Sandakan , Sabah! Tunggu Kepulanganku

Mentang-mentang dah boleh update selalu , rajin lettew meng-update.
Hehe. Seronok juga update blog guna handphone ni. Tapi tu lah.
Keseronokkannya agak terhad terutamanya bab upload gambar dan
blogwalking. Yes! Tak semua blog dapat saya terjah dek kerana ada
function yang menyukarkan saya untuk tinggalkan jejak. Maaf ye.


Pejam celik , tak lama lagi rupanya saya dengan keluarga nak balik ke
Sabah. Adalah dalam lebih kurang 5 , 4 hari macam tu. Haa , di
hari-hari yang dah dekat kepulangan kami ni memang sensitif untuk
nenek saya yang merangkap mak kepada ayah saya. So , kami adik beradik
tak boleh gatal mulut cakap-cakap pasal nak balik. Kang dapat tamparan
percuma. Haha. Takdelah. Melampau tu.


Kamilah satu-satunya cucu dia yang tinggal jauh berbatu. Dah tu jarang
pula dapat balik bercuti. Kadang masalah cuti , kadang masalah tiket.
Ikut rezekilah. Kalau ada , sampailah kami ke tanah semenanjung. Kalau
tak , tak lah. Tu pasal bila dapat je peluang balik , ayah terus ambil
sampai sebulan. Walaupun sebenarnya taklah sampai sebulan pun.


Banyak dugaannya kahwin dengan orang jauh ni. Sabah-Semenanjung. Tapi
alhamdulillah. Ibu dan ayah saya kuat. Syukur pada Allah yang memberi
kekuatan pada mereka. Dan bertambah kesyukuran bila Allah jadikan saya
anugerah buat mereka. Okey fine. Dah nak start touching ni. Hehe.


So , Sabah .. Wait for me! 1 hb. Padan muka sebab 3 hb kuliah dekat
UiTM dah mula. =='
Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
alien
admin
November 27, 2012 at 8:55 AM ×

oh, duduk sabah rupenya.. jauh ya

Congrats bro alien you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar