Walau Sedih , Bahagiakanlah Orang Lain

Kita mungkin tak dapat apa yang kita nak dan bergembira dengannya.
Tapi kita boleh bahagiakan orang lain dengan apa yang kita ada. Faham
tak? Okey saya bagi contoh yang mudah. Ini situasinya.


Saya ada sorang adik perempuan. Dialah satu-satunya adik perempuan
yang saya ada. Suatu hari , dia minta ibu saya belikan dia handphone.
Handphone tu cantik. Canggih pula. Mestilah timbul keinginan dalam
hati untuk memilikinya. Adik perempuan saya beriya sangat nak
handphone tu. Saya dapat rasa dia memang dah nekad dengan
keputusannya.


Nak tak nak , ibu saya kena belikan juga sebiji untuk dia. Ibu nak
belikan untuk saya juga. Yelah , sejak kecil apa dia dapat saya dapat.
Apa saya dapat dia pun dapat. Cuma kali ni keadaan tak mengizinkan apa
dia dapat , saya pun dapat. Sebab ibu kata duit tak cukup nak beli
dua.


Saya faham. Saya kena mengalah. Takkan saya nak susahkan ibu saya.
Dengan redha , saya kata dekat ibu "takpalah bu. Beli untuk angah
jelah. Nanti lepas along dah habis belajar , dapat kerja , along beli
sendiri."


Walaupun sedih , saya akur. Saya istighfar banyak-banyak. Saya
bersangka baik dengan Allah S.W.T..


"Aku mungkin tak dapat apa yang aku nak , tapi Allah akan bagi apa
yang aku perlu."


Dan aku yakin , Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Hanya
Allah maha mengetahui.


Lepas beli handphone tu , kami terus pergi supermarket. Dekat Mydin.
Saya ada sorang lagi adik kecil. Dia minta saya belanja. Nasib baik
saya masih ada baki duit simpanan. Saya tanya apa dia nak. Kami pun
pergilah cari. Lepas bayar barang-barang yang dia nak , saya nampak
adik saya gembira sebab apa dia nak akhirnya dia dapat.


Bila tengok dia gembira macam tu , saya pun ikut senang. Kesedihan
yang saya rasa tadi beransur hilang. Inilah yang saya maksudkan dengan
membahagiakan orang lain bila kita kesedihan :')
Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
November 28, 2012 at 2:38 PM ×

kak, tp kenapa kalau kwn2 sy gembira tanpa sy sy rasa cemburu.

Reply
avatar
November 28, 2012 at 3:09 PM ×

Alahai. janganlah sampai macam tu. dari ayat kamu yang akak baca , seolah-olah kamu bergantung dengan mereka , kawan-kawan kamu. kenapa perlu cemburu bila mereka gembira tanpa kamu? kita boleh buat orang rasa kepentingan kita bila bersama mereka. tapi , kita tak boleh memaksa.

akak pun kalau boleh nak kawan-kawan akak tercari-cari kakak bila akak takde dengan dorang. takpelah. kita just buat baik dengan orang tanpa harapkan balasan okey?

kawan yang baik , mesti tahu untuk menghargai kawannya lain. semoga Allah berikan kamu sahabat sejati yg baik untuk dunia dan akhirat.

maaf kalau akak tak menjawab soalan kamu dgn baik ye :)

Reply
avatar
maszull
admin
November 28, 2012 at 4:12 PM ×

assalamualaikum tia...betul tu membahagiakan org lain buat hati kita lebih senang...:)

Reply
avatar