Kisah Gwiyomi Menjadi-jadi

Assalamualaikum.

Amboi , baru aje saya cerita pasal gwiyomi dalam entri Sakit Hati dengan Gwiyomi Ni. Berderet keyword gwiyomi masuk blog saya. Hehe.


Keyword yang famous ialah video gwiyomi cute untuk suami. Haa , saya tau ni video yang mana satu sebab saya dah pernah tengok video tu. Kononnya , video gwiyomi tu dibuat oleh seorang isteri untuk suaminya.


Cerita yang tak berapa nak sahih saya baca dari komen-komen tu mengatakan bahawa video tu telah di-upload ke youtube. Tapi entah atas sebab apa , pemilik video yang asal dah keluarkan dari youtube tu. Malangnya , orang lain dah awal-awal copy video tu dan sebarkannya pula pada orang lain.


Susah kita nak kawal bila sesuatu benda tu dah tersebar dalam internet. Okey stop cerita video gwiyomi comel isteri untuk suaminya.


Ni nak cerita pasal gwiyomi lagi. Hehe. Sebenarnya tak semua video gwiyomi buat kita rasa nak termuntah bila tengok :D


Sebab apa yang saya perasan sekarang , video-video gwiyomi ni dah mulai diperbaharui.


Contoh baru-baru ni saya terkena video gwiyomi yang bikin panas. Aish! Macam kena renjatan elektrik je rasa bila dah khusyuk menghayati muka comel tu tetiba keluar muka jerangkung =.='


Selang beberapa jam lepas tu , jumpa lagi video gwiyomi yang buat saya tergelak! Kali ni lelaki pula. Tengah-tengah buat aksi gwiyomi , tiba-tiba ada member yang kasi melayang satu penumbuk ke muka dia. Hahaa! Sengal je dorang.


Apapun , ada satu video gwiyomi lagi yang saya belum tengok. Versi Mr. Bie. Dah beberapa kali juga saya tengok video dari Mr. Bie ni. Kebanyakkan videonya digubah semula dan diterapkan pula unsur-unsur islamik. Nice :) Nak tengok , nanti search dekat youtube dengan keyword mr bie.


Ish! Banyak pula idea saya kalau nak merepek pasal gwiyomi ni. Sorry :D

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Unknown
admin
April 22, 2013 at 8:40 AM ×

as salam tia, walaupun sedikit meluat tgk diorang buat aksi comel tu..tp kita terhibur gak kan?hihi

Congrats bro Unknown you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar