Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Kematian

Assalamualaikum.


Masih bersisa lagi airmata ni. Petang tadi ada download cerita Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian. Dan saya baru habis tengok cerita tu. Lepas tengok , saya tahu saya patut kongsikan bersama orang lain. Banyak iktibar yang boleh diambil dari cerita tu.


Cerita tu mengisahkan kehidupan dua lelaki yang berbeza antara majikan dan pekerjanya sebelum menjelangnya hari kematian mereka.


Antara scene yang menyentuh hati saya ialah :

1. Bila Suri , anak kepada majikan tersebut dibukakan pintu hatinya untuk belajar ilmu agama dengan pekerja bapanya. Ujian buat Suri bila ibunya tidak menyukai perubahannya untuk memilih jalan hidup berlandaskan agama. Sehinggalah timbul satu perterngkaran antara Suri dan ibunya sehingga menyebabkan kematian Suri akibat dilanggar sebuah kereta ketika keluar dari rumahnya.

Ajal seseorang bukan dilihat pada umurnya. Tidak kira yang muda , tua , miskin , kaya. Andai sudah ditetapkan ajalnya , pasti akan mati juga. Itulah yang terjadi pada Suri. Pada usianya yang masih muda dan baru sahaja hendak mendalami ilmu agama Islam , dia telah dijemput menemui Ilahi. Mungkin ada hikmahnya mengapa Suri pergi dalam usia yang muda.


2. Ketika jenazah lelaki yang soleh tu dimandikan , tiba-tiba anak lelakinya yang masih kecil datang dan minta izin untuk mandikan jenazah bapanya. Haa , dekat sini airmata memang dah mencurah-curah tanpa segan silu dah. Sayu sangat hati ni bila tengok anak dia mandikan jenazahnya sebab si bapa minta si anak untuk mandikan jenazahnya bila dia dah tak ada nanti. Itulah pentingnya didikan agama pada anak-anak.


3. Ketika jenazah sedang dikapankan , adalah suara imbas kembali si suami yang soleh tu. Dia kata , bila dia mati. Dia tak nak isteri dia yang solehah tu menangis meratap-ratap depan jenazahnya. Saya tengok si isteri pun punyalah nak menahan menangis. Saya awal-awal dah meraung dulu. Seriously sedih.


Ada banyak scene lagi sebenarnya. Tapi kalau dah saya cerita semuanya , tak best lah kalau nak tengok nanti. Tengok sendiri okey. Takkan menyesal punya sebab banyak iktibar yang boleh diambil.


Ayat intro cerita tu pun best.

"MATI ITU PASTI! Peringatilah dalam diri akan tanda-tanda kematian ini."


Semoga apa yang saya kongsikan ni , ada manfaatnya pada anda semua. Selamat menonton ..

Previous
Next Post »

8 Comments

Click here for Comments
ZWAN SABRI
admin
April 29, 2013 at 9:32 AM ×

tetiba rasa seram sejuk plak baca entry ni.. huhu

Reply
avatar
nina
admin
April 29, 2013 at 1:57 PM ×

Saya belum pernah tengok pun cerita ni tapi dari yang awak cerita mcm sedih jgk.

Btw, hai! Nama saya Ninaaa! :D

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
April 29, 2013 at 2:58 PM ×

Drama ke tia?

Dalam novel RAM pun, dia selalu ingatkan yang Mati itu pasti, Hidup itu InsyaALLAH..

Reply
avatar
April 29, 2013 at 3:52 PM ×

drama ke filem tia?

boleh bg link download kat mn?

:)

Reply
avatar
Unknown
admin
April 29, 2013 at 6:51 PM ×

telemovie selama 2 jam. best :)
Tia jumpa dekat youtube. search guna keyword "Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian". selamat menonton :D

Reply
avatar
Unknown
admin
April 29, 2013 at 6:51 PM ×

tapi tak seram zwan. tengoklah :)

Reply
avatar
Unknown
admin
April 29, 2013 at 6:52 PM ×

sedih sangat ninaa. seriously. saya nangis sedu sedan bila tengok :'(

Reply
avatar
Unknown
admin
April 29, 2013 at 6:53 PM ×

tak telemovie. yep! MATI itu pasti ..

Reply
avatar