"Aku buat ni tak boleh, aku buat tu tak boleh ..."
Bergantung dengan apa yang dibuat. Lepas tu baru tengok boleh ke tak boleh.
"Aku pakai tudung nak tutup aurat salah, aku tak pakai tudung pun salah. Nak aku buat apa?"
Yang ni memang jelas.
Kadang-kadang, manusia ni pelik. Bila ada orang buat perkara tak elok, dia buat senyap je. Tapi bila orang buat baik, dia pula yang terlebih kecoh.
Tu lah cabaran untuk orang yang cuba buat baik. Caci, maki, keji, hina, kutuk, semua lempar dekat dia.
Kawan kata,
"Biarlah dia nak cakap apa. Kalau hidup ni kerja nak puaskan hati manusia je, sampai masuk lubang kubur pun tak selesai punya. Kalau dia nak maki ka, kutuk ka, hina ka, senyum ja. Ucap terima kasih sekali."
Tapi ... Kata-kata dia tu buat aku rasa hilang semangat. Aku baru nak berubah jadi baik...
Heyy, heyy ... Ingat balik. Nak berubah jadi baik tu kerana Allah s.w.t ke kerana manusia? Haa .. Bersyukurlah bila Allah s.w.t dah pilih kita untuk berubah. Untuk orang yang bercakap pasal kita tu, doakan je untuk dia. Kesian ... Mudah-mudahan suatu hari nanti hati dia akan terbuka.
Kejahatan jangan dibalas dengan kejahatan dan keburukan. Balas dengan kebaikan, kelembutan. Doakan sekali. Dia belum faham lagi tu. Kita ni yang faham dia tu adalah ujian yang Allah s.w.t berikan, boleh doakan semoga dia akan sedar.
Cakap pasal kekuatan dan semangat. Paling utama, minta dan mohon pada Allah s.w.t untuk diberikan kekuatan. Selain tu, usaha lah. Cari kawan-kawan yang soleh dan solehah. Mereka ni kebanyakannya berfikiran positif. Kalau cerita dekat mereka, insyaAllah mereka akan bagi kata-kata nasihat dan dorongan untuk kita.
Saya sendiri diuji dengan orang-orang yang kurang senang dengan cara saya menyampaikan kebaikan. Tapi saya tak salahkan mereka. Hati kita berlainan. Jadi, saya terima. Kalau seorang menentang, insyaAllah ada 10 yang menyokong. Lagipun, Allah s.w.t sentiasa ada :)
Ohya! Kita tak ke mana juga. Dunia ni sekejap jeeee sebab kita semua ni BAKAL JENAZAH..

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud)
Kadang-kadang, manusia ni pelik. Bila ada orang buat perkara tak elok, dia buat senyap je. Tapi bila orang buat baik, dia pula yang terlebih kecoh.
Tu lah cabaran untuk orang yang cuba buat baik. Caci, maki, keji, hina, kutuk, semua lempar dekat dia.
Kawan kata,
"Biarlah dia nak cakap apa. Kalau hidup ni kerja nak puaskan hati manusia je, sampai masuk lubang kubur pun tak selesai punya. Kalau dia nak maki ka, kutuk ka, hina ka, senyum ja. Ucap terima kasih sekali."
Tapi ... Kata-kata dia tu buat aku rasa hilang semangat. Aku baru nak berubah jadi baik...
Heyy, heyy ... Ingat balik. Nak berubah jadi baik tu kerana Allah s.w.t ke kerana manusia? Haa .. Bersyukurlah bila Allah s.w.t dah pilih kita untuk berubah. Untuk orang yang bercakap pasal kita tu, doakan je untuk dia. Kesian ... Mudah-mudahan suatu hari nanti hati dia akan terbuka.
Kejahatan jangan dibalas dengan kejahatan dan keburukan. Balas dengan kebaikan, kelembutan. Doakan sekali. Dia belum faham lagi tu. Kita ni yang faham dia tu adalah ujian yang Allah s.w.t berikan, boleh doakan semoga dia akan sedar.
Cakap pasal kekuatan dan semangat. Paling utama, minta dan mohon pada Allah s.w.t untuk diberikan kekuatan. Selain tu, usaha lah. Cari kawan-kawan yang soleh dan solehah. Mereka ni kebanyakannya berfikiran positif. Kalau cerita dekat mereka, insyaAllah mereka akan bagi kata-kata nasihat dan dorongan untuk kita.
Saya sendiri diuji dengan orang-orang yang kurang senang dengan cara saya menyampaikan kebaikan. Tapi saya tak salahkan mereka. Hati kita berlainan. Jadi, saya terima. Kalau seorang menentang, insyaAllah ada 10 yang menyokong. Lagipun, Allah s.w.t sentiasa ada :)
Ohya! Kita tak ke mana juga. Dunia ni sekejap jeeee sebab kita semua ni BAKAL JENAZAH..
13 Comments
Click here for Commentstakut bila pk pasal mati.
Replytiap kali rasa down dgn pandangan manusia, ingatkan diri bhw pandangan Allah itu adalah lebih penting dari segalanya.
Reply(:
Buatlah yang terbaik untuk agama Allah,....Insyaallah Allah sentiasa ada untuk membantu....
ReplyUjian dan dugaan itu adalah perkara biasa dalam berdakwah!
selalu rasa insaf bile ingat mati.. so nampaknye, kena selalu2 lah ingat mati
Replykadang2 tu nk puaskan hati semua org memang xboleh. yg penting nawaitu kita kan :)
ReplyKalau berubah semata nk ikut "Nanti apa org kata," memang sampai ke kubur la dok runsing fikir apa org nak kata..
ReplyMmg itula dugaan bila cuba berbuat baik huhuhu.. B strong girl k!!
ReplyOrg yg menghina kita, org tu sebenarnya lagi hina dari kita. Sabar ya ;)
ReplyKak Tia, cabaran tu buat kta lebih matang & tabah. mmg org yg berubah tu yg rasa perihnya perubahan tp manisnya balasan syurga yg di impikan :)
Reply:)
Replysuka n3 ni...
suka sgt sgt...
Berdiam diri dan senyum.. Beredar dari situ adalah alternatif terbaik apabila ada mulut yang berbunyi perkara yang tidak sedap didengar. Lagi-lagi bila kita nak berubah ke arah kebaikan. Pedulikan mereka sebab di akhirnya kita yang akan dapat merasai nikmatnya dan bukan mereka.
ReplyBiasalah manusia. Tak boleh tengok orang senang, tak boleh tengok orang berubah ke jalan kebaikan. ada je yang tak puas hati nanti.
ReplyNak buat baik ada cabaran sebab nak tengok sejauh mana kekuatan kita ke arah kebaikan tu :)
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon