Cukup Cantik di Mata Suami

Assalamualaikum.

Ada orang tanya "kenapa tak letak gambar?"


Soalan pasal gambar tu selalu merujuk pada gambar dekat facebook , twitter mahupun blog.


Saya tak letak gambar sebab saya ni terlalu cantik! Terlalu cantik sampai tak sanggup nak buat iman lelaki goyah bila tengok gambar saya tu. Haha! Gile berani buat statement kan? :D


Sebenarnya saya tak cantik mana pun. Tapi saya bersyukur dengan anugerah yang Allah bagi. Cuma , tak sanggup rasanya nak biarkan wajah saya ditatap oleh lelaki-lelaki asing yang langsung saya tak kenali. Terutamanya lelaki-lelaki yang ada penyakit dalam hatinya.


Cukuplah saya cantik di mata suami saya saja :)


Janganlah kita terlalu mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan untuk terus mempamerkan wajah-wajah dan aksi-aksi kita (terutamanya kaum hawa) pada lelaki-lelaki yang tidak kenal siapa dan apa niat yang ada dalam hatinya.


Renung kembali dan fikirkan semula. Apa tujuan kita meng-upload gambar-gambar di laman-laman sosial ni? Apa faedah yang kita dapat?


Semakin banyak gambar-gambar kita tersebar dan dilihat lelaki-lelaki asing , semakin rugi kita. Kenapa rugi? Fikirkan sendiri :)



Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Amanina
admin
April 21, 2013 at 10:22 PM ×

suka entry awk nie.. heheh
smoga bertemu jodoh yg baik2 :)

Reply
avatar