Tips Blog : Widget Follower

Assalamualaikum.


Dah lama tak kongsi tips yang berkaitan blog kan? Sebenarnya tips ni bukan tips original dari saya. Tips ni saya dapat lepas baca tips dari blogger lain. Kalau rajin google , berderet boleh jumpa tips-tips yang lebih hebat! Wallah :)


Kali ni saya nak kongsi pasal widget follower. Rata-rata blogger , suka letak widget tu di bawah header. Tak salah sebenarnya. Dan saya buat entri ni bukan nak membangkang , jauh sekali mengutuk. Tapi , untuk pengetahuan kita. Widget FOLLOWER adalah salah satu widget yang paling lambat sekali loading.


Jadi , bila kita letak widget tu di bawah header. Sedikit sebanyak akan mengganggu kandungan blog kita untuk muncul dengan jayanya. Maksud saya , ia akan memakan masa yang agak lama. Kadangkala sampai berminit-minit baru nak keluar. Kalau tak keluar terus lagi payah.


Kita tak nak lah ganggu tumpuan pembaca yang nak membaca entri kita tu dengan masalah loading aje kan. Nak cantikkan blog tak ada masalah. Tapi berwaspadalah. Jangan sebab nak cantik , kita tolak faktor-faktor yang akan memberi kesan pada blog kita.


Kesimpulannya mudah saja. Seeloknya , janganlah kita letak widget banyak-banyak di bahagian bawah header tu. Takut mengganggu. Kita susun widget dan letakkan di bahagian sidebar sebelah kanan (bila kita menghadap laptop) supaya blog nampak lebih kemas.


Sekian dulu tips dari blogger yang tak seberapa nak awesome ni. Hehe. Kalau ada kesilapan pada entri ni , boleh maklumkan pada saya. Terima kasih membaca :)

Previous
Next Post »

6 comments

Click here for comments
||aLeaSaRa||
admin
April 26, 2013 at 9:15 PM ×

setuju wink wink...mmg byk blogger yg msh ltk kt bwh header...

Reply
avatar
ary_lee
admin
April 27, 2013 at 9:47 AM ×

nak elak kurang loading, jangan letak banyak widget. Tetiba nak cek blog sendiri punya loading. HahahaXD

Reply
avatar
Cik Tia
admin
April 27, 2013 at 11:36 AM ×

sebab dorang tak tau kesannya kot. hehee

Reply
avatar
Cik Tia
admin
April 27, 2013 at 11:42 AM ×

hehe .. Tia pun dah berusaha kurangkan widget2 .. entah ada hasil ke idak :)

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
April 27, 2013 at 8:27 PM ×

Salam.

Awal blogging ritu, jgnkn ltk bwh header, sidebr knan, kiri, bawah, semua dah pernh buat,hahaha

Yg baru menceburi dunia blog, boleh ambil ni sbgai panduan. Apapun, bergantung jugalah pada tuan pnya bdn.

Reply
avatar
April 28, 2013 at 1:23 AM ×

nasib baik blog xda widget tu

Reply
avatar