun 2014 ni, officially umur aku 23. Status? Belum berkahwin sebab ibu aku yang super duper gorgeous kata siapa nak aku, directly pergi rumah. Jangan mengada bawa aku dating pergi tepi pantai. Kalau mak aku nampak, dua-dua akan hanyut karam di lautan. Ayah aku lagi simple. Kalau dia nampak aku khyusuk ngedate tepi pantai dengan boypreng, sekali shot je guna M16. Sebab tu aku sayang ibu dengan ayah. They know what type of man that i shud choose.

Bercakap pasal pelajaran. Sejujurnya, aku bukan budak pandai straight A. Tapi tu bukan alasan untuk aku goyang kaki dan habiskan beras dekat rumah. Lepas SPM, aku dapat tawaran masuk tingkatan 6. Baru beberapa hari duduk dalam kelas, dah dapat panggilan pergi PLKN which is tempatnya dekat Kem Jugra Banting, Selangor. Jauh betul aku tercampak ye.

Lepas habis 3 bulan berjauhan dengan keluarga di Sabah, aku balik semula bawa pengalaman berguni-guni. Sampai je dekat Sabah, aku dah kena masuk balik kelas tingkatan 6 yang aku tak habiskan sebelum lari pergi Selangor. Hari pertama masuk kelas tingkatan 6, aku dah terkebil-kebil. Buku setebal 300 mukasurat dorang dah habiskan. Tetiba pula ada kena bagi kerja rumah untuk dihantar besok. Tak ada sebarang alasan diterima kalau kerja sekolah tak siap. Dengan confident-nya, besok pagi aku tak pergi sekolah. Itulah first and last day aku dekat sana. Aku berhenti. Lepas tu aku duduk rumah je.

Berkilo-kilo juga beras aku habiskan sebelum dapat tawaran pergi Politeknik Kota Kinabalu. Dekat sana, aku ambil Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik selama 4 semester (2 tahun). Bunyi macam hebat je kan? Tapi aku tak lama dekat sana. Ringkas cerita, tak ada rezeki. Puas juga telinga aku ni terima habuan soalan dan statement "pesal kau quit dekat Poli tu? sayangnyaaaaa", "eee. rugilah kau quit dari Poli", and so on.

Lepas dah berhenti dari sana, perasaan aku nak belajar seolah-olah dah mati. Aku macam malas dah nak belajar. Tapi syukur alhamdulillah aku dapat keluarga yang tak berhenti bagi sokongan dan dorongan pada aku. Sampailah adik perempuan aku nombor dua cadangkan suruh aku masuk UiTM melalui Pra-Diploma.

Dah memang rezeki kan. Permohonan aku berjaya dan aku dapat UiTM Kota Kinabalu Sabah. Masa nak menyambung belajar untuk kali ketiga ni, semangat aku memang dah terbang entah ke mana. Aku rasa aku belajar masa tu just untuk jaga hati ibu dengan ayah je. Langsung tak ada matlamat yang jelas.

Tapi sekarang, alhamdulillah. Aku dah final year pun. Dah masuk semester 6. Seriously, bukan senang untuk aku dapat capai apa yang aku dapat sekarang. Sepanjang aku di UiTM, macam-macam aku dah rasa. Pahit, manis, tawar, masin semua campur sekali. Aku juga pelajar repeater. Mengulang subjek yang gagal. Tapi alhamdulillah. Dengan izin Allah, berkat doa keluarga, berkat doa kawan-kawan, aku di sini sekarang!

Gile ahhhhh. Sekarang, semangat aku dah makin berkobar-kobar. Matlamat makin jelas. Rancangan untuk masa depan dah ada. Kahwin? Sorry. Calon masih kabur-kabur. Jadi, aku buat yang jelas dulu lah eh? InsyaAllah, aku sedang berusaha ke arah matlamat itu. Semoga semester akhir ni aku dengan kawan-kawan akan dapat keputusan yang membahagiakan.

Orang akan selalu pandang rendah dekat kita sebab kita tak sepandai mereka. Tapi kita jangan sekali-kali biarkan diri kita terima pandangan yang rendah tu sampai kita hilang keyakinan pada diri sendiri. Kita mungkin kurang dari segi pendidikan. Tapi lebih dari segi kemahiran. Dan begitulah juga sebaliknya. Rezeki ada di mana-mana. Cuma kita yang kena usaha sebab rezeki takkan bergolek depan mata. Guna semua sumber yang ada di sekeliling kita untuk berjaya.

Apesal aku rasa dah macam pakar kaunseling ni? Hahaa. Tapi betul. Pengalaman adalah guru terbaik. Aku belajar dari pengalaman. Sebab tu aku boleh menulis dan berkongsi sejauh ini. Kalau ikutkan, masih berjela lagi ayat yang aku nak lakarkan. Tapi biarlah aku simpan dulu.

Mohon doakan aku dan kawan yang berada di semester akhir UiTM Kota Kinabalu Sabah akan dapat keputusan yang membahagiakan. Sekalipun tak membahagiakan, mohon doakan kami berjaya di luar nanti. Paling penting, berjaya di dunia dan akhirat. Amin ya Rabb..

Menulis hobi aku. Menjadi penulis cita-cita aku. Bosan baca cerita aku, you may block me guys. Bak kata Shahrin, "kak Teha ni sikit-sikit merajuk. tumbuk ni." perhhh! ada hati nak tumbuk aku tuuuu. Dia tak tau ayah aku ada M16, ibu aku ada skill di lautan. Okbaiiii.

Copy and Paste dari WeChat. Nak add boleh je. Tapi takut nanti juling baca moments aku. Paling penting, segala urusan takel menakel atau usha mengusha aku tak layan. Kenapa? Sebab aku dah mention dekat atas. Ingat M16? Ingat karam di lautan?

posted from Bloggeroid

Monday, December 22, 2014

Aku dan Fara Masa Cuti



Aku suka sangat nak menangguh update blog. Tapi kalau dekat wechat. Amboiii. Kemain beno royanannya. Aku rasa, tabiat menulis aku ni dah kemain menjadi-jadi. Tak menjadi hari aku kalau sehari tak update status dekat wechat. Ghasenye, dah nak terkeluar bijik mata reader yang selalu nampak status aku lalu depan skrin engpon dorang.

Mungkin sebab aku rasa dekat wechat aku boleh taip ringkas seringkasnya. Tapi kalau dekat blog aku taip ayat sebaris, rasanya something not wrong dekat situ. Tak relevan orang kata.

But yeahhh. Pilu juga hati kalau menulis tapi isi tulisan macam angin je. Mean, takda mesej bermakna yang disampaikan. Bimbang menambah dosa pula. Tskk, tskk. Nauzubillahminzalik.

Okey, berbalik pada cerita aku. Sebenarnya sekarang dah cuti. Dua minggu. Sejak 20 disember 2014 bersamaan dengan hari sabtu. Tapiiiiii. Dengan high confident-nya. Aku tak balik. Stay je dekat kolej. Dua minggu kauuuu. Oh, ohhh. Cerita macam hebat je kan. Lupa mention. Aku bukan sorang. Ada kawan yang cantik teman aku. Nama dia Fara. Hai Faraaa 😘

Seriouslyyyyyyyyy. Banyak sangat benda yang berlaku. Biasalah. Hostel yang besar gila ni, tak ada orang, ada pun aku dengan fara je, dah sah lah mende yang pelik ada kannnnnn. Besarkan hati, lapangkan dada je lah.

Pasal makanan. Of course cafe tutup. Tapi, tapi, tapiiiii. Kitorang pinjam rice cooker kawan. Kecik aje saiznya. Comel bak anggggg! Please, please, pleaseeee. Ni rahsia kite je ehhhh.

Aku dengan Fara shopping :

1. Beras 5 kg - RM13
2. Telur sekotak (36 biji) - RM11
3. Berus dawai - RM3
4. Minyak - RM2
5. Sosej - RM3
6. Kicap adabi - RM6

Fineeeee. Berus dawai tu aku rasa macam nak pitam tengok harga lepas kena scan dekat kaunter. Silap aku juga. Cuai. Tengok takde harga terus main agak-agak harga kengkonon RM1 je. Tak comfirmkan betul-betul sebelum angkut masuk bakul. Sampai kaunter, nganga. Mahal dan akal aku tak boleh nak terima. Tersedu sedan aku nangis depan cashier tuuuuhhh. Sampai hati jual memahal.

Sosej pula aku rasa macam nak jentik je pipi aku yang comel ni. Boleh aku pergi ambik sosej tu?? Ni masalah confident tak bertempatlah ni. Macam lah aku ada simpan peti ais dalam bilik dekat asrama tu. Macamlah sosej tu akan membeku dua minggu. Kannnnn??

Kelmarin beli sosej, hari ni bau semacam dah keluar. Nak tak nak, kena goreng semuanyaaaaa. Kalau tak, membazir je. Seronok pula kang syaiton gelakkan aku buang sosej dalam tong sampah.



So, malam tadi habis sebungkus sosej aku dengan Fara kerjakan. Oh, macamana aku goreng sosej? Aku guna rice cooker je. Rosak tak rosak rice cooker, belakang cerita. Amboi kau Tiaaaa. Macam rice cooker family kau je kannn. Huhuuhhh.

Apalagi eh? Ohyeee. Malam ni aku tidur dekat bilik Fara. Dan mungkin besok aku jalan. Banyak sangat urusan yang nak diselesaikan. Daftar SSM lagi, beli kain lagi, potong kain lagi, jahit tepi lagi, jual lagi, promote lagi. Eh?? 😍

Okey baiiii. Nak sambung main laptop. Selamat malam uolsssss.

posted from Bloggeroid

Monday, December 8, 2014

Tidur Lambat

Mentang-mentang besok takde kelas, sesuka hati je kau ye Tia tidur lambat. Lulzzz.

Okey besok takde kelas. Ada juga tapi tak payah masuk kelas. Kena online selama satu jam. So, besok turun nak pergi library untuk online sekali buang undi. Nak undi apa, jangan tanya dulu. Besok aku hupdate.

Ada benda nak cerita. Tapi rasa maleh nak naip panjang berjela.

posted from Bloggeroid

Sunday, December 7, 2014

Hati Kita

Tiap semester, kalau dapat kolej boleh pilih roommate. Dan aku tiap semester always nak mengelak dari dapat roommate yang perangai peliks dan suka balik rumah. Kengkadang, aku mengelak pun still dapat roommate yang aku takmau. Ish, ish, ishhh. Bukan apa, aku just nak mengelak sesuatu yang aku tak suka which is terasa-rasa hati.

Tapi tiap semester tu jugalah Allah nak uji aku. Takpe. Alhamdulillah.

Dan semester ni pun aku diuji lagi. Aku dapat roommate yang suka balik rumah. Halamakkk. Tak hairanlah sebab rumah dia kurang dari setengah jam je dengan UiTM ni. Hari ni dia keluar. Katanya nak pergi pulau dengan family. Esok baru balik. Meraung kejap aku jadinya.

Takpelah. Melatih diri aku untuk berani tidur sendiri. Beranilah sangat kannnnn. Besok takde kelas tapi kena turun juga sebab nak buang undi. Ada pemilihan hmm, hmm. Alaaa. Aku tak ingat. Takpe. Besok aku hupdate k. Kalau rajinnnnnn. 😏

Lately, banyak sangat benda yang aku fikir. Kengkadang buat aku nangis sensorang. Nampak beno Allah rindukan rintihan hamba-Nya yang sorang nihhhhh. 😂

Bila Allah uji, tak semestinya dalam bentuk musibah. Kengkadang, dalam bentuk sesuatu yang tak dapat kita bayangkan. Ketenangan jiwa. Hati rasa tak tenteram. Macam ada something not wrong. Mungkin sebab dah lama tak "date" dengan Allah kannnnn. Sibuk sangat nak mengejar dunia. Hebat benar tarikan dunia ni.

Oh hatiiii 😣

posted from Bloggeroid

Karakter Anak Pertama

Semester ni, dapat banyak lecturer perempuan. And i guess, sorang je kut lecturer lelaki. Macam balas dendam rasanya. Yelah, dari part 1-6 most of our lecturer perempuan.

Dalam banyak-banyak lecturer perempuan, ada sorang lecturer ni ajar Operations Management (O.M). Kami panggil madam sebab beliau dah berkahwin dan sekarang sedang hamil. Masa sesi perkenalan diri dalam kelas, madam minta kami bagi nama, asal dan anak ke berapa dari berapa orang adik-beradik.

Lepas selesai sesi suai kenal, madam bagitaulah dia nak tau kami anak ke berapa sebab dari situ dia boleh tau karakter kami. Hulamakkk madam.

Aku? Anak sulung dari 7 orang adik-beradik. Karakter aku sebagai anak pertama, memang boleh ditemui dalam mana-mana artikel berkaitan karakter anak pertama. Tapi banyak juga rahsia pasal diri aku yang masih belum diketahui orang lain.

Jadi anak sulung dalam keluarga memang sesuatu yang sangat mencabar. Pernah juga aku merungut. Tapi tu dululah masa kecik-kecik lagi. Gaduh dengan adik perempuan nombor 2 sebab dia dapat apa yang aku tak dapat. Frust kot masa tu.

Banyak benda yang aku dah lalui sampai kengkadang aku nangis sensorang. Bukan tak ada kawan tapi itu salah satu perangai aku. Lebih suka berdiam daripada luah dekat orang lain. Ibu kadang risau dengan aku. Takut tekanan perasaan. Tapi aku selamba badak suruh ibu chill. InsyaAllah. Aku okey.

posted from Bloggeroid

Saturday, December 6, 2014

Pencarian Kasut Tumit Tinggi

Assalamualaikum.

Kelmarin ada kelas tapi lecturer tak masuk. Lepas setengah jam menunggu, akhirnya keputusan dibuat semua balik. Keputusan memandai. Kawan aku siap kata dia baca panduan entah apa. Kalau lepas setengah jam tunggu dalam kelas tapi takde lecturer masuk atau takde pesan apa-apa boleh balik. Err. Okey fine, jangan salahkan aku kalau info ni salah eh. Aku dah bagitau awal-awal ni.

Bila kelas dah cancel, aku dengan sorang kawan cadang nak ke Kota Kinabalu. Kengkonon nak cari kasut tumit tinggi. Yelah, lecturer dah pesan kuat-kuat suruh kitorang pakai high heels masa kelas dia. Hakak-hakak pakai tudung labuh dalam kelas mula nganga. Pheew! Membulat bijik mata. Dengan aku-aku sekali ikut nganga. Macamlah aku reti ber-heels kan?

Dekat Kota Kinabalu, tempat kitorang cari kasut tu di Centre Point (CP). Banyak juga kedai kasut dekat sana. Tapi harga jauh beza. Rasa macam nak jatuh bijik mata tengok harga. Harganya sama nilai dengan jumlah untuk makan seminggu aku dekat asrama tu.

Cari punya cari, aku ambil keputusan pergi kedai Doss je. Lagipun, dekat Doss sekarang sale. Bolehlah dapat kasut harga RM20 ke RM30. Memandangkan sale, comfirmlah kasut yang cecantik habis dulu kannnn. Ada pun yang cantik, saiz pula takde.



Haa, macam kasut tu. Aku berkenan. Minta saiz yang aku nak. Dah habis katanya. Rasa nak meraung je. Lagipun, harga kasut tu murah. RM20. Kira okeylah memandangkan aku masih pelajar. Lagipun, bukan nak pakai tiap hari pergi kelas. Hampa sungguh rasanya bila saiz kasut yanh padan dengan kaki aku dah sold out.

Cari pula dekat kedai lain. Kalau tak silap Vincci kot. Kawan ajak tengok dekat situ. Kedai dia atas sekali dekat Centre Point tu. Kitorang pergilah. Sampai kedai, perhhhh. Licin gilaaaa kasut. Serious ramai orang!! Kasut yang masih available pun dah tak cantik plus banyak yang jenis wedges je. Err, aku ada mention tak lecturer takmau kitorang pakai wedges? Haa, yup! Tak boleh wedges. High heels okey. Yang ada bertiang ditumit.

Kasut yang masih ada dekat Vincci tu dah tak cantik. Ada lah jumpa satu. Tapi entah kenapa hati masih berbelah bagi nak beli ke tidak. Kasut dah pegang tu. Saiz pun okey. Just harga macam tak berbaloi bagi aku. RM37 tapi design so, so je. Yang aku dok risau tu kalau letak balik, dan pergi kedai lain nanti ada yang kebas. Aku juga melepassss. But the end, aku tak beli kasut tu.

Kitorang ambil keputusan turun balik pergi kedai Doss. Agak lama aku dalam kedai tu. Rasa nak menangis pun hade. Pinggang dan belakang dah sakit. Tapi yang dicari tak jumpa lagi. Kawan aku suruh duduk dulu. Aku tau dia pun penat. Dalam mata dok melilau satu kedai. Tetiba mata aku fokus dekat satu jenis kasut. Cantikkkk bak angg. Tapi gilos tingginya. Aku hagak dalam 4 inch la macam tu. Harga RM30. Berbaloi gak lah aku rasa.

Aku cuba pakai kasut tu. Perhhh. Memang tinggi. Aku cuba jalan guna kasut tu. Nak gelakkan diri sendiri pun ada. Jalan macam tak boleh nak betul. Tanya kawan, dia kata okeyyyy. Aku cuba beberapa kali jalan guna kasut tu. Resultnyaa, bolehlaaaa. Ada warna hitam, coklat dan kelabu. Hati berkenan dengan warna coklat. Tanya kawan dia kata kaler hitamlah. Tak lah nampak sangat. Aku pun berdiri macam model depan cermin. Betul juga. Warna hitam tak nampak sangat.

Dan akhirnya aku jumpa kasut heelssssss yang agak gojesh plus harga yang sederhana. Fheew.



Hahaaa. Okeylah. Aku nak rehat. Tu je nak cerita. Baiii.

posted from Bloggeroid

Friday, December 5, 2014

Berniaga

Assalamualaikum.

Dah lama tak menulis dekat blog. Tapi rajin pula hupdate status di wechat. Sekarang aku dekat UiTM. Baru juga mula semester baru ni. Last semester insyaAllah.

Aku masih aktif menulis sebenarnya. Tapi bukan dekat blog. Dekat wechat je. Tu pun update ayat serba serbi ringkas. Takkanlah aku nak buat ayat sebaris update dekat blog kuttt??

Sekarang aku dah mula menceburi bidang perniagaan. Which is, i loikeee it. Ada wide shawl, ada bawal ruffle, bawal satin. Tak cukup tu, ada juga supplement, skincare, make up. Haa, kalau nak tengok-tengok. Aku galakkan uols check instagram dan akaun facebook.



Kalau untuk instagram, @d.hawabeauty

Eh, ehhh. Macam dah promote lah pulak kan?



Haa, tu kerja aku tadi. Buat iklan dan tempek dekat papan. Spread the loveeeee. Kalau dalam bilik ni, aku just sediakan servis print dan photostate. Oh, topup sekali. Kan aku agen topup. Kalau ada yang nak jadi agen topup, whatsapp aku lelaju k.

Nampak sangat kebizian aku di situ. Eloklah kan. Terisi juga masa-masa aku untuk bagi manfaat dekat orang lain. Tak adalah kerja aku berangan nak naik pelamin je kan? Muntah sebaldi.

Aku meniaga, bukan nak kaya. Bukan juga suka-suka. Tapi, kalau boleh aku nak tolong orang dan dalam masa yang sama orang pun tolong aku. Lebih-lebih lagi sekarang aku bergelar student. Tak nak mengharap duit ibu ayah je. Kena berdikari sikit. Alhamdulillah. Kesusahan mengajar aku untuk berusaha.

Sebenarnya, banyak lagi nak cerita. Tapi dah lewat sangat ni. Esok pagi aku ada kelas. Jam8. Kena bangun awal. Okeylah. Jaga diri uolssss.

posted from Bloggeroid