Cerpen : Egonya Cinta (2)

Assalamualaikum.

Alamak , dah lama cerita ni tergantung. Hehe. Ini adalah sambungan dari Egonya Cinta yang pertama. Nak baca , boleh klik Egonya Cinta. Selamat membaca cerita yang tak seberapa ini.

***

"Mama , Qaseh nak keluar dengan Yana. Nak teman dia beli hadiah." Qaseh meminta izin dengan puan Yusni, mama tersayangnya.


"Tapi balik awal ye. Makan malam dekat rumah." Ujar puan Yusni


"Okey ma. Qaseh pinjam kereta abang Ikmal. Nanti mama tolong bagitau dia eh." Qaseh mencium kedua-dua belah pipi mamanya.


Kunci kereta yang bergantung di belakang pintu dicapai. Puan Yusni hanya memandang anak gadisnya pergi hingga hilang dari pandangan matanya. Hanya Qaseh menjadi harapan buat dia dan suaminya, encik Syamsul.


"Kereta kau rosak lagi eh Qaseh?" Soal Yana. Melihatkan kereta yang digunakan Qaseh , dia tahu itu pasti kereta Ikmal. Qaseh pernah memberitahu , dia tidak akan pakai kereta abangnya kalau keretanya tidak bermasalah.


"Macam biasalah Yana." Balas Qaseh ringkas.


"Mean , kau dah kena ganti kereta baru lah tu. Apalagi , bodeklah abang Asyraf tercinta kau tu." Seloroh Yana diiringi dengan pandangan mengusik.


"Ish kau ni. Tak nak aku. Asyraf tu kerja pun baru lagi. Takkan nak minta macam-macam dekat dia. Lagipun , aku dengan Asyraf krisis lah sekarang. Semuanya gara-gara aku nak tengok handphone dia lah." Akhirnya Qaseh meluah. Tidak tahan rasanya memendam sendiri. Seseorang perlu mendengarnya.


"Kenapa? Apa yang jadi?" Soal Yana ingin tahu.


"Nanti aku cerita. Apa kata kita pergi kafe Ceria dulu?" Cadang Qaseh.


"Boleh juga. Haa tu tempat kosong. Cepat. Nanti orang lain kebas pula." Liar mata Yana melihat keadaan sekeliling memastikan tiada kenderaan lain yang berdekatan. Bimbang diambil orang. Bukan apa. Sebelum keluar rumah tadi perutnya belum menjamah apa-apa pun. Cadangan Qaseh untuk pergi kafe Ceria disambut gembira.


Lagipun , bukan dia tidak tahu kawasan itu memang sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta yang kosong. Entah apa saja mereka belanjakan sehingga berjam-jam mamarkir kereta.


Qaseh memecut sedikit laju memandangkan keadaan jalan raya yang kelihatan agak lenggang. Tapi tiba-tiba ...


"Qasehhhhhhh !!!"


Dup dap , dup dap. Qaseh membuka mata perlahan.


"Hoiii! Buta ke?" Kelihatan ada seorang perempuan yang seksi berdiri betul-betul di hadapan kereta yang dipandu Qaseh. Tingkap kereta berbuka. Jadi Qaseh boleh mendengar dengan jelas jeritan perempuan tersebut.


"Ya Allah Qaseh. Kenapa kau ni?" Yana memegang bahu Qaseh. Dia juga terkejut dengan kejadian yang baru berlaku. Qaseh hampir melanggar seorang wanita muda.


Pintu kereta Qaseh dibuka oleh perempuan tadi.


"Eh , kau keluar sini." Herdik perempuan tersebut. Dia menyentap lengan Qaseh dengan kasar.


"Maafkan saya cik. Saya betul-betul tak sengaja." Bergetar nada suara Qaseh. Dapat dirasa kelopak matanya mula berair. Bukan kerana diherdik tapi terkesan dengan kejadian tadi.


"Apa maaf maaf? Kau ingat nyawa aku ni tak ada harga? Kau letak mana mata kau tu?" Ternyata perempuan tadi masih tidak berpuas hati dengan Qaseh.


"Eh , aku kenal kau ni. Kau lah Qaseh. Kekasih Asyraf Aman. Berjumpa juga kita dekat sini ye." Perempuan tersebut tersenyum sinis memandang Qaseh.


"Sudahlah tu. Kan dia dah minta maaf. Kau ingat dia sengaja ke langgar kau?" Yana tiba-tiba mencelah. Perempuan itu biadab. Takkanlah Qaseh sengaja mahu melanggar orang. Perkara itu tidak disengajakan. Kenapa harus terjerit-jerit, terpekik-pekik. Sakit hati Yana melihat perilaku perempuan yang berpakaian seperti tidak cukup kain itu.


"Yana , dahlah ..." Qaseh cuba menenangkan Yana. Bukan dia tidak tahu perangai Yana. Kepala angin. Lagi-lagi bila berdepan dengan perempuan yang biadab seperti itu.


"Perempuan ni tengking-tengking kau. Macamlah kau sengaja nak langgar dia. Jangan berlembut sangat Qaseh." Yana menjeling perempuan itu.


"Hah! Betullah kau Qaseh. Aku tak silap. Hei Qaseh! Kau dengar sini ye. Asyraf tu bakal tunang aku. Kau tak payah nak menggatal dengan dia lagi. Kau faham tak?!"


Hampir jatuh terjelopok Qaseh mendengar perkataan bakal tunang itu. Apa yang sedang berlaku sekarang? Siapa perempuan tadi? Apa kaitannya dengan Asyraf?


***


"Dahlah Qaseh. Jangan menangis lagi. Aku tak suka tengok kau menangis." Yana turut terasa hati melihat Qaseh menangis. Bukan sekali dua Qaseh menangis gara-gara Asyraf. Yang ini entah kali ke berapa Yana sendiri tidak tahu. Belum lagi dikira bila Qaseh menangis di belakangnya.


"Aku sakit hati Yana. Patutlah hubungan aku dengan dia dingin je sejak akhir-akhir ni. Petanda rupanya." Teresak-esak Qaseh menahan tangisnya. Dia sudah tidak peduli dengan orang sekeliling. Tapi mujurlah kafe Ceria itu tidak ramai pelanggannya. Lagi pula kedudukan tempat duduk mereka agak jauh tersembunyi di satu sudut.


"Sabarlah Qaseh. Eee. Ikutkan hati , nak aje aku lempang-lempang terajang-terajang si Asyraf tu. Dasar playboy! Aku ingatkan dia boleh berubah. Makin menjadi-jadi adalah. Sakit hati aku ni."


"Cik , ini dia pesanan yang cik order tadi."


Qaseh cepat-cepat menyapu airmatanya bila mendengar suara seorang lelaki. Tidak mahu dia mengangkat muka menunjukkan wajahnya yang basah dek airmata itu. Qaseh hanya menunduk.


"Terima kasih." Ucap Yana sambil mengukir senyuman.


Bila menyedari lelaki tersebut sudah pergi , cepat-cepat Qaseh mencari tisu di dalam beg tangannya.


"Qaseh ..." Panggil Yana. Sekeping nota kecil berwarna biru tertulis perkataan "Untuk Qaseh" dihulurkan oleh Yana. Yana juga tidak menyedari kertas kecil itu. Dia menyangka itu adalah bil. Melihat nama Qaseh yang tertera meyakinkan dia nota itu memang untuk Qaseh.


"Apa ni?" Soal Qaseh sambil mengambil nota tersebut dari Yana. Qaseh membuka kertas kecil yang berlipat dua itu. Qaseh membaca dengan teliti.


"Don't sad, there's always someone who still care for you :)"


Qaseh kehairanan melihat kertas kecil itu. Dari siapa? Qaseh memandang Yana. Yana juga mengangkat bahu tanda tidak tahu menahu.


Tiba-tiba telefon bimbit Qaseh berbunyi.


"Assalamualaikum ma. Qaseh dekat kafe ni dengan Yana. Okey kejap lagi Qaseh balik." Qaseh mematikan panggilan.


"Yana jom balik. Mama aku suruh balik sekarang. Papa aku dah balik. Nanti ajelah kita cari siapa yang bagi note ni." Hasrat untuk mencari pengirim nota kecil itu terpaksa dimatikan. Qaseh perlu bergegas pulang ke rumah. Wang kertas berjumlah RM10 Qaseh tinggalkan di atas meja.


***

Previous
Next Post »

4 Comments

Click here for Comments
reenapple
admin
April 30, 2013 at 6:57 PM ×

Adoih.. tergantung lagi ek.. Wuwuwuwuw. Mohon sambung. Hiks.

Tetiba aku harap aku lah Qaseh, terima nota dari anonymous. Keh keh keh.

Reply
avatar
Unknown
admin
April 30, 2013 at 8:05 PM ×

sorry sangat. aku kekeringan idea. memandai je kan aku bagi nota dekat si Qaseh. hahaa .. btw , thanks sangat sebab baca :D

Reply
avatar
a i m z
admin
April 30, 2013 at 11:09 PM ×

alaaaaaaaaa....kenapa berhenti kat situ..huhu

Reply
avatar
Nina Mads
admin
May 1, 2013 at 9:14 PM ×

best tp tergantung.. haaa, cepat cari idea lg :D

Reply
avatar