Muslimah Bukan Pemarah

"Adik, kalau kau nampak muka aku macam nak makan orang masa basuh pinggan. Atau bila kau bercakap dengan aku, tapi reaksi aku macam nak menampar orang. Kau sabar okey."

"Pehal pula kau macam tu kak?"

"Sebab masa tu angin aku tak berapa nak baik. Aku tak suka buat kerja orang."

Adik tersengih. Dia tahu. Basuh pinggan kerjanya. Tapi dia bagi kakak. Nak tak nak, kakak kena ambil. Kalau tidak siapa lagi nak basuh? Jiran sebelah?

"Okey kak."

Kakak sambung.

"Aku diam bukan sebab aku maki kau dalam hati. Tapi aku beristighfar. Aku tau aku tengah marah. Kalau aku tak istighfar dan ingat Allah, semua pinggan tu akan terbang kau tau?"

Muslimah itu baru berhijrah.
Perlahan-lahan dia berubah.
Sifat muslimah bukan pemarah.
Jadi beristighfar mengingati Allah.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Diana Rashid
admin
October 29, 2014 at 3:47 PM ×

terasa betul akak baca entry nih..sebab akak ni seang sangt nak marah..benda kecik2 pun boleh buat darah naik sampai ke kepala..heheh...

Congrats bro Diana Rashid you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar