Pagi ni aku nak sarapan biskut cicah kopi. Mula-mula ingat nak goreng nasi, tapi tiba-tiba selera mati. Jadi, aku panaskan air dan tunggu sampai cerek berbunyi. Sementara tu, aku keluar pergi ruang tamu dan pasang zikir dekat laptop supaya taklah rasa sunyi. Boleh juga tenangkan hati ni.
Aku masuk dapur dan buka almari. Ada kopi L.A yang famous dekat tv. Tiba-tiba cerek 'menjerit' tanda dia dah boleh menabur bakti. Aku masukkan serbuk kopi dalam cawan dan tuang air panas dengan berhati-hati.
Sambil kacau air, fikiran melayang teringatkan perbualan dengan kawan lama dalam facebook malam tadi. Bukan bincang pasal kopi. Bukan juga bercerita tentang kekasih hati sebab dia dah pun bersuami. Siap ada baby lagi. Memanglah aku happy, tapi rasa kurang percaya berselang-seli. Kawan sepermainan masa sekolah dulu dah kahwin dan sekarang hidup berdua dengan suami yang dikasihi.
Kalau seorang aku boleh terima. Ni, boleh kata hampir satu kelas yang mendirikan rumahtangga. Dah tu, kawan rapat sama-sama ketawa pula. Aku ketuk-ketuk kepala. Macam tak percaya umur aku dah 22. Tahun depan dah 23. Kawan-kawan semua dah ada keluarga. Bohonglah kalau tak terasa. Cemburu tu ada, tapi aku faham masanya belum tiba. Mungkin juga aku dan bakal zauj belum bersedia. Jadi, Allah tangguhkan masa. Tak apa, aku tumpang gembira untuk mereka.
# InsyaAllah, masa itu akan tiba :)
14 Comments
Click here for CommentsAssalamualaikum Tia..
Replysedapnya kopi dalam gambar tu..best ka kopiko LA tu? rasa cam mau try la..hehe
aturan Allah sangat sempurna. bila tiba masanya pasti manis dirasa. trust me. hehe. (becakap melalui pengalaman).
well, saya tamatkan zaman bujang pada umur 30. umur yang kawan2 sebaya sdh ada anak paling kurang 2 orang. umur yang ada macik2 cakap saya anak dara tua. tidak mengapa. senyum saja la kan. :)
Takpe.. sabor dik.. Nak cari yang best kena takes time hehehe.. don worry..
Replyp/s: Kopi L.A tu klo kawan opis akak buat dari pintu luar da baunyer..hehehe
Singgah dan folo blog tia..jika sdi,snggh ke blog sya ya..ceta pasal makanan byk..hehe
ReplyAssalamualaikum.
ReplyTia..akak 26 tahun ini..masih steady and life simply,hehehe
Ambil waktu single ini sebagai peluang memperbaiki diri. Lagi senang waktu sorg2 cmni, sebab belum banyak tanggungjawab lagi.. Tapi, kalau dah ready, cepatlah2 berkahwin. Lagi banyak manisnya nanti. ^_^
semua dah ditetapkan jodoh. masa sahaja kita tak tahu bila :)
ReplySabar ye dik.Insya Allah, Allah akan pertemukan adik dengan pasangan yang terbaik untuk adik.senyumlah selalu.Follow sini ye.
Replysabar la.. nina pun dh 23 thn tp kwn2 dh ramai yg kawen :)
ReplyLain jgk pembawaan kopi ni...kannn.. Teringin dh ke?
Replyassalamualaikum tia, tak semua apa kita hajatkan kita akan dapat, insyaallah tia, tentu ada jodoh tia di luar sana, mungkin juga ini saat Allah menguji tia....
Replyinsyaallah.... yakin dengan Allah, berdoa... pasti... :) akan ada juga untuk tia....
memang banyak benda nak expl0re time muda....f0r sure 1 hari nanti j0doh akan datang..lambat atau cepat semua rahsia Allah..
Replykopi dan kahwin ada persamaan.... dua dua best
Replyakk kenak tia dr zaman akk xkawen.sampai skrg anak akk dh sethun.xpe tia.keje dulu.nt sampai dh seru tu.hehehe
Replyha ah kan kak rara. hehee :D
Replyeh ne kena panggil Kak Tia..huhu sowi kak panggil Tia je sblum ne sbb x tau umo akak..sy baru 20 :).. ajal maut di tangan tuhan, yakin je ya kak..pasti jodoh akak sedang menunggu bila sudah waktunya tiba..
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon