Assalamualaikum.
Keinginan hati, mahu saja rasanya publish entri 10 kali sehari. Namun, memikirkan bahawa bukan lidah sahaja yang berbisa tapi kata-kata yang diluahkan melalui mata pena juga bisa menghiris hati-hati yang ada. Boleh jadi dosa penulis ikut bertambah bila apa yang ditulis bukan memberikan manfaat pada empunya diri malah memudaratkan pembacanya.
Acapkali jari menari-nari di atas kekunci. Kemudian bila digerakkan hati untuk membaca semula apa yang ditulis, laju sahaja butang backspace ditekan. Ini bukan berlaku sekali dua. Tapi berkali-kali sehingga membuatkan diri berdiam seketika dari menulis.
Mungkin ianya isyarat yang disampaikan melalui gerak hati.
Sesekali, muhasabah diri. Atas tujuan apa menulis. Sekadar suka-suka? Atau apa? Bimbang juga rasanya kalau-kalau ada yang tersinggung dengan kata-kata yang bebas bertebaran di kanvas maya ini. Padahal, tiada langsung niat di hati untuk melakukan hal yang sedemikian. Bimbang juga andai ianya menjadi ikutan sedangkan ia bukanlah perkara yang harus dicontohi.
Mungkin terlebih bicara agaknya. Terlebih meluahkan rasa sehingga melepasi batas-batas yang sepatutnya. Terlalu ghairah mengharapkan sesuatu. Alangkah bahagianya bagi mereka yang menulis hanya kerana Allah s.w.t semata-mata.
Tiada apa yang diharapkan selain keredhaan-Nya.
Sama-sama berdoa semoga apa yang disampaikan bukanlah penyebab dosa kita makin bertambah. Malahan biarlah ia diterima sebagai satu ibadah di sisi Allah s.w.t..
Syukur ditemukan blog yang "memanah" sanubari. Ia punya auranya tersendiri. Kelembutan yang disampaikan penulis benar-benar terkesan di hati. Kelembutannya terasa bukan kerana ayat berbunga yang digunakan. Tapi terasa betapa penulis benar-benar menulis dari hatinya yang tak lain tak bukan. Mendekatkan setiap hati-hati pembaca dengan Allah, penciptanya, pencipta kita.

ConversionConversion EmoticonEmoticon