Moga Kau Istiqomah Adik

"Kakak, jam berapa waktu Zohor habis?"

Kakak yang tengah basuh pinggan tersentap dengar soalan adik.

"Mmm... Sebelum pukul 3."

Kakak tak tanya lebih-lebih. Tapi kakak dapat rasa sesuatu.

"Okey kak," kata adik sebelum dia berlalu pergi.

"Ya Allah, Kau lembutkanlah hatinya." Kakak berdoa sungguh-sungguh dalam hati.

***

Adik bersiap. Kakak tak tanya banyak.

"Kak, aku nak pergi surau dulu."

Hati kakak sudah mulai sebak. Tapi ditahannya.

"Yelah. Kau jangan main dekat surau. Hati-hati." Pesan kakak.

"Moga kau istiqomah adik." Perlahan kakak bersuara selepas adik menutup pintu rumah mereka.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Diana Rashid
admin
October 30, 2014 at 5:45 PM ×

kat sana memang zohor awal eik?Mesti kalau subuh tu tergesa2 la..heheh

Reply
avatar
Gee Lion
admin
October 31, 2014 at 2:29 PM ×

InshaAllah.. moga adik akan istiqamah menunaikan kewajibannya..

as salam cik Tia, lama cik Gee tak singgah sini. harap sihat2 ajer ^_^

Reply
avatar