Lelaki | Kisah Silam dengan Bekas Kekasih

Assalamualaikum. Tia ni bukanlah arif sangat dalam bab-bab cinta ni. Tapi dengar-dengar dari kawan tu adalah. So, Tia nak kongsilah sikit dengan lelaki-lelaki di luar sana. Mungkin korang boleh fikir-fikir lepas ni kan.

Dalam hidup ni, kita selalu ditemukan dengan ramai orang sebelum kita betul-betul ditemukan dengan seseorang yang memang dah ditetapkan untuk kita. Syukurlah yang mana tak perlu bertemu dengan ramai orang, terus jumpa jodohnya.

Tia straight ajelah. Kamu mesti pernah bercinta dengan seseorang sebelum berjumpa dengan kekasih yang korang ada sekarang kan. Tak ada, abaikan. Ini untuk yang ada.

Ya! Kamu cuma nak berkawan dengan EX-GF kamu tanpa ada apa-apa niat lain .. Tapi, ketahuilah perasaan sebenar pasangan kamu bila dia tahu kamu masih lagi berkawan dan berhubungan dengan EX-GF kamu itu. Secara terangnya, dia tak suka. Tapi dia akan kata tak apa. Sebab dia mahu menjaga hati kamu dan tak mahu kamu berfikiran dia mahu mengongkong kamu ..

Kamu juga perlu ingat. Bila kamu masih berhubungan dengan EX-GF kamu, sebenarnya kamu sedang membuka hati kamu kembali untuk dia. Tolong jangan. Seeloknya, biarlah kamu dengan hidup kamu dan dia dengan hidupnya. Usah mencarinya lagi atau kenangan lama akan kembali bermain di ruang fikiran kamu.

Lupakan kisah silam kamu dan hargai dia yang bersama kamu sekarang .. Yakinkan pasangan kamu sekarang bahawa kamu sudah benar-benar lupakan kekasih lama kamu tapi jangan bohongi dia. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran ..


Previous
Next Post »

17 Comments

Click here for Comments
Yatie Awang
admin
November 4, 2011 at 9:15 PM ×

betul tu Tia dulu masa bercinta, kalau putus ditengah jalan, kakak memang tak berhubung terus, rasa macam pelik je..biarlah orang kata, tak pe berkawan je..tapi bagi akak, tak ada gunalah

Reply
avatar
November 4, 2011 at 9:17 PM ×

cubalah untuk setia. eh kaitan tak? hehe

Reply
avatar
EyqaLuvender
admin
November 4, 2011 at 9:22 PM ×

susah nk lupakn ex...
dulu pnah tertangkap sbb smpn lg sms yg ex bg...kuang3~

Reply
avatar
November 4, 2011 at 9:26 PM ×

kalau hubungan yang dah lepas tu baik takyah diingat balik.. kalau sy dh putus tu mesti sy takkan cntact balik..

Reply
avatar
Nana Jay
admin
November 4, 2011 at 9:28 PM ×

memang sgt tak suka bila mr ehem2 mc brhubung dgn ex dy..even stakat berkawan pon nana x suka..

salam singgah :)

Reply
avatar
Anonymous
admin
November 4, 2011 at 9:28 PM ×

Kak tia..nak buat shoutbox yang pop up punya...tapi tak jadik...=((

Tolong tengok belog saya..!!! http://qasehkuwardah.blogspot.com

Reply
avatar
Anonymous
admin
November 4, 2011 at 9:31 PM ×

Igt tu ye boys sekalian :P

Reply
avatar
Bro Ahmad
admin
November 4, 2011 at 9:44 PM ×

yang dah lepas usah dikenang kan tia..macam kita jugak la nie hmmm

Reply
avatar
semutsengal
admin
November 4, 2011 at 10:18 PM ×

tia tengah jeles ni.



HAHAHAHAHAHHA.comel !

Reply
avatar
November 5, 2011 at 1:41 AM ×

ca rasa prob ca lagi complicated..

ex ca da putus gak ngan makwe dia.tapi still baik.mungkin teman tapi mesra je.masalahnya, ex kpd ex ca tu (ca panggil kakak) makin suruh ex ca cntct ca, kakak tu suruh ca kawan ngn ex ca tu merangkap ex dia.dia kata kalau diorang xde jodoh, dia nak ex ca amek ca..

*err~ belit2 kan? mmg complicated..camana ca nak lupakan ex ca.. :(

Reply
avatar
pha is
admin
November 5, 2011 at 10:21 AM ×

owh.. macam tu... sbagai lelaki yg tak pernah berpasangan, boleh pha is amik ni sebagai iktibar.. hehehe

Reply
avatar
ABU
admin
November 5, 2011 at 12:35 PM ×

itu dia hasil penulisan datang daripada hati..
tu la orng kita, kalau tak suka cakap je la tak suka boy dia berhubung kembali dgn ex-gf..

suka sagt pendam rasa..

Reply
avatar
hira
admin
November 6, 2011 at 8:35 PM ×

saya suka part yang last. hehe. sebabnya, saya memang pernah alami sendiri perkara ni dan tak nak berhubung dengan si dia. biarlah pengalaman mengajar kita untuk lebih menghargai :)

Reply
avatar
ceritakita
admin
November 7, 2011 at 8:11 PM ×

mcm mna pula kalau c gf ni yg buat pernagai... c bf ni biarpun dah lost contact ngan gf ni, dia masih setia utk single... tpi c gf ni boleh terlanjur ngan 3 org bf nya selepas bf pertamanya tu... akhirnya dia mahu balik ke bf pertama... x sakit hati kerrr...

Reply
avatar