Tips Membeli Laptop

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Petang tadi ibu ajak keluar. Rancang nak tengok laptop. Lepas misi banding membanding antara 3 buah kedai berlaku, akhirnya berjaya juga angkat sebuah laptop. Sebenarnya, laptop lama saya dah rosak. Kos nak baiki hampir sama macam beli baru. Bincang punya bincang, akhirnya semua bersetuju saya beli laptop baru.

Saya ambil jenama 'acer' juga. Sebab ni aje yang saya nampak murah. Yang lain, terbeliak biji mata tengok harga. Lagipun, saya beli laptop guna untuk belajar aje.

Bukan tak boleh pinjam dari kawan-kawan. Tapi saya faham, mereka pun nak guna juga. Jadi, beli sendiri lebih baik bagi saya. Rosak ke, apa ke, tak payah risau. Laptop sendiri. Kalau rosakkan laptop orang, tak ke menyusahkan orang.

Kenal Pasti Kedai yang Menjual Murah
Pertama sekali, cari kedai yang anda sedia maklum menjual laptop dengan harga yang murah. Tanyalah siapa-siapa yang anda rasa tahu mengenainya. Macam saya sendiri, ibu yang mencadangkan tiga buah kedai sebab ibu sangat pakar dalam mengesan kedai yang murah. Ibu saya sangat awesome. Senyum.

Bandingkan Harga
Nak beli laptop ni kena pilih betul-betul. Kaji harga sebaik-baiknya. Produk sama, kualiti sama, tapi harga berbeza. Saya akan pilih yang paling murah. Sayangnya, ketiga-tiga kedai yang saya pergi tadi, menjual laptop dengan harga yang sama. Sukar bagi saya untuk membuat pilihan. Kalau anda berdepan dengan masalah seperti saya. Kita ke langkah seterusnya pula.

Freegift yang Ditawarkan
Setahu saya, bila beli laptop yang baru di kedai, mereka akan menyediakan hadiah percuma. Saya agak, mungkin ianya salah satu taktik untuk menarik perhatian pelanggan. Lain kedai, lain freegift yang disediakan. Macam saya tadi, ketiga-tiga buah kedai tersebut menyediakan freegift yang betul-betul berbeza. Dan saya memilih kedai yang menyediakan freegift yang banyak. Senyum comel.

Ada 15 semuanya. Alhamdulillah, kesemua freegift yang disediakan memang berguna bagi saya. Antaranya termasuklah tetikus, alas tetikus, pendrive, card reader, getah lutsinar untuk melindungi keyboard dari dimasuki habuk, beg galas acer dan lain-lain.

Bila nak pilih freegift tu, pilihlah ikut kegunaan. Jangan tengok kuantitinya yang banyak saja.


Nampak tak alas tetikus tu? Angry bird! Adik bongsu saya awal-awal lagi dah booking.

Kekurangan Laptop Saya
Setiap kelebihan, pasti terselit sedikit kelemahan. Laptop yang saya beli pun macam tu juga. Salah satu kekurangannya ialah, tak ada lesen. Maknanya, laptop ni hanya boleh digunakan di Sabah sahaja. Tak boleh bawa keluar dari Sabah. Tak boleh bawa pergi Semenanjung. Tapi saya tak risau sangat. Lesen boleh beli. Harganya lebih kurang RM200 ke RM300 lah macam tu.

Setakat ni saya tak terfikir lagi nak keluar dari Sabah. Jadi, lesen tu tak penting sangat buat masa ni. Ada duit lebih nanti saya belilah lesennya. Tu pun kalau agak-agak nak ke tanah Semenanjung lah.

Kedua, masalah bluetooth. Tadi masa tanya kakak dekat kedai tu, dia kata ada bluetooth. Sampai rumah, godek-godek sikit. Tak bolehlah pula nak bluetooth. Tak taulah kalau saya yang tak reti. Nanti nak cubalah lagi.

Nasihat dari Ayah Tercinta
"Along jaga baik-baik laptop ni ye..."

"Baiklah bos..." Senyum manja dekat ayah.

Usikan dari Adik-beradik
Bukan adik beradik ye kalau tak ada sesi sakat menyakat. Enam orang adik saya betul-betul perli saya dengan laptop baru ni. Terutamanya adik perempuan yang nombor dua. Rasa nak lempang laju-laju aje.

Pesanan Buat Diri Sendiri
Sejujurnya, saya gembira sebab akhirnya dapat merasa ada laptop sendiri. Macam seorang ibu yang menjaga babynya dari kecil sampai besar. Sebelum ni saya dapat laptop second-hand yang bateri dah out, sistem dah low. Kali ni dapat yang fresh punya. Guling-guling gembira.

Lepas ni bolehlah saya melakukan aktiviti menulis bila-bila masa saya nak. Impian nak menghasilkan sebuah buku sendiri masih tersemat rapi dalam hati.

Laptop ni hanya barangan untuk dunia. Tak boleh bawa masuk kubur! Cinta laptop=cinta dunia. Cinta yang melebihkan Allah s.w.t hanya sia-sia saja. InsyaAllah, saya akan manfaatkan barangan dunia ini untuk mencari bekalan di akhirat nanti. Allah :'(

Cukuplah sampai sini.
Previous
Next Post »

12 Comments

Click here for Comments
Tinta Lana
admin
June 5, 2013 at 7:56 PM ×

Salam.

Tia..ibu tia sgt awesome yea,hehehe, senyum jugak :)

Di Kuala Lumpur, biasanya, akak ke plaza Low Yat untuk cari laptop. Laptop kami dua beradik pun beli kat sana. Plaza ni pusat sehenti segala mcm gadget. Ckp je nak gadjet apa, insyaAllah ada. Bhsa mudahnya, tinggal bwk duit n pilih je tia :)

Jgn lupa tgk juga maklumat2 spt CPU jnis apa yg diguna, memory brapa, OSnya apa, pastu sbg student akk rsa, ant yg penting, HHD nya..brapa bnyk hard disc tu leh simpan. Seingat akak la, tak ckup hdd, pendrive pun bnyk beli, pastu external lagi,hahahaha, asyik tak muat je kan. Dah, semua benda kalau leh nak simpan,ekekeke

Reply
avatar
Unknown
admin
June 5, 2013 at 10:22 PM ×

waalaikumussalam.

wah! info yang superb! kak, hehe. tia tak reti tengok yang tu. alahaiii. kalau akak duduk dekat sini, tia jemput akak dekat rumah bawa jalan cari laptop yang sesuai. hehe..

Reply
avatar
reenapple
admin
June 5, 2013 at 11:17 PM ×

Laptop. Dah lama tak ambil tahu.. hehe. Aku beli laptop tahun 2010 kot.. dah lama tapi nampak macambaru.. ehehe :)

Reply
avatar
Nina Mads
admin
June 7, 2013 at 12:56 AM ×

selalu kalau beli laptop mesti tgk pelekat pink kt bwh itu tndanya windows ori..hehe

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
June 7, 2013 at 8:25 PM ×

Salam.

akak pun bukan reti sgt, hehehe, biasanya tnya dak laki bila bab gadget2 ni, diorg biasanya lagi reti kan, hehehe

Reply
avatar
Syat0za Zai
admin
June 8, 2013 at 3:37 AM ×

sokong komen tu jugak. spesifikasi komputer lagi2 la penting :)
OS
processor
ram
graphic card
dll~

best la akak ada laptop baru..hee
jaga bebaik yaa :) *macam pesanan ayah akak tu..hee

Reply
avatar
Anonymous
admin
June 10, 2013 at 7:06 PM ×

baru saja kehilangan laptop yg berjasa selama 3 tahun.
disebabkan cik Gee ni duk kat KL, haruslah menapak kt Plaza LowYat mencari lappy baru.

but, because tak buat research dulu sblm nak beli, eventually bila g sana jadi rambang mata tak tahu nak pilih yg mana.

now, alhamdulillah, dpt gak beli lappy yg awesome. yg penting, kaler dia Pink.


muehehehehe...

thanks for the info tia. maybe next time I will use it. :)

Reply
avatar
Tengkubutang
admin
June 13, 2013 at 2:43 PM ×

fuh.. suka tang bab free aksesori tuu.. hu3.. geram bila mintak aksesori kata xde..

Reply
avatar
June 14, 2013 at 3:19 PM ×

info yg bgus ni dik.
semoga brguna pada yg sedang mencari laptop

Reply
avatar
m
admin
June 15, 2013 at 12:47 AM ×

nice info tia! betul, kalo mya suka survey n compare specs, harga, freegifts, suma bebaloi or x. hee

Reply
avatar
ary_lee
admin
June 15, 2013 at 1:51 PM ×

Usikan dari adik-beradik pon tips ke? HahahaXD
Okeyh.. okeyh.. ary faham sebenarnya apa tia nak maksudkan. cuma nak usik^^


ary pon macam Lana. Benda paling penting adalah ary akan tgok spec dia. buat research sket lah. Kalau tak reti, kena amek tahu. so that, tak kena tipu in the future^^

Reply
avatar
Ooh Deo
admin
July 3, 2013 at 4:16 AM ×

Beli laptop mmg nk kena ade lesen? Lesen ape tu?

Reply
avatar