Kenapa Buat BLOG?

Assalamualaikum. Dah lama Tia tak update blog. Sibuk sangat dengan pelajaran. Tapi memandangkan hari ni cuti, so Tia ambiklah kesempatan ni untuk update blog :)) Dah baca tajuk entri tak? Kenapa buat BLOG? Kenapa korang buat blog hah? Siapa yang dorong korang untuk buat blog?

Tia tertarik nak buat entri ni sebab ada sorang blogger yang Tia syak baru (berdasarkan entrinya yang masih sikit dan boleh dikira) boleh sampai ke blog Tia ni. Tia pun tak tau macamana dia boleh sampai ke blog Tia.

Lepas godek-godek blog beliau, then Tia terfikir. Macamana dia tau pasal blog ni? Siapa yang ajar dia berblog?

Kalau Tia, Tia masih ingat lagi macamana Tia mula berkenalan dengan blog ni. Masa tu Tia tengah tengok satu cerita. Dalam cerita tu, heroin ada meluahkan perasaan dia dalam blognya masa tengah berlakon tu. Start situ Tia buka internet dan cari tahu pasal blog. Akhirnya, selepas beberapa lama lepas tu Tia taulah selok belok dunia blog even tak lah professional sangat.

Tia tak ingat cerita apa. Kalau tak silap, Semerah Cinta Stilleto kut. Lisa Surihani yang heroinnya tu. Kalau betul ada scene tu, memang dari cerita tu lah. Kalau tak ada, citer lain kut. Tak rugi langsung masuk dunia blog ni dan belajar menjadi seorang blogger :))
Previous
Next Post »

15 Comments

Click here for Comments
Lia Irdelia
admin
January 8, 2012 at 3:05 PM ×

mcm2 sebab org buat belog kan?

mcm saya,
terhasilnya belog bila adanya desakan menulis dari jiwa.. hehe

Reply
avatar
Ujie Othman
admin
January 8, 2012 at 3:07 PM ×

akak mula berblog sbb suami suruh. dia rajin baca blog tapi takmo ada blog sndiri. akak taktau apa2 psl blog..mulakan dgn baca blog org sbg panduan.

*ni tajuk masa awal2 akak buat entry..^__^

Reply
avatar
Anonymous
admin
January 8, 2012 at 3:10 PM ×

gee start kenal blog sejak suka godek2 internet kat cc. hehe. cam best je.. mase memula main blog, entri cm budak2. blog pon berat cam batu sebab gee decorate mcm2.. haha..

skang da belajar dari blogger lain dan pengalaman sendiri, baru taw blogging ni kena ikhlas dari hati.

dan blogging pon bukan main ikut sedap hati je walaupun suka menulis entri peribadi.. kan kan? ngee~~

Reply
avatar
Sya
admin
January 8, 2012 at 3:26 PM ×

ceh, x sngke cerita mmpu mempengaruhi.. hakhak ;)

Reply
avatar
amirahyusoff
admin
January 8, 2012 at 4:12 PM ×

saya minat blogging sejak tengok kakak saya sibuk edit blog ;)

Reply
avatar
Anonymous
admin
January 8, 2012 at 5:28 PM ×

era mula buat blog sebab era tengok 3 orang kawan era ni dah buat blog . jeles tau tengok blog diorang tu comel2 belaka . macam yang kak gee cakap , mula2 tu , memang blog era memang berat giler nak loading . habis segala tuto yang ad kat dalam blog kak lyssa tu era try . hehe . pastu rasa tak puas hati , gatal tangan nak try guna template lain . template free tu , yang copy2 code tu . pas tukar template tu , template ni , blog era hancur sehancurnya . blog tu terpaksa didelete dan wujudnya blog yang kedua iaitu blog sekarang . hehe .

> dijadikkan iktibar buat era iaitu : jangan gegatal tangan nak tukar template . skang ni lebih selesa guna template denim >.< . tak tukar lagi ke shoutbox tu kak ?

Reply
avatar
Anonymous
admin
January 8, 2012 at 6:13 PM ×

Mula blogging sebab suka dengan HTML. Lagi pula ada beberapa kawan yang membantu dan beri sokongan. :)

Reply
avatar
The Fakhirin
admin
January 8, 2012 at 6:41 PM ×

blogging sebab saj nk share something...yg lain xtahula..sbb saja2 kot...

Reply
avatar
hazz death
admin
January 20, 2012 at 6:54 PM ×

buat blog semata2 mo bljr design laman web, ya memang dua bnda tu berbeza, laman web n blog. tapi dari sini la tau serba serbi, mengenai laman web n etc. hehehe

Reply
avatar
January 30, 2012 at 10:01 PM ×

Akak juga suka berblog. macam Tia....kosek punya kosek(jalan2 lah....) jumpa blog Tia!!!! Salam perks Alan ya.

Reply
avatar
February 12, 2012 at 9:22 AM ×

saya start sebab time tu kwn semua ada blog. so, sibuk nak ikut2. dulu personal la. cerita emosi bagai. kanak2 lagi kan. sekarang tidak lagi. hee. :)

Reply
avatar
February 12, 2012 at 9:22 AM ×

saya start sebab time tu kwn semua ada blog. so, sibuk nak ikut2. dulu personal la. cerita emosi bagai. kanak2 lagi kan. sekarang tidak lagi. hee. :)

Reply
avatar
February 17, 2012 at 6:19 PM ×

nape buat blog? sbb suke skodeng blog orang. sambil tu dapat ilmu , gosip baru . dapat luahkan perasaan. banyak function blog nie sbnrnye. tahap gune blog nak kaya.. emmm. tu blom lagi :)

Reply
avatar
cik su
admin
February 21, 2012 at 10:31 PM ×

salam, akak pulak start buat blog sendiri sebab nak share hobi ngan kawan2 sehobi yang lain... share something tapi bila ada blog rasa sesuatu macam tempat utk meluahkan perasaan. walaupun tak nampak tapi mcm terasa plak. bagi yg sehobi ngan saya yang suka pokok manik bonsai, mailah singgah kat blog saya di http://akudanmanik.blogspot.com

Reply
avatar
Unknown
admin
March 9, 2012 at 9:52 PM ×

buat blog sebab tgk ramai blogger yg kene saman fitnah artis...haha..nak perbetulkan balik niat blogger yg hilang niat baik jd blogger...

Reply
avatar