Assalamualaikum.
Sedang asyik meneroka facebook, tiba-tiba mata tertumpu pada seorang user. Dia kawan saya. Satu universiti, satu kelas. Tapi muda sikit dari saya. Nampak gambar profile dia dah bertukar! PAKAI TUDUNG. Masya Allah, cantiknya dia.
Buka twitter, pun sama. Dia guna gambar yang bertudung. Saya pula yang teruja. Mudah-mudahan Allah akan buka pintu hati dia untuk terus bertudung. InsyaAllah sekaligus menutup auratnya :)
Dia memang seorang yang free hair. Kalau masuk kelas agama Islam yang diajar ustazah baru boleh nampak dia pakai tudung. Kami yang berkawan dengan dia satu kelas semuanya bertudung. Tapi yelah, kawan dia selain kami memang majoriti tak bertudung. Allah saja yang tahu ada apa dalam hati dia.
Walaupun dia tak bertudung, tu bukan alasan bagi saya mahupun kawan yang lain untuk menjauhi dia. Kami tetap berkawan rapat seperti biasa. Bila nampak perubahan dia yang mula bertudung, saya rasa bersyukur sangat. Mudah-mudahan Allah akan bagi dia kekuatan untuk terus merubah diri menjadi lebih baik. Terutamanya kuat untuk menepis tohmahan-tohmahan dan kata-kata yang mungkin akan buat dia terasa.
Kata-kata mungkin takkan buat seseorang berubah. Tapi teruslah menunjukkan sikap yang baik. Mudah-mudahan, dengan kelembutan, hati yang keras akan lembut sehingga cahaya Islam akan perlahan-lahan menyentuh hatinya :)
6 Comments
Click here for Commentssemoga dia terus kuat :)
Replyperubahan ke arah kebaikkan memang kuat dugaan ...
Assalamualaikum awak. alhamdullilah. dah terbuka hatinya untuk berubah ke arah lebih baik. insyallah, semoga semuanya berjalan dengan baik :)
ReplyAlhamdulillah.. moga hatinya terus terbuka utk terus berubah.
ReplyAlhamdulillah..semoga dia berkekalan dgn imej btudung.
ReplyBila mana pintu hidayah dibuka,tiada sapa mampu mghalang. dia adalah antara gol yg beruntung. :)
Semoga kawan tia tu terus bertudung selepas ni.
Replyalhamdulillah... semoga terus kekal bertudung.
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon