Bila Pembaca Bertemu Penulis

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila dah lama tak menjengah ke mari, serasa beku otak nak memikirkan ayat-ayat untuk dikarang. Padahal ada je cerita yang nak disampaikan. Tak apalah. InsyaAllah, sambil menaip mesti akan ada ilham yang tiba-tiba datang kan?

Bohonglah kalau saya kata tak ada rasa rindu nak menulis. Rindu sangat-sangat. Dah bertahun berlalu, minat untuk menulis tak pernah padam. Malahan, makin menjadi-jadi pula. Siap berkeinginan untuk menerbitkan buku lagi. Fuh! Angan-angan. Mohon didoakan moga impian jadi kenyataan :)

Tapi entahlah. Bila dah on laptop, muka dah hadap skrin, mula menaip, sampai perenggan kedua idea dah lost dan tak found sampai penghujung. Akhirnya entri tu akan terperaplah jadi draft sampai bila-bila.

Eh, rasanya ramai je penulis melalui benda yang sama macam saya. Er, ke saya sorang ni? Ehe.

Jujurlah saya kata. Kadang-kadang, rasa down nak menulis tu memanglah ada. Tapi down-nya tak adalah sampai rasa putus asa dan nak berhenti terus dari dunia penulisan. Tidak. Cuma, bila semangat tu macam dah kabur-kabur. 'Selera' nak update blog pun boleh termati. Tersadailah blog kesayangan ni berbulan-bulan lamanya.

Oh! Nak cerita. Bukan gosip. Hanya untuk berkongsi rasa keterujaan.

Baru-baru ini saya berkesempatan berkenalan dengan beberapa orang adik-adik yang baru masuk UiTM (semester satu). Allahu Allah. Bukan main seronok lagi bila adik-adik ni menyambut kedatangan saya dengan penuh kemesraan walaupun sebenarnya mereka nampak macam takut-takut sikit.

Almaklum sajalah. Kami senior mereka. Tapi jangan pula salah faham. Bukan mahu membuli adik-adik. Hanya sekadar untuk menjalinkan perhubungan dengan mereka supaya junior dan senior bukanlah tidak boleh bermesraan seperti yang kita selalu dengar.

Konon-kononnya, junior dan senior tidak setaraf. Junior tidak layak bersahabat dan berkenalan dengan senior. Oh, salah sekali pemahaman itu.

Beberapa minit duduk bersama mereka dan mendengar sedikit cerita dan perkongsian membuatkan saya seronok dapat mengenali adik-adik yang comel ini. Walaupun mereka tersipu-sipu malu bila bercakap dengan saya. Tapi saya cuba untuk buat suasana menjadi tidak terlalu janggal. Unsur-unsur kemesraan dan kasih sayang saya selitkan dalam perbualan kami membuatkan mereka sentiasa tergelak dan tersenyum bila kami bersembang.

Saya mahu mereka selesa untuk bercakap apa saja dengan saya.

Perlahan-lahan suasana yang janggal itu mulai beransur hilang dan digantikan pula dengan suasana yang penuh ceria.

Kiranya, itu adalah pertemuan antara senior dan junior yang tidak rasmilah.

Sepanjang mendengar cerita mereka, saya dapat tahu mereka juga dari Pra Diploma. Dan kebetulan, sewaktu mengambil Pra Diploma, mereka berada di UiTM Kampus Tawau. Apa tidak teruja kalau saya pun berasal dari sana. Bezanya, saya kemasukan pertama dan adik-adik yang saya kenal kemasukan ketiga.

Seronok!

Cerita punya cerita, lupa pula mereka bertanya nama saya. Lepas sebut je nama saya, spontan je adik tu tanya.

"Akak ni tuan punya blog Ini Kisah Tia ke?"

Allahu Rabbi. Terkejut saya bila soalan tu yang terpacul dari mulut dia. Saya nak angguk salah, tak nak angguk salah. Kecil sangat dunia ni ye.

"Saya dengan kawan-kawan selalu baca blog akak sebab akak ada bagi pasal UiTM Kampus Tawau tu,"

Rasa macam nak gelak je dengar penjelasan adik tu. Memang susah nak percaya sikit bila dapat jumpa pembaca blog secara mengejut. Face to face pula tu. Hehe. Yelah, saya tak ada pun letak gambar dalam blog. Yang saya letak pun nama betul je. Mungkin sebab nama tu lah mereka syak saya ni pemilik blog Ini Kisah Tia.

Bila dapat curi masa sikit, saya bukalah blog. Bila tengok dashboard, ya Allah! Banyak kot komen yang saya tak baca lagi. Bila buka komen-komen tu, kebanyakkannya pasal entri UiTM Kampus Tawau. Tskk! Rasa bersalah pula bila soalan-soalan mereka saya tak baca.

Selepas kejadian tersebut, saya mula sedar. Mungkin sesetengah entri yang ada dalam blog ni tak berguna untuk orang lain tapi siapa tahu ada orang lain lagi yang lebih memerlukannya. Lain orang, lain keperluannya. Jadi, istilah 'Puaskan Hati Semua Orang' memang tak boleh diguna bila nak menulis. Tulis je apa yang nak dituliskan. InsyaAllah, ia akan bermanfaat selagi kita menulis dengan cara yang betul.

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Cik Tieka
admin
December 3, 2013 at 7:49 AM ×

Assalamualaikum kak Tia, lamanya tak bersua di blog ni..rindu rasanya. akk sihat? hehe, tak sngka boleh jumpa pembaca blog sndiri..stuju dgn akk, kta mmg tk boleh puaskan hti smua pihak, tpi mungkin tulisan kta tu diperlukan sbg rujukan org lain. kira perpustakaan besar la..huhu

Reply
avatar
December 5, 2013 at 12:02 AM ×

btw sy pun kdg2 mcm cik tia juga

kdg2 tulis mukadimah dah elok
bila nak buka cerita trus blank -_-

Reply
avatar