Siapa Tak Nak Duit?

Kita sembang pasal duit pula kali ni. Cakap pasal duit , rasanya
semakin lama kos sara diri dah semakin meningkat kan? Banyak benda
kena guna duit.


Okey , saya straight to the point ajelah. Macamna kalau tiba-tiba ada
orang nak pinjam duit korang? Banyak tak banyak , but dia still
pinjam. Agak-agak , korang pinjamkan tak?


Saya tau , ramai orang bila ada kawan atau siapa-siapa je yang nak
pinjam duit dia. Banyak hal yang dia nak fikir dan perlu dia ambil
tahu.


Siapa yang nak pinjam?
Berapa yang nak dipinjam?
Kenapa nak meminjam?
Bila nak bayar balik pinjaman?
Macamna nak bayar balik pinjaman? Secara ansuran ke? Sekaligus ke?


See , nampak sangat risau nak bagi pinjam duit dekat orang. Risau kena
tipu , risau kena lambat bayar.


Tapi sedar tak kita , rezeki itu dari Allah S.W.T? Kenapa perlu risau?


Okeylah , misal kata betul kena tipu. Fine. Tapi kita mana tau kan?
Orang datang bagitau kita kata nak pinjam sebab ada hal emergency.
Takkan kita nak siasat sampai lubang cacing?


"Dia memang kaki penipu. Dulu pun pinjam duit orang lain , sampai
sekarang tak bayar lagi."


Okey , fine. Sudah terang lagi bersuluh. Tapi , kita manalah tau kalau
kali ni dia memang betul-betul memerlukan pertolongan kita kan?
Mungkin Allah sedang menguji dia , dan kita pula diuji oleh Allah
untuk melihat sejauh mana rasa ingin membantu sesama manusia tu ada
dalam diri kita.


Selain tu , kalau kita masih risau juga sebab nilai wang yang nak
dipinjam tu terlalu besar. Bolehlah memohon diberi petunjuk oleh Allah
S.W.T. Kerana DIA lebih mengetahui sedang kita tidak melainkan diberi
sedikit pengetahuan.


Kalau ada rezeki lebih tu , apa salahnya kongsi-kongsi. Cukup takat ni
lah dulu. Mungkin saya ada tertinggal mana-mana point penting. Maaf.
Ini cuma pendapat express dari saya. Mean , menaip idea yang sepintas
lalu di kepala.
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
aizamia3
admin
November 27, 2012 at 1:31 PM ×

tak berani nak memberi pinjam pada sebarang orang.. walau tak pernah kena tapi tetap berhati-hati..

Reply
avatar
maszull
admin
November 27, 2012 at 3:54 PM ×

assalamualaikum tia...betul tu kena jaga2kan...;)

Reply
avatar